Showing posts with label Sharnaaz Ahmad. Show all posts
Showing posts with label Sharnaaz Ahmad. Show all posts

Thursday, 7 February 2013

“Saya Bertanggungjawab Ke Atas Shila, Saya Yang Akan Ditanya Di Akhirat!”

“Saya Bertanggungjawab Ke Atas Shila, Saya Yang Akan Ditanya Di Akhirat!” - ND Lala


Ini respon ND Lala untuk kenyataan yang Sharnaaz Ahmad keluarkan tentang beliau sering mengelakkan diri untuk bertemunya.. Kalau ada SMS, emel, panggilan masuk, panggilan keluar dan apa saja…ia sudah tentu ada ‘rekod’ dalam telefon bimbit saya. Jadi mana-mana pihak boleh berkata apa saja dan saya juga boleh menjawab kalau terus ditanya mengenai ‘perkara’ itu”..

Lagi info, terus ke entri INI

Entri berkaitan :
(5) Cerita terbaru dilaporkan oleh Roti Kaya : Kisah Cinta Sharnaaz Ahmad & Shila Amzah Kini Berakhir?
(6) Cerita daripada OhBulan! : “Saya Tidak Akan Hantar Rombongan Merisik” – Sharnaaz Ahmad Patah Hati

p/s : Apa yang dirisaukan, jika wartawan terus desak dan 'korek' apa sahaja dengan mereka, risau ada perkara-perkara yang tidak patut terkeluar.. Sesungguhnya, yang tersepit ialah Shila Amzah.. Semoga dia terus success dalam kerjaya dan hidup! Assalamualaikum..

Read more ...

Wednesday, 6 February 2013

Sharnaaz Ahmad Respon Surat Terbuka Shila Amzah

Sharnaaz Ahmad Respon Surat Terbuka Shila Amzah

Kes yang mungkin susah nak habis jika berterusan macamni.. Jika hal ini berlaku kepada rakan-rakan yang lain, paling baik ialah bersemuka biar puas hati kedua-dua pihak.. Better settlekan bukan melalui media.. Jika tidak, inilah jadinya.. Dalam kes macamni, pasti akan ada yang tersepit.. Korang pun boleh agak siapa yang tersepit sekarang..

KLIK UNTUK BESARKAN IMAGE



Entri berkaitan :

Read more ...

Suara SHILA AMZAH Baginya, Bapanya ND Lala dan Kekasihnya, Sharnaaz Ahmad

Suara SHILA AMZAH Baginya, Bapanya ND Lala dan Kekasihnya, Sharnaaz Ahmad

Tandatangan Shila Amzah

Akhirnya Shila Amzah muncul dengan satu kenyataan rasmi sepucuk ‘surat’.. Shila Amzah meminta maaf kepada semua pihak yang terlibat atas apa yang terlah terjadi.. Mesti ada yang faham apa yang bermain di dalam fikiran Shila sekarang kerananya melibatkan keluarganya, ibu dan bapa serta kekasih hatinya, Sharnaaz Ahmad dan keluarga.. Bersumberkan RotiKaya, ini suratnya..

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dengan nama Allah SWT yang maha pengasih dan maha penyayang, Shila rasa cukup bersyukur di atas segala nikmat dan dugaan yang telah diberikan kepada Shila.

Tujuan Shila menulis surat ini, sebab Shila nak memperjelaskan semua perkara yang telah terjadi setelah sekian lama shila berdiam diri.

Pertama sekali, Shila memahami situasi ibubapa Shila dan kenapa mereka begitu menjaga Shila dari pelbagai aspek sebab mereka menyayangi Shila dan takkan ada orang lain yang boleh menggantikan tempat mereka di dalam hati Shila.

Shila takkan sanggup melukakan hati mereka untuk berbuat sesuatu keputusan yang mereka tidak redhai.

Tentang Sharnaaz, Shila ingin memohon maaf secara terbuka kepada Sharnaaz dan familinya atas apa yang telah terjadi. Terima kasih kerana melayan Shila dengan baik selama hari ini. Janganlah semua menghukum Sharnaaz atas kenyataannya, dia tidak sepenuhnya bersalah.

Shila mengambil sepenuh tanggungjawab atas semua damage yang telah berlaku kepada Sharnaaz dan familinya.

Shila, sebagai seorang anak kepada ibubapa Shila, sebagai seorang kekasih kepada Sharnaaz, Shila sangat berharap perkara ini boleh diselesaikan sebaiknya.

Shila sentiasa percaya pada qada’ dan qadar. Seandainya ia baik untuk Shila maka dekatkan’lah, seandaikan ia membawa kemudaratan untuk Shila maka jauhkan’lah.

Jodoh, pertemuan, ajal dan maut di tangan Allah SWT. Shila berdoa agar semua berdamai. Shila minta maaf kepada semua rakan-rakan media kerana tidak memberi kerjasama atas semua spekulasi yang telah berlaku.

Shila juga ingin memohon maaf kepada semua Shilalas kalau ada yang terguris hati. Demi Allah, Shila sangat sayangkan anda semua.

Entri berkaitan :
(1) ‘Tolong jangan biadab’ - ND Lala
(2) Maklumbalas Sharnaaz Ahmad Terhadap Kenyataan ND Lala

Read more ...

Friday, 1 February 2013

Sharnaaz, Nak ‘Ambil Bunga, Jangan Tebang Pokoknya’ – Ustaz Tuan Asmawi

Sharnaaz, Nak ‘Ambil Bunga, Jangan Tebang Pokoknya’ – Ustaz Tuan Asmawi

Bukan sengaja untuk naikkan semula isu ini lepas pagi tadi dah buat entri Maklumbalas Sharnaaz Ahmad Terhadap Kenyataan ND Lala, tetapi tertarik dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengasas Program Realiti Imam Muda dan juga pendakwah terkenal, Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar yang menegur sikap pelakon Sharnaaz Ahmad yang dilihat tidak menghormati pelakon ND Lala yang juga bapa kepada kekasihnya sendiri, Shila Amzah.. 

Apa Ustaz Tuan Asmawai kata? Korang boleh baca dua gambar yang E'raz capture dibawah.. Dua-duanya E'raz capture di entri MyNewShub.my.. Menarik juga perumpamaan yang diberikan oleh Ustaz Tuan Asmawi berikan.. So, renung-renungkan..



Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Maklumbalas Sharnaaz Ahmad Terhadap Kenyataan ND Lala

Maklumbalas Sharnaaz Ahmad Terhadap Kenyataan ND Lala


Memang dah agak akan ada statement balas daripada Sharnaaz Ahmad kepada kenyataan ND Lala semalam untuk laporan Harian Metro bertajuk ‘Tolong jangan biadab’ - ND Lala.. Rasanya baik mereka berbincang face to face di satu tempat yang sesuai antara yang terlibat.. Tak pasal-pasal, kes yang boleh disettlekan tanpa pengetahuan orang lain, diketahui semua orang.. Untuk baca maklumbalas Sharnaaz Ahmad, klik SINI..

Read more ...

Thursday, 31 January 2013

‘Tolong jangan biadab’ - ND Lala

‘Tolong jangan biadab’ - ND Lala

Shila Amzah

Ini dah masuk cerita ala-ala rumahtangga ni.. Rasanya, kedua-dua pihak perlu menyelesaikannya secara tertutup.. Kita sebagai orang melayu, ada adat-adatnya.. Jadi, orang-orang tua, mesti akan ikut punya kan adat tu.. 

Mungkin ada di kalangan korang dah nampak pihak mana yang mungkin tersalah langkah.. Jadi, harap-harap, tiada lagi kes-kes ni dalam akhbar.. Better selesai secara tertutup.. Kalau nak baca kes ni, boleh klik SINI..

Read more ...

Friday, 11 January 2013

N D Lala Tidak Pernah Menganggap Sharnaaz & Shila Adalah Pasangan Bercinta

N D Lala Tidak Pernah Menganggap Sharnaaz & Shila Adalah Pasangan Bercinta


Assalamualaikum dan Salam Pagi Jumaat.. Hari ni ada masa sikit untuk buka semua akhbar online yang ada..  Jumpa artikel tentang Cucuh rokok, ikat kaki, Farid Kamil nafi Diana Danielle ditahan, Dibaham anjing pak cik dan lain-lain.. Tapi pertama sekali, tentang Shila Amzah dengan kekasih hatinya, Sharnaaz Ahmad serta kenyataan daripada bapa Shila Amzah dalam artikel 'Tak timbul soal kahwin' dalam Berita Harian Online hari ini..

N D Lala Tidak Pernah Menganggap Sharnaaz & Shila Adalah Pasangan Bercinta? ND Lala memang mengakui anaknya intim dengan Sharnaaz, bagaimanapun tidak pernah menganggap mereka adalah pasangan bercinta.. Errrmmmm.. Untuk berita penuh, korang boleh baca berita penuh di SINI.. ND Lala juga memaklumkan tidak menghalang Shila berkawan rapat dengan sesiapa saja asalkan dia mengawasi Shila..

Apa yang boleh ditekankan di sini, bapa Shila bertindak lebih bijak dengan menasihati beberapa perkara yang perlu dibaiki dan lebih fokus menguruskan aktiviti seni Shila supaya lebih maju! Apa-apa pun, Good Luck!

Read more ...

Tuesday, 18 December 2012

Sharnaaz Ahmad Melamar Shila Amzah Jadi Isteri!

Sharnaaz Ahmad Melamar Shila Amzah Jadi Isteri!


Sharnaaz Ahmad Melamar Shila Amzah Jadi Isteri!

Gambar di atas berjaya di capture dan dipublishkan oleh mStar hari ni.. Shila Amzah mengesahkan Sharnaaz Ahmad telah melamarnya.. Tapi mengikut mStar juga, tweet berkenaan ini telah dipadamkan beberapa jam selepas itu..

Selain itu juga, Shila sempat memberi sedikit penjelasan tentang perkara-perkara yang telah di tweet kan oleh Sharnaaz Ahmad tentang hal yang berlaku di Anugerah Planet Muzik 2012.. Tapi tak perlulah dipanjangkan lagi isu itu.. Mungkin sesetengah perkara perlu dijadikan pengajaran.. Apa-apa pun, doakan yang terbaik untuk mereka.. Elok juga mereka berkahwin.. Senang nak ke mana-mana, boleh bawa suami untuk jaga.. Good Luck!!

Read more ...

Monday, 19 November 2012

Shila Amzah : Mohon Maaf Cium Tangan Sharnaaz

Shila Amzah : Mohon Maaf Kes Cium Tangan Sharnaaz


Laporan mStar Online, Shila Amzah memohon maaf kepada peminat dan semua kerana tindakan spontannya mencium tangan kekasihnya, Sharnaaz Ahmad ketika namanya diumumkan sebagai pemenang Lagu Terbaik untuk lagu Patah Seribu pada Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-19.. Shila berkata, tindakan itu dilakukan secara tidak sengaja lebih-lebih lagi pada ketika itu dia berada di samping orang yang disayanginya apabila pengumuman dibuat.. Peminat Shila atau orang ramai melahirkan rasa kekecewaan di Facebook dan Twitter kerana perbuatan itu dianggap telah melanggar batasan sebagai wanita Muslim yang bertudung..

"Saya ingin meminta maaf atas kekhilafan saya itu. Ketika itu saya terlalu teruja dan pengumuman itu dibuat ketika saya berda di samping orang yang saya sayang.. Ia merupakan satu pengajaran buat saya dan saya bukanlah seorang yang sempurna," SHILA AMZAH

p/s : [INI HANYALAH PENDAPAT PERIBADI] Berikan sedikit ruang kepada sesiapa sahaja yang sedang berperang dengan diri mereka untuk berubah menjadi yang lebih baik.. Mungkin apa yang berlaku akan memberi pengajaran dan insyaAllah akan memberi pengajaran kepada orang lain juga.. Sekurang-kurangnya, perubahan pada Shila sekarang adalah lebih baik berbanding dulu.. Jangan selalu kita mencari kesalahan orang sedangkan ramai lagi diluar sana yang mungkin lebih layak ditegur.. Eh! Penyanyi bertudung lain, ada tak bersalam dengan artis lelaki lain?

Read more ...