Showing posts with label FFM 25. Show all posts
Showing posts with label FFM 25. Show all posts

Sunday, 3 March 2013

Tidak malam ini ..

Jika sebelum-sebelum ini, Eraz selalu update keputusan penuh untuk mana-mana majlis anugerah.. Tapi tidak la kot malam ini sebab Eraz sendiri tengok kat twitter sendiri, dah banyak link entri blog yang update keputusan penuh Festival Filem Malaysia 25 yang berlangsung malam ni..

Kalau tak salah, dalam masa yang sama di NTV7, berlangsung Bella Award.. Dengar-dengar antara pemenang Bella Award ialah Dato Siti Nurhaliza dan Fara Fauzara.. Seriusnya, tak sure juga objektif anugerah berkenaan, jadi tak boleh komen...

Lepas tamat FFM 25 tadi, baru keluar promo untuk Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 10.. Wow, nampaknya menarik sebab ada aksi melibatkan haiwan macam labah-labah, kala jengking.. So tunggu Jumaat depan je la.. Malam ni, episod tu dikorbankan..

#Malam ini, Eraz akan teruskan dengan plan yang telah diletakkan dalam fikiran ni walaupun dah lewat ni.. Esok hari cuti dan akan balik kampung.. (Walaupun jarak balik kampung lebih kurang sejam je.. Kira balik kampung la tu..)

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Saturday, 2 March 2013

Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 10 vs FFM 25


Mula-mula fikir, kenapa la takde iklan pasal Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 10 sepanjang minggu ni.. Rupa-rupanya Fear Factor Selebriti Malaysia malam ni Episod 10 'berehat'.. Punya la semangat tunggu hari Jumaat, sekali takde.. Alahai.. Dah tengok iklan Erra & Fahrin, pastu Elfira & Hefni di tv.. Tak terlintas Fear Factor dan Festival Filem Malaysia 25 di masa yang sama.. Hah! Peminat FFM 25, ini senarai percalonan penuh FFM 25 / 2012 - KLIK..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...