Thursday 28 April 2016

Makan Tanpa Menikmati di Kenny Rogers Roasters

Assalamualaikum w.b.t.. Semalam memang dah plan dari awal untuk ke Tesco Kota Bharu samada selepas kerja atau selepas maghrib.. Beli ape? Haha.. Beli barang sama yang pernah dibeli sebelum ini tetapi disebabkan terlupa ambil masa family day, tertinggal kat sana.. Disebabkan rasa perlu ada, so kena pergi beli sekali lagi di tempat sama dan barang tu pun sama.. Barang apa? Klik SINI dan barang tu memang Zara pakai..

Dalam masa yang sama, wife puasa semalam tu plan nak makan kat luar terus.. Dan orang berpuasa decide untuk berbukan di Kenny Rogers.. Walaupun dah tahu harga di Kenny Rogers ni sangat 'best' tapi jarang-jarang sekali, tak pe la kot.. Hehe.. Memang Zara dan Adam pun ikut sekali.. Selalu mereka ok je kalau bawa sekali.. Tak de masalah sangat.. Tapi kali ni ..


Pertama sekali di Kenny Rogers semalam memang sangat ramai orang.. So kami order lama sebelum berbuka, tetapi masa azan tu, baru je dapat muffin je.. Alahai.. Tunggu punya tunggu, dapat air.. Makanan utama? Memang sangat lambat semalam.. Orang di sebelah kami yang datang lebih lambat, dapat dulu pulak.. Akhirnya selepas sekian lama, dapat la yang wife dulu then bagi dia makan dulu sebab puasa kan.. Zara pun makan sekali dengan wife.. 

Adam dah mula meragam sebab susu bekal dah habis.. Eraz la terpaksa dukung ke sana ke mari untuk bagi dia selesa.. Lepas tu, masa makanan Eraz pulak sampai, duduk dan suap Adam pula.. Sepanjang berada di Kenny Rogers semalam memang rasa semua tak menjadi.. Kami makan dengan tanpa rasa menikmati.. Masa otw balik rumah, rasa macam tak pernah makan kat situ pun.. Faham tak? Hehe..


Satu sebab service semalam memang lambat.. Adam pula meragam sebab tak de susu dan mungkin dia teringin nak baring atas katil dah.. Hehe.. Tapi alhamdulillah banyak juga dia makan.. Zara ok, makan nasi, banyak la jugak.. Tapi akhir-akhir masa nak balik, bila Adam menangis, dia pun sama naik 'manja' kan diri nak menangis.. Tiba-tiba.. So memang kami rasa tak tenteram la sikit..

Kami sebelum dah biasa makan di Kenny Rogers (SINI antara yang di rekodkan) tu cuma service kali ni je sangat slow.. Belum serik cuma harap tak berulang.. Anak2? Pun sama, sebelum ni ok je.. Contoh macam makan kat SINI atau SINI.. Ok je, tapi mungkin sebab baru balik dari nursery, mengantuk, nak susu, so meragam la sikit.. Biasa la kan.. 

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.