Lipas jadi hantu? Aik! Jarang-jarang dengar.. Kisahnya camni.. Pada satu pagi tu, masa nak bersiap pergi kerja, terdengar Hot FM AM Krew bersama Fara Fauzana, Faizal Ismail dan AG.. Tak pasti topik apa yang mereka bincangkan, tapi satu caller tu berjaya menarik perhatian.. Kisahnya dengan seorang penjual ubat lipas..
Katanya, jika seekor lipas memakan ubat lipas berkenaan, lipas itu akan mati.. So begitulah juga nasib lipas-lipas yang lain.. Disebabkan mungkin tak nak beli atau lain-lain hal, orang itu pun dapat idea menanyakan satu soalan yang boleh dikatakan cepumas.. Soalannya : Apa akan jadi dengan lipas-lipas yang dah mati tu? Nak buat camne? Soalan simple je kan..
Jawapan penjual tu : Lipas tu akan jadi hantu kot..!
Terbaik jawapan dia.. Sah-sah la orang tak kan beli ubat lipas tu.. Lipas jadi hantu? Tak pernah dibuat orang.. Entri ini hanya untuk suka-suka.. Jika ada sesiapa yang dengar di Hot FM AM Krew baru ni, sila perbetulkan jika Eraz tersilap cerita sebab dengar sambil bersiap je..
#Cuba hilangkan stress dengan positifkan diri
Tiba-tiba banyak la pula kisah binatang dalam blog ini.. Selain kucing Eraz sendiri, Eraz pernah buat entri pasal Tikus, Gajah dan Katak!







