Aik! Tomok berlakon drama pulak? First time ni aku tengok Tomok berlakon drama.. Tajuk 'Suamiku Jururawat' sebenarnya yang berjaya tarik minat nak tengok drama selain pelakon nya.. Mula-mula pelik jugak dengan watak Tomok (Mikail) ni.. Kenapa dia tinggal di rumah Dato' Datin ni.. Panggil Dato' pulak dengan Uncle.. Tapi di tengah-tengah cerita, baru la Dato' cerita pada anak dia, Suri (Yana Shamsuddin) yang Mikail anak kepada pemandunya yang meninggal lepas cuba menyelamatkan dia ketika dirompak..
Kehidupan selepas dipaksa kahwin lebih menarik.. Last nya, korang sendiri boleh agak la kan.. Mula-mula biasa la tidak mesra dan bergaduh sebab kena paksa kahwin.. Patut la drama Suamiku Jururawat ni ditayangkan malam ni, rupanya ada unsur sambutan Chinese New Year.. Ibu kepada Suri merupakan Chinese.. So, apa komen korang untuk drama lakonan Tomok dan Yana Shamsuddin ni?
Kesilapan Harian Metro Online : Azad Bertukar Jadi Farouk Dalam Istanbul Aku Datang
Semua orang tahu watak-watak dalam Istanbul Aku Datang ialah Dian (Pelakon : Lisa Surihani), Azad (Pelakon : Tomok) dan Harris (Pelakon : Beto Kusyairy).. Tapi di dalam Harian Metro Online hari ni, ada kesilapan kecil yang dilakukan oleh Harian Metro Online kerana menaip nama 'Farouk' untuk watak Tomok dan bukannya Azad.. Sekadar perkongsian.. Link BERITA berkenaan..
BTW, filem Istanbul Aku Datang ni memang menarik.. Filem terbitan Redfilms memang tak pernah mengecewakan.. Sehingga kini, kutipan telah mencecah RM 2.5 Juta.. Wow.. Tahniah..
Istanbul Aku Datang, Lakonan Lisa Surihani, Beto Kusyairy dan Tomok
Masa sampai kat GSC Queensbay Penang Jumaat lepas, tengok list movie tak banyak.. So kami decide la tengok filem ISTANBUL AKU DATANG.. Eraz pilih movie ni berdasarkan rekod penerbit, pengarah dan penulis RedFilms yang tak pernah gagal.. Korang mesti pernah tengok filem Pisau Cukur dan Gol & Gincu kan.. Tak letak jangkaan yang tinggi, just have fun..
Tapi ternyata jangkaan Eraz tentang filem terbitan RedFilms, memang tak mengecewakan.. Jalan cerita yang boleh dikatakan ok.. Sejam pertama tak rasa pun dah berlalu.. Watak Lisa sebagai Dian tu mengingatkan Fazura.. Kalau Fazura yang pegang watak Dian, mesti la best! Tapi Lisa dah memang terbaik.. Untuk sinopsis, korang boleh klik sini..
#Broadband betul-betul bermasalah sekarang.. Sabau je la.. Mulanya banyak hal yang nak dikongsikan dengan korang, tapi Eraz simpan la dulu.. Harap-harap cerita tu tak basi.. Cool! Tengah layan siri-siri tv yang telah direkod.. Layan mana mampu layan.. Haha..
(01 Julai 2012) Tomok, Selebriti Ke-10 Tersingkir MasterChef Selebriti Malaysia
Update untuk MasterChef Selebriti Malaysia : Tomok terpaksa meninggalkan gelanggang MasterChef Selebriti.. Untuk episod penyingkiran kali ini, Angah Raja Lawak, Farouk Hussain dan Tomok terpaksa bersaing sesama mereka.. Ramai yang sudah menjangkakan Tomok yang akan tersingkir..
Tetapi yang memuji Tomok kerana beliau bermula daripada tidak pandai masak, seterusnya bertahan sehingga ke Top 7.. Dan yang perlu dihighlight, Tomok telah masuk 7 kali sesi penyingkiran.. Tomok mewakili badan kebajikan Women's Aid Organization (WAO) dengan derma terkumpul sebanyak RM 5,500..
MASAKAN TERAKHIR TOMOK MALAM NI - Lempeng Bersama Sos Mangga, Strawberi dan Coklat Berperisa Buah-Buahan
26 Jun 2012 : Antara Jehan Miskin, Soo Wincci, Farouk Hussain, Juliza Adlizan : Siapa Akan TERSINGKIR Malam Ni Untuk Masterchef Selebriti..
Jehan Miskin, Soo Wincci, Farouk Hussain, Juliza Adlizan akan masuk ke pusingan penyingkiran malam ni.. Salah seorang daripada mereka mungkin akan meninggalkan Masterchef Selebriti yang akan mengikut jejak langkah Dr. Faiz, Salamiah Hasan, Siti Sarah, Serina, Louisa Chong, Raja Azmi, Karl Safek dan Thanuja.. Manakala yang pasti masih kekal ialah Dato' Fazley, Tomok, Angah Raja Lawak dan Azwan Ali..
--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni : 1. Monsters University
(24 Jun 2012) Thanuja, Selebriti KeLapan Tersingkir MasterChef Selebriti Malaysia
Update untuk MasterChef Selebriti Malaysia : Thanuja terpaksa meninggalkan gelanggang MasterChef Selebriti.. Untuk episod penyingkiran kali ini, Tomok, Farouk Hussein, Angah Raja Lawak serta Thanuja terpaksa bersaing sesama mereka.. Ramai yang jangkan Tomok akan tersingkir kerana persembahan hidangan dan komen juri.. Akan tetapi, juri menjelaskan bahawa Tomok masih bernasib baik dan tidak tersingkir kerana mengikut tema yang telah ditetap manakala Thanuja telah lari dari tema asal.
Gambar diatas merupakan hidangan terakhir Thanuja, Minum Petang Kontemporari sebelum tersingkir..
24 Jun 2012 : Antara Tomok, Thanuja, Farouk Hussein, Angah Raja Lawak : Siapa Akan TERSINGKIR Malam Ni Untuk Masterchef Selebriti..
Tomok, Thanuja, Farouk Hussein, Angah Raja Lawak akan masuk ke pusingan penyingkiran malam ni.. Salah seorang daripada mereka mungkin akan meninggalkan Masterchef Selebriti yang akan mengikut jejak langkah Dr. Faiz, Salamiah Hasan, Siti Sarah, Serina, Louisa Chong, Raja Azmi dan Karl Safek..
(19 Jun 2012) Karl Shafek, Selebriti KeTujuh Tersingkir MasterChef Selebriti Malaysia
Update untuk MasterChef Selebriti Malaysia : Karl Shafek terpaksa meninggalkan gelanggang MasterChef Selebriti.. Untuk episod penyingkiran kali ini, Tomok, Karl Shafek, Farouk Hussein, Soo Wincci, Azwan Ali terpaksa bersaing sesama mereka..
Gambar diatas merupakan hidangan terakhir Karl Shafek sebelum tersingkir..
(12 Jun 2012) Louisa Chong, Selebriti Kelima Tersingkir MasterChef Selebriti Malaysia
Update untuk MasterChef Selebriti Malaysia : Masa Louisa Chong terpaksa meninggalkan dapur MasterChef Selebriti untuk episod minggu lepas.. Ini masakan terakhir Louisa Chong semasa penyingkiran..
Semasa nak umumkan siapa yang tersingkir, tiga selebriti terbawah semalam ini Tomok, Karl Shafek dan Louisa Chong.. Ada kemungkinan besar Tomok yang akan tersingkir kerana episod penyingkiran lepas, dia juga hampir-hampir tersingkir tetapi Serina yang kurang bernasib baik.. Episod ini, rezeki masih memihak kepada Tomok apabila Louisa tersingkir.. Good Luck Tomok..! Tomok diantara peserta muda dalam tu.. Malam semalam bermula saingan untuk minggu ni..
--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Sinopsis, Poster, Trailer Filem Mantera Lakonan Tomok Shah Indrawan, Shiqin Kamal, Jayson Lee
Entri bertujuan untuk memberi info kepada semua! Filem ni ditayangkan pada hari ni.. Bagi yang berminat, bolehlah terjah! Best atau tak, ntah la.. Peace no war..
Trailer
Sinopsis filem Mantera
Moscow, Russia
Sam Weston, pemilik Weston Technologies berang di atas pencerobohan di makmal penyelidikannya. Prototaip system senjata terbarunya ‘Mantera’ atau MAN-Transformable Exo- Robotic Armour telah disabotaj dan dimusnahkan.Ketua Saintis, yang mengetuai pasukan penyelidik telah hilang. Pembeli teknologi terbarunya berkeras supaya Sam segera menghantar prototaip tersebut atau uruniaga mereka akan dibatalkan. Lebih memburukkan keadaan apabila komponen serta bahagian-bahagian ‘Mantera’ yang telah dimusnahkan telah secara tidak sengaja dihantar ke bahagian lain dunia..kepada seorang remaja bernama Azman, di Malaysia.
Kuala Lumpur, Malaysia
Azman, atau lebih dikenali dan digeruni di alam siber sebagai Dark Robe, adalah seorang pelajar kolej yang mengambil jurusan IT dengan pengkhususan dalam bidang Interaksi Komputer-Insan.Dia, yang merupakan seorang genius dalam bidangnya mendapati dirinya agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan realiti. Azman seorang yang pendiam dan hanya mempunyai segelintir rakan di kolejnya. Teman baiknya, Kelvin,adalah seorang yang suka berjenaka, dan mempunyai personaliti yang sangat berbeza berbanding sikap Azman. Mereka berasal dari daerah yang sama dan pernah bersekolah di sekolah menengah yang sama. Dalam semester akhirnya, sesuatu yang indah akan berlaku dan bakal merubah kehidupan Azman buat selama-lamanya. Sesuatu yang istimewa tersebut adalah seorang gadis, bernama Deena. Buat pertama kalinya di dalam hidup Azman, dia merasakan dirinya tercabar oleh seorang perempuan.Deena adalah pelajar tahun akhir dalam bidang Robotics, dan menghadiri kelas Interaksi Komputer-Insan yang sama dengan Azman bagi melengkapkan jadual kursusnya.
2 minggu yang lalu, Azman memesan satu set model kit ‘Gundam V’ melalui internet dan dia tidak sabar untuk memasang model kit tersebut untuk menambahkan koleksi Gundamnya. Azman terperanjat apabila menerima sebuah bungkusan kayu yang besar dan berat melalui pesanannya. Di dalam kotak tersebut terdapat logam dan besi yang tidak diketahuinya. Hatinya terdorong untuk memasang komponen-komponen logam tersebut yang kelihatan hampir menyamai boomerang. Komponen logam tersebut secara tiba-tiba berubah bentuk menjadi sebuah topi keledar. Dengan bantuan topi keledar tersebut,Azman berjaya melihat imbasan penuh skima pemasangan komponen-komponen logam tersebut yang pada akhirnya membentuk sebuah motorsikal. Azman meminta bantuan rakan baiknya,Kelvin untuk membantunya memasang semula komponen motorsikal tersebut. Motorsikal tersebut sebenarnya adalah merupakan satu sistem senjata teknologi maju yang diberi nama ‘Mantera’. Sistem senjata tersebut, sebagai sebuah motorsikal, akan memberikan pergerakan tambahan kepada penunggangnya, namun pada mode pejuang, motorsikal tersebut akan bertukar dan bergabung dengan penunggangnya untuk membentuk pelindung badan ‘exo-robotic’ dan memberikan penunggangnya perlindungan maksimum dan juga kuasa luar biasa.
Azman secara tidak sengaja telah mengaktifkan system Perlindungan ‘Mantera’ dan secara tidak langsung menyebabkan pegawai-pegawai di Weston Technologies menerima amaran pengaktifan system tersebut. Tanpa pengetahuan Azman, tindakannya menghidupkan Mantera telah mencetuskan rentetan peristiwa pada 3 benua yang berbeza dan mencetuskan pertelingkahan antara 2 pertubuhan rahsia: Alliance of Light dan Dark Legion of the Apocalypse untuk memiliki teknologi terbaru ini. Alliance of Light telah berjaya mendapatkan Mantera dan telah menghantar pulang Mantera ke pangkalan rahsia mereka di Dubai bagi tujuan keselamatan. Setelah mengetahui bahawa mereka telah dikalahkan musuh mereka,Dark Legion melepaskan 2 robot pemusnah iaitu Robot Vega ke Bandar Dubai.Maka di sana, bermulalah pertempuran bagi meraih kuasa tertinggi untuk menentukan masa depan umat manusia