Showing posts with label Lisa Surihani. Show all posts
Showing posts with label Lisa Surihani. Show all posts

Thursday, 30 May 2013

Drama Mama Mama Mia di Astro Ria

Assalamualaikum w.b.t.. Drama Mama Mama Mia di Astro Ria ni sebenarnya dah lama pihak Astro iklan kan.. Rasanya hujung bulan April lagi kot.. Strategi Astro kot nak bagi orang ingat dan tertunggu-tunggu.. Peminat pelakon Lisa Surihani, Hanis Zalikha dan Mynn Lee sah-sah akan tunggu pukul 9.30 malam ini..

Walaupun dah sebulan promo iklan drama Mama Mama Mia ni ditayangkan, seriusnya Eraz lupa tayangannya malam ni.. Tapi isteri Eraz yang remind minta rekodkan sebab kot-kot tertidur.. Biasa la wanita pregnant, kot-kot penat kerja kat office.. Dah la habis pukul 11.30 malam kan..

Sinopsis drama Mama Mama Mia ni :-

Tiga orang gadis yang tinggal serumah dikejutkan dengan kehadiran seorang bayi. Mereka yang panik akhirnya mengambil keputusan untuk menjaga bayi tersebut.Pelbagai insiden lucu berlaku bila mereka mengasuh bayi disebabkan tiada sorang pun antara mereka yang pandai mengasuh bayi.

Sila la layan drama Mama Mama Mia sekarang! Yang pasti, adik ipar Eraz mesti akan tengok sebab peminat Hanis Zalikha.. Haha.. Siapa terlepas, mesti akan dapat link download atau youtube..

Read more ...

Tuesday, 20 November 2012

Kesilapan Harian Metro Online : Azad Bertukar Jadi Farouk Dalam Istanbul Aku Datang

Kesilapan Harian Metro Online : Azad Bertukar Jadi Farouk Dalam Istanbul Aku Datang

Semua orang tahu watak-watak dalam Istanbul Aku Datang ialah Dian (Pelakon : Lisa Surihani), Azad (Pelakon : Tomok) dan Harris (Pelakon : Beto Kusyairy).. Tapi di dalam Harian Metro Online hari ni, ada kesilapan kecil yang dilakukan oleh Harian Metro Online kerana menaip nama 'Farouk' untuk watak Tomok dan bukannya Azad.. Sekadar perkongsian.. Link BERITA berkenaan..

BTW, filem Istanbul Aku Datang ni memang menarik.. Filem terbitan Redfilms memang tak pernah mengecewakan.. Sehingga kini, kutipan telah mencecah RM 2.5 Juta.. Wow.. Tahniah..


Versi yang lebih jelas

Read more ...

Monday, 12 November 2012

Istanbul Aku Datang

Istanbul Aku Datang, Lakonan Lisa Surihani, Beto Kusyairy dan Tomok


Masa sampai kat GSC Queensbay Penang Jumaat lepas, tengok list movie tak banyak.. So kami decide la tengok filem ISTANBUL AKU DATANG.. Eraz pilih movie ni berdasarkan rekod penerbit, pengarah dan penulis RedFilms yang tak pernah gagal.. Korang mesti pernah tengok filem Pisau Cukur dan Gol & Gincu kan.. Tak letak jangkaan yang tinggi, just have fun..

Tapi ternyata jangkaan Eraz tentang filem terbitan RedFilms, memang tak mengecewakan.. Jalan cerita yang boleh dikatakan ok.. Sejam pertama tak rasa pun dah berlalu.. Watak Lisa sebagai Dian tu mengingatkan Fazura.. Kalau Fazura yang pegang watak Dian, mesti la best! Tapi Lisa dah memang terbaik.. Untuk sinopsis, korang boleh klik sini..

#Broadband betul-betul bermasalah sekarang.. Sabau je la.. Mulanya banyak hal yang nak dikongsikan dengan korang, tapi Eraz simpan la dulu.. Harap-harap cerita tu tak basi.. Cool! Tengah layan siri-siri tv yang telah direkod.. Layan mana mampu layan.. Haha..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Read more ...

Saturday, 6 October 2012

Zizan Kalahkan Aaron Aziz! Yana Samsudin Kalahkan Maya Karin & Lisa Surihani!

Zizan Kalahkan Aaron Aziz! Yana Samsudin Kalahkan Maya Karin & Lisa Surihani!


Mesti semua dah sedia maklum tentang Senarai Penuh Pemenang Anugerah Blokbuster malam ni kan.. Susah nak komen tentang semua yang berlaku di Anugerah Blokbuster ni.. Cam ada sesuatu yang tak kena.. Tak kena mungkin dari segi pemilihan tema, pemilihan penyampai anugerah, pemilihan artis persembahan dan maybe gak pengacara.. Aku kecewa jugak sebenarnya Nadiya Nissa kalah pada Tasha Shila untuk Anugerah Heroin Baru Terhebat.. Hehe..

Tapi lebih menarik apabila Zizan Razak berjaya kalahkan Aaron Aziz untuk kategori Anugerah Hero Terhebat.. Begitu juga dengan Anugerah Heroin Terhebat yang mana Yana Samsudin kalahkan Maya Karin dan Lisa Surihani.. Mungkinkah sebab mereka tercalon untuk dua buah filem so undian mereka berpecah? Apa-apa je la.. Hehe..

Read more ...

Thursday, 5 July 2012

Drama Mana Hilangnya Juwita di Astro Ria

Sinopsis Drama 'Mana Hilangnya Juwita' di Astro Ria

Sinopsis Drama 'Mana Hilangnya Juwita' di Astro Ria

Korang mesti pernah tengok iklan drama terbaru di Astro Ria, 'Mana Hilangnya Juwita'.. Baru lepas tengok promo kat TV tadi.. Mantap giler (bagi pendapat aku la..).. Drama ni gantian drama 'Jangan Ambil Padang Kami' rasanya sebab episod akhir drama tu minggu ni.. Jom layan promo drama 'Mana Hilangnya Juwita'..

VIDEO Promo Drama 'Mana Hilangnya Juwita'
Drama ni akan bermula pada 09 Julai 2012 pada pukul 10.00 Malam dan semestinya di Astro Ria 104.. Drama dilakonkan oleh ramai pelakon hebat tu.. Antaranya Lisa Surihani, Erra Fazira, Umie Aida, Zahiril Adzim, Azhan Rani, Syazwan Zulkifli, Diana Johor, Raja Ilya dan ramai lagi.. Sedikit SINOPSIS drama ni, Tentang seorang gadis kampung bernama Anggun (lakonan Lisa Surihani) yang berusaha untuk mencari adiknya yang hilang bernama Juwita.. Pencarian Anggun secara tidak langsung telah meletakkan Anggun di dalam satu kelompok manusia penuh glamor, tetapi mampu membawa bahaya dan padah sekiranya dia tersilap langkah..
--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Read more ...

Monday, 21 May 2012

(VIDEO) Selebriti Mesra di Hari Belia 2012 Bersama Fizo Omar, Lisa Surihani, Shila Amzah, Mia Sara Nasuha

(VIDEO) Selebriti Mesra di Hari Belia 2012 Bersama Fizo Omar, Lisa Surihani, Shila Amzah, Mia Sara Nasuha







Read more ...

Wednesday, 9 May 2012

Elfira Loy Ganti Tempat Liyana Jasmay Sebagai Wajah Baru Maybelline

Elfira Loy Ganti Tempat Liyana Jasmay Sebagai Wajah Baru Maybelline


Kalau pelakon muda Wawa Zainal jadi Duta Baru Lipice gantikan Lisa Surihani, nampaknya pelakon muda jugak, Elfira Loy bakal menggantikan pelakon Liyana Jasmay sebagai wajah baru Maybelline..

Pengumuman wajah baru itu akan dibuat dalam satu majlis pada 10 Mei ini.. Untuk makluman, umur Elfira sekarang ialah 18 tahun.. Ini dinamakan rezeki..

Sumber penulisan artikel dan gambar daripada MURAI..

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Yuna
2. DiGi

Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Friday, 27 April 2012

Lagi Kisah Wawa Zainal : Duta Baru Lipice Gantikan Lisa Surihani

Wawa Zainal : Duta Baru Lipice Gantikan Lisa Surihani

Rezeki Wawa Zainal memang murah sekarang ni.. Tak mustahil kalau dia akan jadi sebaris dengan pelakon wanita seperti Neelefo, Izara, Fathia dan Tasha Shilla.. Terbaru jadi duta produk Lipice gantikan Lisa.. Kalau sape-sape nak kenal Wawa Zainal ni, boleh tengok Cinta Buat Emelda di TV3 sekarang ini.. 


Perjalanan kerjaya lakonan pendatang baru, Wawa Zainal atau Nur Hawa Zainal Abidin, 20, semakin cerah selepas dia dilantik untuk menjadi duta baru Lipice menggantikan duta sebelum ini, Lisa Surihani.

Malah, pelakon yang baru sahaja kurang dua tahun mencerburi bidang lakonan, Wawa Zainal berasa hampir tidak percaya dengan kepercayaan yang diberikan untuk dia menjadi duta serta juru cakap untuk produk berkenaan.

"Terus-terang saya sangat teruja serta gembira. Bagaikan tidak percaya pula, saya kini telah menjadi duta kepada jenama yang agak besar seperti Lipice.

"Saya juga sangat bersyukur kerana dapat mengikut langkah pelakon idola saya iaitu Lisa Surihani untuk memegang title yang sama iaitu duta produk ini.

"Saya rasa ini merupakan peluang yang sangat baik buat kerjaya saya sebagai pelakon untuk melangkah jauh serta lebih dikenali sama seperti Lisa Surihani sebelum ini," katanya selepas majlis yang mengumukannya sebagai duta baru Lipice.

Pelakon Bunga-Bunga Cinta itu telah pun mengikat kontrak untuk menjadi duta Lipice selama dua tahun.

Meskipun gembira dengan gelaran duta kepada produk berkenaan, namun dia memberitahu dia tidak mahu dirinya dibandingkan dengan Lisa Surihani yang sudah terkenal dan berjaya dalam bidang lakonan.

"Saya masih terlalu hijau dalam indusrti hiburan ini untuk dibandingkan dengan Lisa yang memang sangat dikenali ramai.

"Saya rasa sangat kerdil untuk dikatakan pengganti seperti Lisa iaitu pelakon yang saya hormati dan sanjungi.

"Saya juga tidak merasakan yang Lisa akan tercabar dengan pemilihan saya sebagai duat baru Lipice kerana dia sudah berada dalam kedudukan yang selesa dalam indusrti ini," jelasnya merendah diri.

Sementara itu, tambah Wawa yang juga anak kelahiran Lahad Datu, Sabah itu, peluang menjadi duta produk tersebut secara tidak langsung membuka laluan yang lebih mudah untuk bertapak dalam industri hiburan.

Dalam perkembangan lain, Wawa Zainal yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran bersama Shaheizy Sam kini sedang menjalani penggambaran filem Pada Suatu Cinta Dahulu.


--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...