Showing posts with label ND Lala. Show all posts
Showing posts with label ND Lala. Show all posts

Tuesday, 12 February 2013

Sidang Media Khas Shila Amzah - ND Lala

Sidang Media Khas Shila Amzah - ND Lala

Sidang Media Khas Shila Amzah - ND Lala

ND Lala bagi pihak anaknya, Shila Amzah merangkap pengurus telah memberitahu kepada pihak media pada majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina, satu sidang media khas untuk menjawab kontroversi yang telah berlaku.. Tarikh dan lokasi sidang media itu akan diumumkan nanti..

Apa yang nak E'raz katakan semalam, tentang gambar diatas.. Kenapa perlu wartawan memaparkan gambar seperti diatas.. Bukan ke boleh membuat 1001 tanggapan dengan hanya satu gambar.. Apa-apa pun, itulah dunia.. 

Updated 01 Mac 2013 : Berita tentang Sidang Media yang dibuat pada 01 Mac 2013 - Shila Amzah Catat Sejarah!

Read more ...

Sunday, 10 February 2013

ND Lala Lapor Polis Shila Amzah Hilang

ND Lala Lapor Polis Shila Amzah Hilang

ND Lala Lapor Polis Shila Amzah Hilang

ND Lala lapor polis Shila Amzah hilang.. Ini satu berita yang mengejutkan.. Berita berkenaan E'raz dapat daripada muka depan Berita Harian.. Cuma untuk isi penuh berita berkenaan, tidak dapat dijelaskan kerana paparan gambar berkenaan bersaiz kecil.. Jadi kena tunggu Berita Harian di pasaran pagi nanti..

Read more ...

Saturday, 9 February 2013

'Insya-ALLAH Shila mampu hadapi dugaan atau cabaran yang lebih besar' - ND Lala

'Insya-ALLAH Shila mampu hadapi dugaan atau cabaran yang lebih besar' - ND Lala

Shila Amzah

Sekali lagi E'raz menulis entri berkenaan Shila Amzah.. Tujuannya kali ini ialah ingin memaparkan kata-kata seorang bapa yang bernama ND Lala tentang kes yang sedang menimpa keluarganya.. Tentang Surat Dari Hati Shila Amzah, ND Lala berkata, “Memang Shila yang tulis.. Saya melihat dia menulis dari lubuk hati yang dalam.. Dia berusaha untuk tidak menyinggung perasaan ibu bapanya... perasaan orang lain.."

Selain itu, ND Lala mengulas lagi tentang kes ini dengan memberi kenyataan “Adakah kita hanya bersyukur dan berterima kasih apabila ALLAH memberi kita nikmat sahaja? Dan kita marah, kecewa apabila kita didatangi dengan dugaan dan cubaan.."

"Jangan takut menempuh cabaran dan dugaan. Kita tempuh saja. Kita usaha, hak ALLAH menentukan.. Shila menempuh dugaan yang sangat tinggi... apa yang berlaku sekarang ini ada hikmah menanti Shila. Kejayaan besar menanti Shila. Rahmat besar menanti keluarga kami. Apabila ALLAH nak bagi sesuatu yang besar Dia akan uji... yang penting kita redha atau tidak.."

“Insya-ALLAH Shila mampu hadapi dugaan atau cabaran yang lebih besar.. Walaupun pada masa itu saya  tak ada lagi di dunia ini. Saya percaya, kalau dia berteraskan kepada kepercayaan yang tinggi kepada ALLAH Taala, insya-ALLAH dia akan selamat di dunia dan akhirat.."

Positifnya keluarga besar ND Lala bakal ke Tanah Suci bulan depan bagi mengerjakan umrah..

Jika panjang umur, dimurahkan rezeki kami merancang, Insya-ALLAH dengan izin ALLAH... saya akan membawa semua anggota keluarga saya untuk mengerjakan umrah pada bulan Mac ini,” kata ND Lala

SUMBER

Extra : Jika diamati kata-kata dari seorang bapa, dia dan keluarganya yang lain sentiasa support Shila dan sememangnya inginkan yang terbaik buat seorang anak.. Kepada Shila, buatlah keputusan terbaik supaya tidak menyinggung mana-mana pihak dan terbaik untuk diri sendiri dan keluarga..

VIDEO Shila Amzah sebagai pesanan untuk semua terutama keluarganya

Read more ...

Thursday, 7 February 2013

“Saya Bertanggungjawab Ke Atas Shila, Saya Yang Akan Ditanya Di Akhirat!”

“Saya Bertanggungjawab Ke Atas Shila, Saya Yang Akan Ditanya Di Akhirat!” - ND Lala


Ini respon ND Lala untuk kenyataan yang Sharnaaz Ahmad keluarkan tentang beliau sering mengelakkan diri untuk bertemunya.. Kalau ada SMS, emel, panggilan masuk, panggilan keluar dan apa saja…ia sudah tentu ada ‘rekod’ dalam telefon bimbit saya. Jadi mana-mana pihak boleh berkata apa saja dan saya juga boleh menjawab kalau terus ditanya mengenai ‘perkara’ itu”..

Lagi info, terus ke entri INI

Entri berkaitan :
(5) Cerita terbaru dilaporkan oleh Roti Kaya : Kisah Cinta Sharnaaz Ahmad & Shila Amzah Kini Berakhir?
(6) Cerita daripada OhBulan! : “Saya Tidak Akan Hantar Rombongan Merisik” – Sharnaaz Ahmad Patah Hati

p/s : Apa yang dirisaukan, jika wartawan terus desak dan 'korek' apa sahaja dengan mereka, risau ada perkara-perkara yang tidak patut terkeluar.. Sesungguhnya, yang tersepit ialah Shila Amzah.. Semoga dia terus success dalam kerjaya dan hidup! Assalamualaikum..

Read more ...

Wednesday, 6 February 2013

Suara SHILA AMZAH Baginya, Bapanya ND Lala dan Kekasihnya, Sharnaaz Ahmad

Suara SHILA AMZAH Baginya, Bapanya ND Lala dan Kekasihnya, Sharnaaz Ahmad

Tandatangan Shila Amzah

Akhirnya Shila Amzah muncul dengan satu kenyataan rasmi sepucuk ‘surat’.. Shila Amzah meminta maaf kepada semua pihak yang terlibat atas apa yang terlah terjadi.. Mesti ada yang faham apa yang bermain di dalam fikiran Shila sekarang kerananya melibatkan keluarganya, ibu dan bapa serta kekasih hatinya, Sharnaaz Ahmad dan keluarga.. Bersumberkan RotiKaya, ini suratnya..

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dengan nama Allah SWT yang maha pengasih dan maha penyayang, Shila rasa cukup bersyukur di atas segala nikmat dan dugaan yang telah diberikan kepada Shila.

Tujuan Shila menulis surat ini, sebab Shila nak memperjelaskan semua perkara yang telah terjadi setelah sekian lama shila berdiam diri.

Pertama sekali, Shila memahami situasi ibubapa Shila dan kenapa mereka begitu menjaga Shila dari pelbagai aspek sebab mereka menyayangi Shila dan takkan ada orang lain yang boleh menggantikan tempat mereka di dalam hati Shila.

Shila takkan sanggup melukakan hati mereka untuk berbuat sesuatu keputusan yang mereka tidak redhai.

Tentang Sharnaaz, Shila ingin memohon maaf secara terbuka kepada Sharnaaz dan familinya atas apa yang telah terjadi. Terima kasih kerana melayan Shila dengan baik selama hari ini. Janganlah semua menghukum Sharnaaz atas kenyataannya, dia tidak sepenuhnya bersalah.

Shila mengambil sepenuh tanggungjawab atas semua damage yang telah berlaku kepada Sharnaaz dan familinya.

Shila, sebagai seorang anak kepada ibubapa Shila, sebagai seorang kekasih kepada Sharnaaz, Shila sangat berharap perkara ini boleh diselesaikan sebaiknya.

Shila sentiasa percaya pada qada’ dan qadar. Seandainya ia baik untuk Shila maka dekatkan’lah, seandaikan ia membawa kemudaratan untuk Shila maka jauhkan’lah.

Jodoh, pertemuan, ajal dan maut di tangan Allah SWT. Shila berdoa agar semua berdamai. Shila minta maaf kepada semua rakan-rakan media kerana tidak memberi kerjasama atas semua spekulasi yang telah berlaku.

Shila juga ingin memohon maaf kepada semua Shilalas kalau ada yang terguris hati. Demi Allah, Shila sangat sayangkan anda semua.

Entri berkaitan :
(1) ‘Tolong jangan biadab’ - ND Lala
(2) Maklumbalas Sharnaaz Ahmad Terhadap Kenyataan ND Lala

Read more ...

Friday, 1 February 2013

Sharnaaz, Nak ‘Ambil Bunga, Jangan Tebang Pokoknya’ – Ustaz Tuan Asmawi

Sharnaaz, Nak ‘Ambil Bunga, Jangan Tebang Pokoknya’ – Ustaz Tuan Asmawi

Bukan sengaja untuk naikkan semula isu ini lepas pagi tadi dah buat entri Maklumbalas Sharnaaz Ahmad Terhadap Kenyataan ND Lala, tetapi tertarik dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengasas Program Realiti Imam Muda dan juga pendakwah terkenal, Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar yang menegur sikap pelakon Sharnaaz Ahmad yang dilihat tidak menghormati pelakon ND Lala yang juga bapa kepada kekasihnya sendiri, Shila Amzah.. 

Apa Ustaz Tuan Asmawai kata? Korang boleh baca dua gambar yang E'raz capture dibawah.. Dua-duanya E'raz capture di entri MyNewShub.my.. Menarik juga perumpamaan yang diberikan oleh Ustaz Tuan Asmawi berikan.. So, renung-renungkan..



Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Maklumbalas Sharnaaz Ahmad Terhadap Kenyataan ND Lala

Maklumbalas Sharnaaz Ahmad Terhadap Kenyataan ND Lala


Memang dah agak akan ada statement balas daripada Sharnaaz Ahmad kepada kenyataan ND Lala semalam untuk laporan Harian Metro bertajuk ‘Tolong jangan biadab’ - ND Lala.. Rasanya baik mereka berbincang face to face di satu tempat yang sesuai antara yang terlibat.. Tak pasal-pasal, kes yang boleh disettlekan tanpa pengetahuan orang lain, diketahui semua orang.. Untuk baca maklumbalas Sharnaaz Ahmad, klik SINI..

Read more ...

Thursday, 31 January 2013

‘Tolong jangan biadab’ - ND Lala

‘Tolong jangan biadab’ - ND Lala

Shila Amzah

Ini dah masuk cerita ala-ala rumahtangga ni.. Rasanya, kedua-dua pihak perlu menyelesaikannya secara tertutup.. Kita sebagai orang melayu, ada adat-adatnya.. Jadi, orang-orang tua, mesti akan ikut punya kan adat tu.. 

Mungkin ada di kalangan korang dah nampak pihak mana yang mungkin tersalah langkah.. Jadi, harap-harap, tiada lagi kes-kes ni dalam akhbar.. Better selesai secara tertutup.. Kalau nak baca kes ni, boleh klik SINI..

Read more ...