Sunday, 9 August 2015

Kanak-Kanak Perempuan Jatuh Eskalator Di Parkson Kota Bharu

Assalamualaikum w.b.t.. Masa tu baca timeline Twitter tadi, terjumpa artikel berita tentang seorang kanak-kanak perempuan jatuh eskalator di sebuah pasar raya di Kota Bharu.. Pasaraya Kota Bharu.. Eh! Kawasan Eraz tu.. So terus google cari maklumat di mana tempat yang betul.. Ya la, bila berlaku di tempat kita, mesti nak tahu maklumat lebih tepat.. Mana la tahu melibatkan orang yang kita kan.. Tapi minta jauh la.. Alhamdulillah.. Jumpa berita yang dicari.. Tempatnya seperti gambar di bawah  :


Tempat tu rupanya di Pasaraya Parkson yang bertapak di bangunan Kota Bharu Trade Centre Kota Bharu.. Tempat ni berhampiran dengan Pasar Siti Khadijah Kota Bharu.. Lepas google dan baca berita-berita yang ada, memang ada beberapa entri memaparkan gambar kanak-kanak perempuan berkenaan yang masih terlantar di atas lantai.. Begitu juga gambar yang pasukan kecemasan mengangkat mangsa untuk di bawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II.. 

Eraz ambil jalan untuk tidak upload gambar di entri ini kerana menjaga keaiban keluarga dan juga mangsa.. Mana tahu gambar berkenaan boleh membuat mangsa dan family lebih terkesan kan.. Tidak mustahil lepas ini akan viral gambar berkenaan dan juga video dari rakaman CCTV kan.. Maklumat lain yang Eraz jumpa ialah kalau dilaporkan selepas pemeriksaan rakaman CCTV, dilihat kanak-kanak tersebut telah menaiki tangga eskalator menerusi bahagian luar dan berpaut pada pemegang tangga tersebut tanpa diawasi oleh sesiapa..

Sama-sama kita doakan semoga mangsa akan baik seperti sedia kala secepat mungkin.. Dengarnya patah kaki.. Sebagai seorang bapa juga, sama-samalah kita lebih berhati-hati mengawasi anak kita supaya perkara seperti ini tidak terjadi lagi.. Malang ni tidak berbau.. Tidak boleh juga menunding jari ke arah orang lain atas satu-satu kesalahan.. Sekali kita tunding jari, berapa jari yang menuju arah kita kan.. Jadi, sama-sama lah kita beringat.. 
Read more ...

Tips Merawat Demam Panas Di Rumah

Assalamualaikum w.b.t.. Siapa-siapa yang ada anak kecil a.k.a bayi, mesti akan lalui saat menjaga anak demam.. Kadang-kadang kita rasa macam nak panik bila tengok atau dapat rasa badan anak sangat panas di kepala dan badan.. Dan juga mesti risau kalau nampak anak tu dah mula menggigil.. Orang kata, kalau dah mula menggigil tu maksudnya memang badan dia panas dari dalam la.. So hari ni Eraz nak share dengan korang tentang Tips Merawat Demam Panas Di Rumah.. Bagi maklumat di bawah ni.. Insyaallah boeh membantu..


Anak Eraz sendiri iaitu Zara Faleesya salah seorang yang demam sekarang ni.. Kalau siang hari boleh dikatakan ok la walau ada ketikanya jadi lebih manja.. Tapi malam memang kena berjaga-jaga.. Dua malam semalam, first time tengok di tersedar cakap sejuk..Tengok pada kulit di bahu tu memang macam kulit orang sejuk.. Rasanya badan dan tinggi sangat dan orang tua kata, sejuk di dalam.. Ambil termometer memang tinggi suhunya bila check.. Terus bangun dapatkan ubat dan jelung atau sponging kepala, belakang dan bawah ketiak.. Itu memang cara biasa kami untuk redakan panaskan dia..

Alhamdulillah, suhu makin turun perlahan-lahan walaupun ada ketika Zara minta nak duduk atas riba.. Memang kalau masa anak demam, kami suami isteri akan bergilir jaga sebab nak pantau keadaan.. Budak demam panas ni risikonya tinggi.. Minta jauh kalau sampai tahap sawan.. Semalam pun sama, sekali lagi nampak di kulit dia macam sejuk.. Buat apa yang kami buat semalam.. Sampai Zara yang nampak lemah, bangun ajak Papa main melukis di malam buta.. Walaupun ngantuk, layan je la dan dalam masa yang sama lega sebab anak dah aktif.. 

Harapnya hari ni demam Zara ok.. Kebetulan Eraz cuti hari ni, so akan pantau dia 24 jam la.. Nasib baik juga Allah bagikan kesihatan yang baik pada Adam.. At least Adam buat hal dia je selalu nak susu.. Sama-sama kita ambil tips untuk jaga anak masing-masing masa demam.. Demi masa depan mereka dan kita juga.. Doakan semoga Zara cepat sempat.. Insyaallah.. Amin..

Read more ...

Saturday, 8 August 2015

Inilah Orang Kelantan !

Assalamualaikum w.b.t.. Pagi-pagi ni dah nak cerita pasal makanan.. Tambah-tambah pulak pasal roti canai.. Fuh! Ok.. Entri ni hanya nak berkongsi tentang Trivia Orang Kelantan tentang cara makan roti canai.. Terjumpa satu posting di Instagram @ilovekelantan dan Eraz terus repost.. Dan mungkin boleh share dengan pembaca blog juga kan..



Roti canai memang popular di seluruh Malaysia kan.. Tak kira negeri mana pun.. Kalau tak makan untuk breakfast, dinner pun ok.. Haha.. Lunch tu tak sure la.. Mungkin ada juga.. Dan Eraz nak share salah satu cara orang Kelantan makan roti canai..

Jika korang nak cam orang Kelantan, senang saja bila ke kedai mamak atau mana-mana kedai roti canai.. Cuba perhatikan caranya.. Makan roti canai seperti biasa tapi yang peliknya letak sedikit gula ke dalam kuah kari/dal.. Itulah trademark orang Kelantan sejak dari dulu lagi.. Memang tak dinafikan, memang Eraz sendiri makan macam ni.. Sekali sekala cicah dengan susu pekat.. Fuh!

Namun ingat, gula boleh membunuh anda jika diambil berlebihan.. Jadi berpada-pada.. Itulah ayat yang Eraz copy dari instagram tadi.. Memang betul.. Tambah-tambah kalau keluarga kita ada history kencing manis kan.. Wife Eraz sendiri selalu ingatkan.. 

Read more ...

Friday, 7 August 2015

Konvokesyen Program MBA September ini !

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Saat yang ditunggu-tunggu oleh semua orang yang menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi.. Konvokesyen.. Kira hari 'merdeka' selepas belajar.. Selepas bertungkus lumus selama setahun lapan 8 bulan bermula bulan September 2013 yang lepas, akhirnya tamat pada hujung bulan April 2015, Eraz berjaya tamatkan program MBA di Open University Malaysia.. Sangat mencabar untuk belajar secara online bermula pada selepas kelahiran Zara dan berakhir pada kelahiran Adam.. Macam sudah di atur..

Klik untuk besarkan gambar

Sangat mencabar untuk memberi komitmen kerana pada awalnya memang komitmen dalam bekerja sangat tinggi.. Setiap hujung minggu memang kerja.. Dengan mode pembelajaran sebagai Online Learner, memang sangat mencabar untuk siapkan tugasan dan study untuk peperiksaan akhir.. Memang kena akui, ada satu, dua semester tu memang down sebab banyak komitmen tapi alhamdulillah sempat cover.. 

Cabaran kedua sebab pada awal mendapat tawaran tu, Zara baru sahaja lahir.. Bermula saat pertama menjadi bapa, berjaga malam sampailah satu saat Zara dah besar dan Zara mula nak belajar sama masa Eraz mula buka laptop atau buku.. So kenalah belajar atau siapkan tugasan selepas Zara tidur.. Mungkin rezeki sambung belajar ini selari dengan rezeki lahirnya Zara.. Dalam masa yang lebih kurang 3, 4 bulan lepas itu, bapa mertua pula meninggal..

Kalau korang ingat, Eraz sendiri menjadi mangsa banjir pada bulan Disember 2014 yang lepas.. Masa tu memang Kelantan hebat dilanda banjir sana sini.. Sama juga dengan rumah family Eraz, mertua dan juga rumah sendiri.. Harta benda memang banyak rosak la.. Nasib baik buku sempat diselamatkan.. Dan alhamdulillah juga banjir tu menuju ke kawasan rumah Eraz di Kota Bharu selepas Eraz habis exam di Semester ke 4.. Syukur..

Satu lagi cabaran ialah masa duk belajar lagi, wife pregnantkan Adam.. Orang perempuan ni kalau masa mengandung memang lain dari biasa kan.. Cepat penat, kena banyak berehat.. Badan pun letih kan.. So Eraz banyak kena cover di rumah macam jaga Zara, handle hal di rumah apa semua.. Tapi alhamdulillah juga Allah bagi kekuatan untuk handle semua tu..

Apa-apa pun, semua tu memang cabaran dan dugaan.. Kalau fikirkan semua masalah tu, memang tak akan sambung belajar sampai bila-bila la.. So kalau mana-mana kawan yang nak sambung belajar sambil bekerja tu, teruskan ke niat korang, insyaallah Allah akan aturkan yang terbaik untuk kita.. Di Open University Malaysia sendiri, memang banyak program bermula dari Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Master dan PhD.. Eraz ada hati nak sambung DBA, tapi relax dulu sebab bos mesti tak lepaskan terus.. Hehe..

So bulan September 2015 ini, kami sekeluarga akan ke PWTC KL untuk majlis Konvokesyen ke - 17 OUM.. Insyaallah semua akan pergi untuk meraikan dan mengharapkan semua akan berjalan lancar.. Tiada halangan dan sebagainya.. Dalam masa yang sama, boleh lah bawak anak berjalan-jalan.. Insyaallah.. Terima kasih semua pada yang memberi sokongan..
Read more ...

Thursday, 6 August 2015

Tips Beli Beg Mengikut Saiz Badan

Assalamualaikum w.b.t.. Tiba-tiba hari buat entri tentang Beg Tangan Wanita.. Pelik? Tak perlu pelik pun sebab walaupun lelaki, kami akan turut sama terlibat kalau ikut kawan wanita ke, girlfriend ke, isteri ke, adik, kakak atau mungkin ibu semasa shopping beg tangan kan.. Eraz sendiri, pernah belikan untuk ibu dan wife sebagai hadiah.. Jadi jom baca entri ni sebagai ilmu orang kata.. Cool..

Sebenarnya terdapat pelbagai koleksi dan rekaan beg tangan wanita yang kini boleh korang temui di pasaran.. Majoriti wanita berpendapat bahawa beg tangan merupakan aksesori yang terpenting dah harus dimiliki oleh semua wanita.. Seperti yang korang ketahui juga, terdapat beraneka koleksi beg tangan online yang boleh korang temui di pasaran dan direka untuk menepati citarasa korang.. Jenis-jenis beg tangan yang paling digemari selalunya jenis tote bag, shoulder bag, sling bag dan juga clutch..

Beg Tangan wania ni semua sama ke? Fungsi dan zahirnya mungkin sama, tapi.. Apakah yang membezakan ke semua beg tangan ni? Ok! Yang pertama sekali semestinya rekaan bagi setiap satu beg.. Setiap satu beg direka berdasarkan rekaan yang tersendiri dan faktor kedua adalah saiz bagi kesemua beg tersebut.. Dan tahukah anda bahawa korang haruslah membeli beg tangan berdasarkan saiz dan potongan badan korang..


Untuk korang yang mempunyai tubuh badan yang petite, elakkan untuk membeli beg tangan yang bersaiz terlalu besar.. Tetapi, anda boleh bergaya dengan koleksi tote bag, shoulder bag atau lain-lain beg yang bersaiz kecil atau sederhana.. Beg yang terlalu besar akan menenggelamkan penampilan korang dan menjadikan tubuh badan korang kelihatan lebih kecil!


Bagi korang yang mempunyai saiz badan yang sederhana.. Ok! Berita baik adalah  korang boleh menggayakan apa jua jenis beg yang anda gemari.. Kecil atau besar!
Akhir sekali, untuk korang yang mempunyai potongan badan yang sedikit berisi, jangan gayakan beg tangan yang bersaiz terlalu kecil.. Dapatkan beg tangan yang bersaiz sederhana atau besar untuk mengelakkan potongan badan anda kelihatan lebih besar.. Jadi tidak timbul isu yang wanita yang berbadan sedikit berisi tidak dapat bergaya kan.. Jadi jangan stress!

Diharapkan entri ini dapat membantu korang untuk mendapatkan koleksi beg tangan online yang korang rasa cantik dan sesuai dengan korang! Selamat membeli belah! 
Read more ...