Showing posts with label Super Spontan 2013. Show all posts
Showing posts with label Super Spontan 2013. Show all posts

Monday, 7 October 2013

Di retweet oleh orang Super Spontan 2013 !


Assalamualaikum w.b.t.. Korang ingat lagi entri yang Eraz buat pasal Super Spontan 2013? Entri 'Kenapa aku rasa Super Spontan 2013 ni kelam kabut?'.. Link entri tu Eraz publish kat twitter.. Rupa-rupanya pemegang akaun official Twitter untuk Super Spontan 2013, Semut Sentap dan Ketam Konfius baca entri berkenaan.. Terus diaorang retweet.. Haha.. Terkejut juga kan.. Apa-apa pun, itu pendapat peribadi.. Tak salah pun kan.. Peace no war.. Positifnya, at least semua pengikut Super Spontan 2013 dapat tahu tentang entri tu melalui twitter mereka.. Hehe..

#Tak sangka entri itu di retweet oleh mereka.. Tiga-tiga akaun pulak tu.. Haha..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Saturday, 5 October 2013

Kenapa aku rasa Super Spontan 2013 ni kelam kabut?


Assalamualaikum w.b.t.. Siapa di sini yang setuju dengan Eraz? Kenapa Eraz rasa Super Spontan 2013 ni macam kelam kabut? Tambah-tambah episod semalam.. Seolah-olah macam tak terkawal.. Mereka juga memperkenalkan sistem kad kuning dan kad merah macam game bola.. Nampaknya sekarang ni hanya ahli kumpulan Semut Sentap je selalu kena.. Nampak mereka dah tak de mood sebab kena banyak kad kuning.. Tapi mereka kembali ok.. Hehe..

Dari segi pengacara pula, rasanya adanya Adibah Noor untuk musim lepas lagi menarik kot.. Gabungan dua DJ Era ni macam (ayat tergantung..).. Gabungan Boboi iaitu Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik sebagai pengulas juga tak seceria dulu.. Harun macam tak de mood je.. Mungkin semalam je la kot.. Afdlin macam OK.. Satu lagi Amir.. Kesian dia.. Amir hanyalah menjalankan tugas, tapi ada yang tak nak layan.. 

#Semua ayat aku macam tak puas hati je tu.. Haha.. Sekadar pendapat peribadi je ni..

Read more ...

Saturday, 28 September 2013

Video Lawak Jep Sepahtu dalam Super Spontan 2013, 27 September 2013


Video Lawak Jep Sepahtu dalam Super Spontan 2013, 27 September 2013 | Assalamualaikum w.b.t.. Eraz tak nak tulis entri ni panjang-panjang.. Bagi yang belum tahu tentang ni, boleh tengok video ni.. Wassalam..

Read more ...

Thursday, 22 August 2013

Super Spontan 2 / 2013

Ketam Konfius vs Semut Sentap | Super Spontan 2013
Ketam Konfius vs Semut Sentap | Super Spontan 2013

Ketam Konfius vs Semut Sentap, Super Spontan 2 / 2013 | Assalamualaikum w.b.t.. Tahun lepas, Zizan sudah menjadi Juara Super Spontan 2012.. Nampaknya tahun ini Super Spontan muncul lagi.. Ada muka lama dan juga muka baru.. Nama kumpulan pun dah tukar.. Ketam Konfius dan Semut Sentap.. Senarai peserta? Ada kat bawah tu..

  • Kumpulan Ketam Konfius yang diuruskan oleh Razif Hashim akan dianggotai oleh Along Raja Lawak, Yus Jambu, Shuib Sepahtu, Nabil Raja Lawak, Suhaimi Yusof, Munir dan Almy Nadia
  • Kumpulan Semut Sentap yang dikepalai oleh Rashid Salleh akan disertai oleh Ajak Shiro, Tauke Jambu, Rahim, Johan Raja Lawak, Eko SayWho, Jep Sepahtu dan Noorkhiriah

Read more ...