Showing posts with label Pesanan Khidmat Masyarakat. Show all posts
Showing posts with label Pesanan Khidmat Masyarakat. Show all posts

Friday, 24 October 2014

Batu dalam isi perut ikan

Assalamualaikum w.b.t.. Lihat sahaja gambar ini dah saksikan apa yang didapati dari dalam isi perut ikan yang diwar-warkan oleh seorang pencinta alam.. Dunia semakin terjejas.. Kredit @maskulinmag #erazfadlidotcom #kelabbloggerbenashaari #isihatianokkelate #PencintaAlam


Kredit : Instagram
Read more ...

Sunday, 12 October 2014

Keyboard Warrior


Assalamualaikum w.b.t.. Dah lama rasanya tak buat pesanan khidmat masyarakat ni.. Ok! Istilah petang ni, Keyboard Warrior.. Pasti ramai yang tahu tentang istilah ni kan.. Nak jadi Keyboard Warrior tak de masalah.. Tapi kena la kena pada tempatnya.. Tahu contoh yang tak elok? Antaranya ialah dengan menaik sesuatu komen or maklumbalas yang negatif dan lebih teruk lagi, terlampau negatif.. Teruk juga kalau sengaja menaikkan komen yang sangat negatif pada sesuautu yang tak sepatutnya..

Kadang-kadang, sesetengah orang ni sengaja menjadi Keyboard Warrior yang negatif sebab nak menarik perhatian.. Tapi ada juga yang semulajadi macam tu.. Apa-apa pun, sebelum menaip sesuatu komen tu, fikir lah dulu.. Jangan sampai lepas taip tu, baru menyesal.. Itu orang kata nasi dah menjadi bubur kan.. Apa-apa pun, jom la kita jadi Keyboard Warrior yang positif.. Mana tahu dengan komen kita yang positif, orang boleh berubah.. Dah dapat pahala kat situ.. Betul tak?

Pesanan khidmat masyarakat ini dibawa oleh ERAZFADLI.COM

Read more ...

Sunday, 24 August 2014

Tergamaknya anda ..


Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni nak buat pesana khidmat masyarat sekali lagi.. Kali ni masih lagi tentang pembuangan sampah merata-rata.. Gambar di atas Eraz snap di stesen minyak petronas di Kota Bharu.. Memang tak dinafikan, ramai orang suka membuang sampah merata.. Kalau kat stesen minyak, salah satunya kat tempat mengisi angin tayar kereta.. Jom baca :

"Tergamaknya anda membuang sampah di merata tempat, sedangkan tong sampah anda berhampiran dengan anda.. Amalkan sikap mulia dan terpuji.. Jagalah kebersihan sekitar stesen.."

Mungkin sesiapa yang berkenaan tu silalah malu dengan diri sendiri.. Tak kan tak boleh faham apa yang dimaksudkan dengan ayat di atas kan.. Dah banyak tanda seruan tu, orang marah la tu.. Tak kan orang tak marah kalau buang sampah merata-rata kan..

Read more ...

Thursday, 31 July 2014

Buat reti base ckit !

Assalamualaikum w.b.t.. Gambar di bawah tu Eraz snap di Pasar Payang tadi.. Khas untuk pesanan khidmat masyarakat.. Banyak dah notis ke, kenyataan ke, ayat sinis ke, dan lain-lain cara untuk sedarkan orang, tapi? Errrmmmm.. Semua bergantung kepada individu tu sendiri.. Semuanya dari dalam.. So, lu fikirlah sendiri.. Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh blog ERAZFADLI.COM

Read more ...

Sunday, 15 June 2014

Tidak boleh tapi buatkan boleh..

Assalamualaikum w.b.t.. Apa yang tak boleh tapi dibolehkan? Sebenarnya kali ni nak buat entri pasal Pesanan Khidmat Masyarakat lagi.. Sebut pasal U-Turn di jalan raya.. Tak salah kalau U-Turn di tempat yang betul.. Tapi ada juga pemandu yang degil.. Tahu la kan apa dia buat?

Nyata-nyata tempat tu tak dibenarkan u-Turn, tapi dia buat juga.. Dah menyusahkan pemandu yang sepatutnya U-Turn di situ.. Terhalang pemandangan.. Lagi boleh menyebabkan jammed.. Betul tak? Lagi teruk ialah kemalangan..

Eraz pernah baca dan memang berlaku dekat dengan kawasan Eraz.. Disebabkan kawasan tu tak boleh, tapi ada yang degil u-Turn jugak.. So disebabkan tak sangka kereta hadapan nak u-Turn, mangsa terpaksa mengelak dan kemalangan merempuh bahagian tepi jalan.. Juga menyebabkan maut hampir semua yang ada.. MasyaAllah..

Jadi, sama-sama lah kita mematuhi peraturan jalan raya.. Kita beringat, orang lain pun beringat.. Kita hati-hati, orang lain pun hati-hati, insyaallah.. Bismillahhirrahmanirrahhim.. Eraz nak drive balik Machang.. Wassalam..

#Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh ERAZFADLI.COM

Read more ...

Wednesday, 11 June 2014

Bila bungkusan sampah jatuh atas jalan raya ..

Sumber : Google

Assalamualaikum w.b.t.. Gambar di atas adalah contoh apa yang Eraz tengok boleh dikatakan selalu la.. Yes, tak salah.. Tapi make sure sampah tu sampai ke tempat yang dituju.. Maksudnya di tong tempat pembungan sampah la.. Tapi tak semua yang berjaya kan.. Sebabnya kerap kali juga Eraz nampak sampah bersama bungkusan selalunya berwarna hitam, berselerakkan di atas jalan raya dan dipijak oleh kereta-kereta lain.. Kenapa boleh terjadi? Kenapa biarkan ia terjadi?

Satu, semestinya, jalan raya tu rosak dari segi pemandangan.. Dua, sah-sah la kan kita dilarang buang sampah merata walaupun kategori ni tak sengaja.. Setuju atau tidak, perkara ni boleh dielak? Cara nak mengelak, pandai-pandai la fikir.. Jangan fikir diri sendiri je, kena fikirkan sekeliling juga..

By the way, Eraz pun hampir setiap pagi kot terpaksa buang sampah semasa on the way pergi kerja.. Sebabnya, di kawasan rumah Eraz sekarang, hanya dua kali seminggu je kot lori sampah masuk.. Kalau benda yang boleh buruk, memang boleh berbau la.. Tapi setakat ni, kalau on the way pergi kerja dan buang sampah, Eraz tak pernah letak sampah di atas kereta, atau atau bonet, atau atas bonet depan dekat wiper.. Kenapa? Fikirkan hal di atas la.. Jadi Eraz letak dalam bonet kereta..

Sampai ada satu dua tiga kali, sampai berbau dalam kereta sebab ada air sampah menitik dalam bonet.. Tapi ada la cara nak hilangkan bau kan.. Semua ni di buat sebab satu, tak nak rosakkan pemandangan kereta kita yang 'cantik' tu.. Haha.. Kedua semestinya tak nak bagi sampah tu jatuh atas jalan raya dan cemarkan sekitar tu..

Masing-masing boleh ubah apa yang tak ok cuma atas diri individu tu sendiri.. So! Fikir-fikirkan.. Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh Eraz Fadli melalui erazfadli.com ! Wassalam.. 

Read more ...

Monday, 4 March 2013

Ibu terpisah 7 tahun dengan anak lelaki walaupun dalam satu negeri !

Assalamualaikum w.b.t.. Masa dalam kereta tadi, dengar Suria FM bersama Halim Othman dan Adibah Noor.. Salah satu caller yang memanggil tu namanya Kak Ruby.. Dia cerita tentang kisah dia dengan anaknya.. Mereka tak berjumpa selama 7 tahun.. Kak Ruby merintih supaya anaknya pulang berjumpa dengannya lepas lama terpisah..

Yang mengejutkan lagi, Kak Ruby memberitahu dia sekarang berada di Kajang dan mengetahui bahawa anak lelakinya kini berada di Shah Alam.. Berapa jauh Kajang dan Shah Alam tu? Kenapa sampai 7 tahun tak balik jumpa ibunya.. Apa-apa pun, hanya mereka yang tahu apa yang berlaku sebaliknya.. Kita doakan semoga mereka dipertemukan secepat mungkin.. Insyaallah..

#Baru sempat update blog sebab dari pagi drive ke Machang dari Kota Bharu dan terus ke Hospital Machang sebab ambil Ma yang dijadualkan jumpa doktor hari ini..

#Siapa yang dah lama tak berhubung dengan ibu atau ayah, boleh lah call atau at least sms untuk bertanya khabar.. Mana tahu kot-kot mereka sedang ingatkan anda..

#Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh blog Eraz Fadli

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...