Showing posts with label ABPBH 29. Show all posts
Showing posts with label ABPBH 29. Show all posts

Thursday, 24 March 2016

Calon Top 5 ABPBH 29 Yang Sangat Mengarut !

Assalamualaikum w.b.t.. Semalam rasanya dah diumumkan senarai calon Top 5 untuk ABPBH 29 bagi tahun 2015 ni.. Masa tengok pencalonan awal, rasanya macam ada la lagi logiknya.. Banyak nama besar dan popular yang mungkin akan terisi untuk ke Top 5.. Pada mulanya tengok bila ada beberapa kategori utama digabungkan antara wanita dan lelaki, rasa macam tak lain macam.. Tapi bila munculnya calon Top 5 ni, rasa macam lagi mengarut.. Kalau satu dua kategori, boleh la dterima.. Tapi kalau boleh dikatakan semua, hahaha je la.. Hehe.. 

Ini hanyalah pendapat peribadi.. Biasalah kalau bermain dengan undian peminat, semua ni sebenarnya tidak mustahil tapi logiknya tu kadang-kadang tak de la lari jauh sangat.. By the way, siapa-siapa yang berminat untuk tengok calon Top 5 ABPBH 29 ni, boleh tengok di bawah :


Artis Baharu Lelaki Popular - Mana nama besar macam Hafiz Roshdi, Syamil AF dan lain-lain pelakon or penyanyi? Artis Baharu Wanita Popular - Siapa Falisha Crossley? Nana Sheme pun ada? Errrmmm.. Tak pe la, kategori artis baru, biasala muka baru..


Pelakon Filem Lelaki Popular - Ok la, tapi mana nama besar yang lain macam Aaron Aziz, Zizan Razak dan lain-lain kan? Peminat ramai rasanya.. Pelakon Filem Wanita Popular - Emma Maembong filem apa ek? Fathia Latiff?? Nur Risteena? Alahai.. 


Pelakon TV Lelaki Popular - Ok la berbanding dengan kategori lain di atas.. Orang lama macam Faizal Hussein pun terselit.. Pelakon TV Wanita Popular - Emma ok la.. Fathia pun ok la.. Elizad pun ok.. Saleha.. Dua kategori nampak.. Ramai betul peminat dia.. Erma Fatima tiba-tiba muncul!


Penyanyi Lelaki Popular - Ir Radzi? Syed Shamim? Adoi.. Kategori Lelaki Popular kot.. Malas nak komen panjang.. Hehe.. Penyanyi Wanita Popular - Munculnya Aishah Aziz dan Eleena Harris, sangat errrrmmmmmmm.. Hehe..


Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular - Ok la rasanya kan? Artis Komedi Popular - 4 lelaki dan 1 wanita.. Yang wanita Zulin Aziz? Memang dia ada nama tapi mana hilangnya pemenang tahun lepas, Didie Alias? Jihan Muse pun tak de kot..!


Artis Versatil Popular - Kategori baru.. Calon-calon memang ada nama.. Siapa-siapa la masuk pun sebab rasanya kategori ni tak akan wujud lama.. Pengacara TV Popular - Wak Doyok wei.. Haha.. Hazlin Hussein ok la.. Izreen Azminda? Satu program je kot.. Mana Nabil Ahmad dan Jihan Muse yang ada pengacara Gegar Vaganza yang kebaboom tu..? Fara Fauzara pun hilang..


Penyampai Radio Popular - Ini pun lucu.. Korang tengok la sendiri.. 

Apa-apa pun, ini memang pilihan peminat mereka.. Eraz cumalah pemerhati.. Tak de buat undian pun.. Pernah berlaku mengikut ramalan ramai, kumpulan peminat sangat giat mengundi di akhbar untuk artis mereka.. Disebabkan kena memilih 5 orang dalam ramai-ramai calon, mereka akan pangkah artis mereka dan empat artis lain lagi mesti pilih dikalangan yang tidak berapa popular untuk mengurakan jumlah undian.. Sebab tu senarai calon top 5 jadi huru hara.. Sekali lagi, ini hanyalah pendapat peribadi, korang mesti ada pendapat korang kan.. Wassalam..

Read more ...

Monday, 15 February 2016

Senarai Calon ABPBH 29 / 2015

Assalamualaikum w.b.t.. Kalau pagi tadi Eraz ada buat entri pasal pengenalan untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang ke 29 a.k.a bagi tahun 2015 kan.. [ Rujuk SINI ] So malam ni Eraz nak upload senarai penuh calon awal untuk ABPBH 29 / Tahun 2015 ni.. Biasa la kalau calon awal, kadang-kadang nama yang tak kenal pun ada.. Tambah-tambah untuk calon kategori Artis Baharu Lelaki / Wanita Popular dan Penyampai Radio Popular.. Tapi kalau kategori lain, familiar la semua.. Yang popular ada, suam-suam kuku ada.. Semua ada.. Terbaru ada senarai calon untuk kategori Artis Versatil Popular.. So di buat di ada senarai calon.. Nampak tak?





Nampak macam nama besar tiada macam Shila Amzah.. Mungkin sebab Shila tak de single baru tahun 2015.. Lebih fokus pada kerjaya di China.. Siti Nordiana juga tiada walaupun menang Gegar Vaganza 2015.. Sama macam peserta GV lain.. Faktor? Tiada single barangkali.. Penyampai Radio? Nama besar macam Linda Onn, Halim Othman pun hilang dah.. Lepas Dato' Siti Nurhaliza tak de, mengharapkan Jihan Muse ada sangkut untuk semua kategori atau at least satu memandangkan pencapaian dia pada tahun 2015 yang lepas.. Apa-apa pun, have fun untuk tengok-tengok calon ni.. Wassalam..

Read more ...

Sunday, 14 February 2016

ABPBH 29 | Banyak Kategori Digabungkan & Artis Versatil Popular Diwujudkan


Assalamualaikum w.b.t.. Sedar tak sedar, tup tup dapat tahu tentang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 29 dah mula buka borang undian pencalonan awal.. Rasa macam baru je ABPBH 28 lepas, sekali dah muncul ABPBH 29 pula.. Harapan kali ni agar Jihan Muse dapat menang kategori Artis Komedi Wanita Popular dan Pengacara TV Wanita Popular.. Tapi lepas tengok-tengok kategori tahun ni, macam lain macam je.. Rupa-rupanya banyak kategori telah digabungkan.. Frust la pulak rase.. Pasti saingan untuk kategori yang digabungkan tu lebih sengit kan.. Tak semua digabungkan.. Ok.. Cuba tengok senarai kategori di bawah :

KATEGORI UTAMA ABPBH 29

ARTIS BAHARU LELAKI POPULAR
ARTIS BAHARU WANITA POPULAR
ARTIS KOLABORASI / DUO / BERKUMPULAN POPULAR
ARTIS KOMEDI POPULAR
ARTIS VERSATIL POPULAR
PELAKON FILEM LELAKI POPULAR
PELAKON FILEM WANITA POPULAR
PELAKON TV LELAKI POPULAR
PELAKON TV WANITA POPULAR
PENGACARA TV POPULAR
PENYAMPAI RADIO POPULAR
PENYANYI LELAKI POPULAR
PENYANYI WANITA POPULAR

Nampakkan kategori Artis Komedi, Pengacara TV dan Penyampai Radio telah digabungkan antara lelaki dan wanita.. Kategori Artis Baharu, Pelakon Filem, Pelakon TV dan Penyanyi masih diasingkan antara lelaki dan wanita.. Tapi dalam pada itu, ABPBH 29 mewujudkan satu kategori baru iaitu Artis Versatil Popular.. Kalau ditengokkan calon awal, semua tu tercalon dalam kategori yang lain.. Rasanya macam tak lama kot kategori Artis Versatil Popular ada.. Macam kategori Penghibur TV Popular yang lepas.. Apa-apa pun, Jihan Muse salah seorang yang tercalon untuk kategori Artis Versatil Popular ni.. Selain dari kategori utama, ada kategori online macam biasa.. Malas nak hurai sebab selalunya yang menang, tak akan menjadi tajuk utama pun.. Hehe.. Ini kategorinya :

KATEGORI ONLINE ABPBH 29

ARTIS PALING KONTROVESI
PASANGAN SELEBRITI ROMANTIS
ARTIS WANITA STAILO
ARTIS AKSI SELFIE POPULAR
ARTIS IKON #RESPEK POPULAR
ARTIS LELAKI STAILO
ARTIS TRENDING POPULAR
ARTIS YOUTUBE POPULAR
GANDINGAN SERASI DI LAYAR
PERSONALITI MEDIA SOSIAL POPULAR
PERSONALITI POPULAR

Apa-apa pun, ini baru pencalonan awal.. Ke Top 5 tak tahu siapa lagi.. Cuma harapkan Jihan Muse lepas semua kategori.. Haha.. 

Read more ...