Showing posts with label Fear Factor Selebriti Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Fear Factor Selebriti Malaysia. Show all posts

Saturday, 30 March 2013

Juara Fear Factor Selebriti Malaysia 2013 - Hairul & Dazrin

Akhirnya, sampai juga Fear Factor Selebriti Malaysia Episod Akhir malam ini.. Juara untuk Fear Factor Selebriti Malaysia adalah milik Hairul dan Dazrin.. Tempat kedua pula pasangan On Air iaitu Hafizul dan Hefny.. Zoey dan Dafi serta Ajak dan Elfira nampaknya tersingkir sebelum ke segmen terakhir Fear Factor Selebriti Malaysia episod akhir malam ni..


#Terjawab! Malam ni Eraz sempat tengok segmen terakhir sebab petang tadi bersama isteri, ma, abah dan abang pernah melawat bapa saudara di HRPZII.. Selepas itu bawa mereka ke rumah sebab nak solat Maghrib.. Sebelum mereka balik Machang, keluar makan dulu.. Lepas ni baru boleh tengok rakaman Fear Factor Selebriti Malaysia Episod Akhir untuk tengok sang juara - Hairul dan Dazrin..


Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Wednesday, 27 March 2013

Fear Factor Selebriti Malaysia Episod Akhir

Fear Factor Selebriti Malaysia Episod Akhir

Fear Factor Selebriti Malaysia Episod Akhir dah hujung minggu ni.. Rasa macam baru je la gi program Fear Factor Selebriti Malaysia ni kat TV.. Dah 13 minggu rupanya.. By the way, empat pasangan peserta yang berjaya melangkah ke peringkat akhir kali ini.. Mereka adalah :-
  1. Dafi & Zoey
  2. Hairul & Dazrin
  3. Hefny & Hafizul
  4. Ajak dan Elfira..
Yang paling tidak sangka ialah Elfira la.. Satu-satunya wanita yang tinggal dan memiliki tubuh yang kecil, akhirnya dia berjaya melangkah ke Fear Factor Selebriti Malaysia Episod Akhir ni.. Ingat lagi Episod 12 baru ni, Elfira dan Ajak hampir tersingkir dan Elfira yang terlalu sedih sampai menangis teresak-esak tanpa dapat berkata apa-apa.. Tetapi, rezeki mereka masih ada..

Untuk Fear Factor Selebriti Malaysia Episod Akhir ni, masing-masing ada peluang untuk bergelar juara.. Masing-masing ada kekuatan masing-masing.. Daripada promo TV di Astro Ria dan Astro Mustika HD sekarang, nampaknya di episod Akhir ni nampaknya sangat mencabar.. Apa-apa pun, kena tunggu Sabtu ni juga la pada pukul 9.00 malam.. Janji temu dengan Fear Factor Selebriti Malaysia Episod Akhir..

Read more ...

Saturday, 23 March 2013

Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 12

Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 12 di malam Earth Hour.. Earth Hour tutup lampu je, TV tak perlu tutup.. So boleh layan Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 12 ni.. Malam ini ala-ala Separuh Akhir kerana minggu depan sudah episod 13 atau dengan kata lain, Final / Akhir..

Untuk segmen pertama Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 12 ni, Hefny dan Hafizul On Air berjaya mendapat masa terpantas.. Akan tetapi, tiada imuniti.. Untuk segmen kedua dan keseluruhan Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 12, nampaknya pasangan Dafi dan Zoey sekali lagi menjadi pemenang mingguan dan membawa pulang RM 10 ribu...

Pasangan atau peserta yang paling tercorot dalam episod 12 ini ialah Elfira dan Ajak.. Penentuan masa untuk episod ini adalah melalui gabungan segmen pertama dan kedua.. Elfira sememangnya sangat sedih menangis teresak-esak kerana diumumkan pasangan yang mempunyai masa paling lama sampaikan tidak dapat memberi sebarang ucapan.. Hanya diwakili oleh Ajak..

Akan tetapi, Aaron Aziz akhirnya mengumumkan tiada penyingkiran pada Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 12.. Jadi minggu depan merupakan episod 13 iaitu Episod Akhir / Final! Pasangan yang berjaya ke final ialah Dafi & Zoey, Hairul & Dazrin, Hefny & Hafizul serta Ajak & Elfira..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Monday, 18 March 2013

'El tak takut katak, Katak takut El !' - Elfira Loy

Siapa yang tengok Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 11, mesti akan ingat dialog berkenaan.. Itu yang keluar dari mulut Elfira Loy semasa dia melaksanakan tugasan kedua bersama pasangannya Ajak Shiro.. Ketakutannya pada katak telah menyebabkan dia menangis meraung.. Akan tetapi, rezeki Elfira pada malam tu kerana dia dan ajak berjaya membawa pulang RM 10,000 kerana menjadi pemenang pada episod 11 Fear Factor Selebriti Malaysia..

El tak takut katak, katal takut El.. Ternyata, semua peserta lain yang dengar termasuk Ajak sendiri, tergelak... Difahamkan, dua minggu lagi Episod 13 dan sebenarnya Final ataupun Episod Akhir.. Siapa di antara mereka yang menang, semuanya memang tak boleh nak agak.. Tunggu dan lihat nanti Fear Factor Selebriti Malaysia Episod  12 sebelum ke Episod 13 / Akhir / Final nanti..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Saturday, 16 March 2013

Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 11



Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 11 bertarikh 16 Mac 2013.. Macam berita surat khabar pulak.. Haha.. Siapa yang tengok Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 11 malam ni mesti dah tahu yang segmen pertama telah ada penyingkiran.. Nampaknya rezeki bukan memihak kepada Alam Wakaka dan Arja Lee kerana mereka tersingkir di Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 11 malam ni..

Untuk segmen kedua malam ni, nampaknya mereka diuji dengan katak dan aktiviti gergaji.. Dalam ramai-ramai, Elfira nampaknya paling nampak takut pada katak.. Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 11 mencatatkan penyingkiran dua peserta... Pasangan kedua tersingkir malam ini ialah Akim AF dan Farish.. Manakala ketakutan kepada Elfira tadi membuahkan hasil dan berita gembira buat Elfira dan Ajak Shiro kerana mereka menang bagi Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 11.. Kecil-kecil Cili Padi..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Saturday, 9 March 2013

Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 10

Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 10 muncul juga malam ini selepas beri laluan kepada FFM 25 minggu lepas.. Untuk segmen pertama, pasangan Ajak dan Elfira berjaya menang dan mendapat imuniti.. Pasangan Hefni dan Hafizul juga diberi imuniti kerana mendapat tempat kedua bagi segmen pertama..

Bagi segmen kedua, mereka berdepan dengan kala jengking dan labah-labah.. Nampaknya, untuk Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 10 ini menjadi rezeki kepada pasangan Dafi dan Zoey.. Tetapi pasangan Johan A'sari dan Kaka Azraff kurang bernasib baik dalam Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 10 ini kerana terpaksa disingkirkan kerana mengambil masa yang lama untuk menyempurnakan tugasan..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Saturday, 2 March 2013

Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 10 vs FFM 25


Mula-mula fikir, kenapa la takde iklan pasal Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 10 sepanjang minggu ni.. Rupa-rupanya Fear Factor Selebriti Malaysia malam ni Episod 10 'berehat'.. Punya la semangat tunggu hari Jumaat, sekali takde.. Alahai.. Dah tengok iklan Erra & Fahrin, pastu Elfira & Hefni di tv.. Tak terlintas Fear Factor dan Festival Filem Malaysia 25 di masa yang sama.. Hah! Peminat FFM 25, ini senarai percalonan penuh FFM 25 / 2012 - KLIK..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Saturday, 23 February 2013

Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 9

Gambit dan Alif Tersingkir - Fear Factor Selebriti Malaysia

Berakhirnya Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 9 malam ini dengan mengumumkan giliran Gambit dan Alif tersingkir.. Mereka juga yang mendapat masa paling lama untuk untuk menyelesaikan cabaran pertama.. Cabaran pertama yang melibatkan pengaliran elektrik, Zoey dan Dafi berjaya mendapat masa terpantas dan mendapat imuniti.. Lepas itu untuk peluang kedua, Hairul dan Dazrin menyahut cabaran, juga mendapat imuniti..

Bagi cabaran kedua Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 9 yang melibatkan kereta dan lori, Alam dan Arja berjaya mendapat masa yang paling pantas manakala untuk penyingkiran, Gambit dan Alif telah diumumkan setelah pengundian dibuat dan masa cabaran pertama diambil kira..

Entri Fear Factor Selebriti Selebriti Malaysia Sebelum Ini :

Read more ...

Saturday, 16 February 2013

Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 8

Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 8

Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 8 : Ezlynn dan Nik Michael Tersingkir

Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 8.. Untuk cabaran pertama, nampaknya rezeki Elfira dan Ajak Shiro mempunyai masa terpantas.. Arja dan Alam Wakaka pula mendapat kumpulan kedua terpantas.. Jadi mereka berempat telah mendapat imuniti bagi segmen kedua.. Segmen pertama Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 8 ni menguji ketakutan bagi ketinggian..

Bagi segmen kedua, Hefny dan Hafizul berjaya mendapat masa terpantas dan menjadi pemenang untuk Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 8 ni.. Manakala minggu ini menjadi minggu untuk kurang menjadi kepada Ezlynn dan Nik Michael kerana mereka telah tersingkir kerana menggunakan masa yang paling lama untuk menyelesaikan tugas bagi segmen kedua..

Read more ...

Saturday, 9 February 2013

Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 7

Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 7

Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 7

Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 7 malam ini nampaknya rezeki kepada Hairul dan Dazrin sekali lagi kerana menjadi pemenang buat kali kedua.. Pencabar paling dekat mereka ialah Ajak dan Elfira.. Elfira tu, nampak je kecik, tapi semangat besar.. 

BTW, tempat terakhir untuk Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 7 malam ni dapat pada Gambit dan Alif.. Ingatkan mereka akan tersingkir malam ini.. Tapi nampaknya rezeki mereka masih ada kerana Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 7 diumumkan oleh Aaron Aziz bahawa tiada penyingkiran..

Kalau korang perasan, ada peserta yang tidak disukai oleh peserta lain.. Kamera sangat suka fokus pada dia semasa Aaron ingin umumkan pemenang Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 7 ni.. Semua orang sudah tahu kot.. Jadi tak perlulah E'raz beritahu di sini.. Assalamualaikum..
Read more ...

Saturday, 2 February 2013

Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 6

Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 6 - Atu Zero & Azri AF9 Tersingkir


Nampaknya Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 6 malam ini sangat menarik.. Aksi semakin minggu, semakin menarik.. Aaron Aziz sebagai pengacara juga nampaknya semakin OK.. Dan paling nampak pada minggu ini ialah perangai peserta.. Mungkin ada yang perasan bahawa terdapat sesuatu yang tak kena dengan perangai salah seorang peserta.. Tambah-tambah semasa segmen permainan kedua yang melibatkan air.. Satu kenyataan yang terkeluar daripada mulutnya, menyinggung perasaan peserta lain.. Lupakan..

Segmen pertama nampaknya dimenangi oleh Alam Wakaka dan Arja.. Tetapi hadiah imuniti berkenaan telah diberikan kepada Hefni dan Hafizul On Air.. Tambahan pula, geng On Air berkenaan sedikit cedera semasa cuba menyelesaikan permainan pertama.. Elfira dan Ajak serta Hairul dan Dazrin juga bertuah mendapat imuniti dan memilih untuk menggunakannya..

Bagi segmen kedua, nampaknya peserta yang mendapat masa terpantas ialah Atu Zero dan Azri.. Tetapi malang bagi mereka kerana Azri menyudahkan permainan dengan membuat satu kesilapan.. Oleh sebab itu, mereka tersingkir untuk minggu ini dan pemenang untuk minggu ini dapat kepada Alam Wakaka dan Arja..

Read more ...

Saturday, 26 January 2013

Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 5

Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 5

Zawen & Iz Menarik Diri

Malam atau lebih tepat, minggu ini nampaknya giliran Johan A'sari & Kaka Azraff yang menjadi juara selepas berjaya mendapat masa yang paling singkat untuk ujian kedua yang mana melibatkan air.. Manakala Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 5 menjadi minggu terakhir buat Zawen & Iz.. Mereka bukan tersingkir, akan tetapi Zawen terpaksa menarik diri dari Fear Factor Selebriti Malaysia kerana mengalami kecederaan.. Dengan kata lain, Iz juga kena turut serta kerana mereka sepasukan.. Disebabkan Zawen & Iz menarik diri, tiada penyingkiran pada minggu ini..

Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 5 > Johan A'sari & Kaka Azraff Juara > Zawen & Iz Menarik Diri

Read more ...

Saturday, 19 January 2013

Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 4

Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 4


Peserta yang tersingkir malam ini ialah Jehan Miskin dan Dr. Faiz.. Jika korang tengok segmen ke-2 malam ni, memang nampak Jehan sangat penat masa mengorek atau menggali tanah tadi.. Mungkin rezeki mereka setakat itu sahaja.. Segmen pertama nampaknya menguji faktor ketinggian atau gayat.. Diaorang juga  perlu melawan angin.. Untuk segmen kedua, pemenangnya ialah Atu Zero dan Azri AF9 dengan kata lain, mereka juga la pemenang pada minggu ini..

Read more ...

Sunday, 13 January 2013

Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 3

Peserta Tersingkir Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 3 - Celina & Arthur


Best jugak 'main' dalam Fear Factor ni.. Sesuai ke guna perkataan main..? Haha.. Apa-apa pun, jika E'raz berpeluang join game-game macam tu, memang sukarela nak join.. Sejak kerja ni, komitmen untuk semua tu terus tiada.. Jika ada peluang pun, masa kursus yang melibatkan aktiviti luar je.. Lain la masa zaman kat USM dulu.. Berbalik ke Fear Factor malam ni..

Nampaknya rezeki untuk Celina (Bekas Pengacara 3R) dan pasangannya Arthur sampai di episod 3 sahaja apabila mereka tersingkir.. Manakala pemenang episod kali ini ialah pasangan Gambit! Pengacara? Tak kan tiap-tiap minggu nak bagi pendapat pengacara kan.. Aaron masih lagi belum bersama mereka sebab dalam keadaan tidak sihat lagi..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Saturday, 5 January 2013

Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 2 : Didie Alias & Suami Tersingkir!

Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 2 : Didie Alias & Suami Tersingkir!

Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 2 : Didie Alias & Suami Tersingkir!

Malam ni sempat tengok Fear Factor Selebriti Malaysia selepas setengah jam.. Tapi macam biasa, sudah direkodkan awal-awal.. Rezeki Didie Alias dan suami kurang sikit episod ni walaupun di segmen kedua, Didie berjaya lakukan dengan baik.. Mereka tersingkir disebabkan oleh segmen pertama yang melibatkan ular..

Episod 2 nampaknya dimenangi oleh pasangan Hairul dan Dazrin.. Arthur dan Celina hampir tersingkir tetapi disebabkan mereka berjaya cemerlang di segmen pertama, mereka terlepas.. Aaron macam tak bersama peserta.. Mungkin masa rakaman ni, Aaron tengah MC kot.. Warded.. Sesuatu yang masih tak kena dengan pengacara.. Korang tahu tak ape?? :-)

Published with Blogger-droid v2.0.9
Read more ...

Saturday, 29 December 2012

Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 1

Roslan Shah & Azam Pitt Tersingkir!


Memang dah siap set awal-awal untuk tengok sebab promo macam menarik kan.. Seperti yang dijangka, episod 1 lebih kepada pengenalan.. Faktor yang dipilih pada episod 1 ni ialah ketinggian atau gayat.. Tapi tak sangka juga ada penyingkiran.. Peserta atau pasangan pertama yang tersingkir ialah Roslan Shah & Azam Pitt manakala yang menang ialah Dafi & Zoey..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Read more ...