Showing posts with label Nazmi Faiz. Show all posts
Showing posts with label Nazmi Faiz. Show all posts

Sunday, 17 June 2012

Nazmi Faiz : Saya Bukan PLAYBOY.. Jom selongkar..

Nazmi Faiz, "Saya Buka Playboy"..

Ini merupakan salah satu isu di Metro Ahad hari ni.. Statement lain daripada Nazmi ialah, Malas nak layan gosip.. Dah naik nama ni, byk gosip pulak.. Kemungkinan besar akan jadi macam Apek ni.. Jom baca serba sedikit isu ni..


“Perkara lepas biarkan berlalu. Saya tak mahu ia mengganggu kerjaya saya yang baru saja bermula. Saya tak nafikan mengenali gadis terbabit, tapi saya bukan playboy. “Buat masa ini, saya tak mahu layan apa-apa gosip atau kontroversi membabitkan nama saya. Orang boleh kata apa saja, tapi saya tahu kebenarannya,” kata bintang muda bola sepak negara, Muhamad Nazmi Faiz Mansor, 17, mengenai penyebaran beberapa gambar gadis di Internet yang didakwa teman wanitanya.

Carian dan semakan Metro Ahad mendapati sekurang-kurangnya dua gadis dikaitkan dengan pemain itu yang baru saja menandatangani kontrak lumayan dengan kelab divisyen satu Portugal, SC Beira-Mar, baru-baru ini.

Kebanyakan gambar itu membabitkan aksi mesra Nazmi bersama seorang gadis yang dikatakan kekasih barunya dikenali sebagai Tengku F.

Tidak cukup dengan itu, beberapa gambar wanita lain turut dikaitkan dengannya, termasuk seorang dikenali sebagai N, sehingga membuatkan Nazmi digelar ‘playboy’ di kalangan pengkritiknya.

Published with Blogger-droid v2.0.4
Read more ...

Thursday, 10 May 2012

Nazmi Faiz Bakal Sertai Kelab S.C Beira-Mar

NAZMI FAIZ BAKAL SERTAI KELAB  S.C Beira-Mar 

Berita ni aku baca kat Utusan Malaysia Online pada pukul 1 pagi semalam.. Tapi entri ni aku schedule kan post pagi ni.. ;)

Sumber Gambar : Search Google

KELANA JAYA 9 Mei - Pemain remaja skuad Harimau Muda, Mohd. Nazmi Faiz Mansor hari ini mengesahkan bahawa beliau telah dipelawa oleh S.C Beira-Mar untuk menyertai kelab Divisyen Satu, Priemera Liga Portugal itu.

Nazmi Faiz yang ditemui ketika mengadakan latihan di Padang FAM di sini berkata, beliau dan bapanya akan berlepas ke Portugal bagi mengikuti sesi pemilihan kelab tersebut pada 14 hingga 21 Mei ini. - UTUSAN

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Yuna

Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Wednesday, 25 April 2012

Atlit Lelaki Pilihan Berpasukan Anugerah Astro Arena 2012 : Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apek


Atlit Lelaki Pilihan Berpasukan Anugerah Astro Arena 2012 : Khairul Fahmi dan Atlit Muda Pilihan : Nazmi Faiz

Aku baru je buat entri pasal Anugerah Astro Arena 2012 semalam.. So, hari ni, dah ade keputusan.. Senarai calon, korang boleh klik SINI untuk tengok.. Jom baca keputusan..!


KUALA LUMPUR, 24 APRIL 2012: Kontroversi berganda yang dihadapi penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex,23, sedikitpun tidak menghalang rakyat Malaysia untuk memilihnya sebagai Atlit Lelaki Pilihan Berpasukan di Anugerah Astro Arena 2012,malam tadi.

Malah, Apex yang tidak dapat menghadirkan diri pada malam anugerah itu disebabkan dia berada di Vietnam terharu dengan anugerah berkenaan.

"Inilah tanda sokongan rakyat Malaysia buat saya. Bagi saya, anugerah ini membuktikan rakyat Malaysia telah memberikan jiwa raga mereka bagi pasukan bola sepak tempatan untuk mengharumkan nama negara ke peringkat lebih tinggi lagi.

"Insya-Allah, saya akan terus menjadi yang terbaik dan tegurlah saya andaikata saya hampir terkandas. Segala yang saya peroleh ini disebabkan sokongan dari lima orang iaitu keluarga, media tempatan, pihak pengurusan, peminat dan kawan-kawan.

"Selagi saya kuat, selagi itu saya akan tempuhi segala cabaran yang dihadapi. Doakanlah saya sihat dan boleh terus berjuang dalam mengharumkan nama negara. Segala yang berlaku telah menguatkan saya untuk menjadi insan yang berguna. Doakan kami terus berjaya," jelas Apex yang berada di Vietnam kepada portal murai.com.my.

Sebelum mengakhiri perbualan dari Vietnam, Apex menegaskan akan memperbaiki kelemahan yang ada pada dirinya dan cuba menjadi terbaik di mata hati peminat.

"Bukan mudah untuk memuaskan hati setiap orang. Namun, itulah lumrah dunia. Saya tidak akan menjadi sempurna di mata anda sekiranya saya tidak tahu apa kelemahan saya. Manusia dicipta untuk saling menegur agar menempuh kebahagiaan.

"Sekali lagi, saya hanya mampu membalas dengan ucapan terima kasih.Anugerah yang saya terima ini lebih berbaloi seandainya saya dapat membalasnya dengan kemenangan dan permainan yang cemerlang. Teruslah menyokong sukan bola sepak dan industri sukan tempatan," ujar Apex yang dihubungi selepas namanya diumumkan menang.

Selain Apex yang menepati ramalan, seorang lagi jaguh bola sepak tempatan iaitu Nazmi Faiz turut berjaya meraih gelaran atlet muda pilihan.

"Saya sama sekali tidak menyangka dan terkejut dengan pengumuman ini. Apa sekalipun, saya amat bersyukur. Terima kasih kepada peminat yang telah menyokong dan mengundi saya untuk anugerah ini," ujar Nazmi.

Sementara itu, jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee juga tepati ramalan dengan dipilih sebagai Jurulatih Pilihan. Anugerah yang disiarkan secara langsung di Astro Arena Saluran 801 diacarakan oleh penyampai Astro Arena iaitu Akhbar Sahari dan Edleen Ismail.

Dengan bertemakan warna hitam dan merah, acara ini turut diserikan dengan persembahan dari Jaclyn Victor, Azlan The Typewriter dan kumpulan Jambu. Program ini turut dihadiri Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Hj Ibrahim.

Berikut adalah senarai pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan:

Atlit Lelaki Pilihan Berpasukan:
Khairul Fahmi Che Mat (Bola Sepak)

Atlit Wanita Pilihan Berpasukan:
Nur Fatehah Mustapha (Berbasikal)

Atlit Muda Pilihan:
Muhammad Nazmi Faiz Mansor (Bola Sepak)

Kebangkitan Pilihan:
Lee Hup Wei (Olahraga)

Jurulatih Pilihan:
Ong Kim Swee (Bola Sepak)

Blog Sukan Pilihan:
Mohd Aiman (SuaraSukan1Mas)

Perlawanan Pilihan:
Indonesia lwn Malaysia (Final Bola Sepak Sukan Sea 2011)

Lageda Sukan Negara
Dato M Rajamani
Datuk Ghani Minhad
Adnan Saidin
Sylvia Ng

Anugerah Khas Arena
Salam Sidik

Jasamu Dikenang
Razali Alias
Khoo Beng Khai



--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Entri menarik yang perlu korang terjah :


Read more ...

Tuesday, 24 April 2012

Anugerah Astro Arena 2012

Percalonan Anugerah Astro Arena 2012 - Khairul Fahmi Che Mat dan Muhammad Nazmi Faiz Mansor


KL, 19 APRIL 2012: Jika Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) dianjurkan untuk mengiktiraf populariti seseorang artis.

Murai Batu tengok industri sukan juga tidak ketinggalan menganjurkan anugerah yang sama untuk mengiktiraf populariti setiap atlit.

Justeru, Astro Arena telah berbesar hati untuk memberi penghargaan kepada jaguh sukan negara menerusi Anugerah Astro Arena 2012.

Menerusi anugerah berkenaan, pemilihan boleh dibuat oleh rakyat Malaysia melalui proses undian di laman www.arena.my

Dalam senarai calon yang Murai Batu tengok, ada dua nama yang menarik perhatian Murai Batu.

Salah satunya ialah Khairul Fahmi Che Mat atau pun Apex. Seperti yang semua tahu, populariti anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini tidak terhad sebagai ahli sukan tetapi dia kini telah mula berjinak-jinak dalam industri hiburan.

Penjaga gol skuad Kelantan itu sememangnya tidak pernah lekang daripada kontroversi dengan pelbagai cerita peribadinya sentiasa menarik perhatian umum.

Tidak dinafikan, Apex adalah salah seorang penjaga gol terbaik di negara kita dan atas reputasi itulah Murai Batu rasa dia mencipta nama namun naiknya nama seseorang akan sentiasa diiringi cakap-cakap yang akan menjatuhkan beliau.

Menerusi anugerah ini, Apex akan bersaing dalam kategori Atlit Lelaki Pilihan bersama Bryan Nickson Lomas (Terjun), Adrian Ang (Bowling), Cheng Chu Sian (Memanah) dan Mazli Ikmar Mohd Nor (Hoki).

Jika dikira dari sudut popularitinya sekarang, bukanlah satu kejutan sekiranya Apex akan menang.

Satu lagi nama yang menarik perhatian Murai Batu ialah Muhammad Nazmi Faiz Mansor.

Sejak skuad negara kita berjaya mempertahankan pingat emas Sukan Sea hujung tahun lalu, nama anak muda kelahiran ibu kota ini semakin meningkat di bibir peminat.

Dari cerita dia tidak mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sehinggalah aksinya di atas padang.

Nama Nazmi sering disebut-sebut sebagai bintang masa depan bola sepak negara. Juga bukanlah sesuatu yang mustahil sekiranya Nazmi terpilih sebagai Atlit Muda Pilihan dalam Anugerah Astro Arena 2012.

Bagaimanapun, semuanya terpulang kepada undian anda. Anda boleh melihat sendiri senarai percalonan dan kategori yang ada di laman www.arena.my

Berikut adalah senarai kategori serta calon-calon yang bakal dinobatkan sebagai penerima anugerah: 


--------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info tentang perkara di bawah? Boleh la klik link yang disediakan :
1. Volkswagen

Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...