Showing posts with label Adibah Noor. Show all posts
Showing posts with label Adibah Noor. Show all posts

Monday, 4 March 2013

Ibu terpisah 7 tahun dengan anak lelaki walaupun dalam satu negeri !

Assalamualaikum w.b.t.. Masa dalam kereta tadi, dengar Suria FM bersama Halim Othman dan Adibah Noor.. Salah satu caller yang memanggil tu namanya Kak Ruby.. Dia cerita tentang kisah dia dengan anaknya.. Mereka tak berjumpa selama 7 tahun.. Kak Ruby merintih supaya anaknya pulang berjumpa dengannya lepas lama terpisah..

Yang mengejutkan lagi, Kak Ruby memberitahu dia sekarang berada di Kajang dan mengetahui bahawa anak lelakinya kini berada di Shah Alam.. Berapa jauh Kajang dan Shah Alam tu? Kenapa sampai 7 tahun tak balik jumpa ibunya.. Apa-apa pun, hanya mereka yang tahu apa yang berlaku sebaliknya.. Kita doakan semoga mereka dipertemukan secepat mungkin.. Insyaallah..

#Baru sempat update blog sebab dari pagi drive ke Machang dari Kota Bharu dan terus ke Hospital Machang sebab ambil Ma yang dijadualkan jumpa doktor hari ini..

#Siapa yang dah lama tak berhubung dengan ibu atau ayah, boleh lah call atau at least sms untuk bertanya khabar.. Mana tahu kot-kot mereka sedang ingatkan anda..

#Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh blog Eraz Fadli

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Thursday, 28 February 2013

(VIDEO) Cinta Harus Memiliki : Adibah Noor, Dina & Elvira


Sedia maklum, Konsert Anuar Zain Tiga Dekad dah berlalu baru-baru ni.. Info daripada Budiey menyatakan bahawa pihak Anuar Zain Network akan keluarkan DVD Konsert Anuar Zain Tiga Dekad.. Eraz seriusnya memang tak sempat nak tengok pun lagi video-video Konsert Anuar Zain Tiga Dekad ni di Youtube.. Ada terbaca berita di akhbar tetapi tak penuh.. Dengar-dengar positif.. 

Masa duk merayau-rayau di Youtube tadi, mula buka satu VIDEO Cinta Harus Memiliki, nyanyi Anuar Zain bersama Adibah Noor, Dina & Elvira.. Katanya kejutan.. Mungkin kejutan daripada vokal mereka yang mantap! Siapa yang belum tengok, boleh tengok dulu di terutama di minit ke 4.00.. Terbaik gabungan 3 suara ni.. Kalau kena pilih lagu, memang boleh meletop.. So! Layan sekejap..



p/s : Mengaku bukan peminat Anuar Zain, tapi sesetengah lirik lagu dia sangat bagus!

Read more ...