Showing posts with label Khairul Fahmi. Show all posts
Showing posts with label Khairul Fahmi. Show all posts

Monday, 14 January 2013

(KOLEKSI GAMBAR) Majlis Resepsi Khairul Fahmi (Apex) & Leuniey di Hotel Royale Bintang Damansara

(KOLEKSI GAMBAR) Majlis Perkahwinan Khairul Fahmi Che Mat (Apex) & Nur Eilunie Natasha Jaafar di Hotel Royale Bintang Damansara

Majlis Resepsi penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat (Apex) & Nur Eilunie Natasha Jaafar berlangsung di Hotel Royale Bintang Damansara.. Jika sebelum ini E'raz sharekan Penampilan Dato` Siti Nurhaliza Berhijab Penuh di Majlis Resepsi Khairul Fahmi (Apex) & Leuniey - Hotel Royale Bintang Damansara so sekarang giliran pengantinnya.. Kredit kepada cthoney.. Untuk lagi koleksi gambar, korang boleh klik blog cthoney..






Read more ...

Dato` Siti Nurhaliza di Majlis Resepsi Khairul Fahmi (Apex) & Leuniey - Hotel Royale Bintang Damansara

Dato` Siti Nurhaliza di Majlis Resepsi Khairul Fahmi (Apex) & Leuniey - Hotel Royale Bintang Damansara

Dato` Siti Nurhaliza pada Majlis Resepsi Khairul Fahmi (Apex) & Leuniey di Hotel Royale Bintang Damansara

Assalamualaikum dan Selamat Pagi.. Semalam berlangsungnya Majlis Resepsi Khairul Fahmi Che Mat (Apex) & Leuniey Natasha Jaafar di Hotel Royale Bintang Damansara.. Fokus entri ini adalah gambar penampilan Dato' Siti Nurhaliza yang kini telah berhijab atau bertudung sepenuhnya di majlis berkenaan..

"Alhamdulillah nampaknya hati saya telah terbuka untuk berhijab pada ulang tahun hari lahir saya yang ke-34 baru-baru ini.. Syukur, saya sangat gembira dengan perubahan in." - Dato' Siti Nurhaliza yang sempat menyanyikan lagu Kenangan Terindah di Majlis Resepsi Khairul Fahmi Che Mat (Apex) & Leuniey Natasha Jaafar di Hotel Royale Bintang Damansara..

SUMBER

P/S : mulakan entri pasal Dato' Siti Nurhaliza di pagi hari Isnin.. Selamat memulakan kerja di hari pertama minggu ini.. Mulakan hari ini juga dengan senyuman.. Peace no war..

Read more ...

Monday, 31 December 2012

(KOLEKSI GAMBAR) Majlis Resepsi Khairul Fahmi (Apex) & Leuniey di Hotel Renaissance, Kelantan

(KOLEKSI GAMBAR) Majlis Perkahwinan Khairul Fahmi Che Mat (Apex) & Nur Eilunie Natasha Jaafar di Hotel Renaissance, Kelantan - 30 Disember 2012 (Ahad)




Majlis Resepsi penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat (Apex) & Nur Eilunie Natasha Jaafar berlangsung di Hotel Renaissance, Kelantan, kira-kira pukul 8.00 malam semalam.. Tahniah sekali lagi diucapkan dan didoakan semoga kekal hingga ke akhir hayat serta bahagia selamanya.. Lagi gambar terkini, boleh klik SINI..

Read more ...

Wednesday, 21 November 2012

Khairul Fahmi Kahwini Leuniey Pada 28 Disember 2012

Tarikh 28 Disember 2012 Menjadi Tarikh Perkahwinan / Pernikahan Khairul Fahmi Che Mat (Apex) dan Leuniey Natasha

Gambar Perkahwinan Khairul Fahmi dan Leuniey

Alhamdulillah, satu lagi 'masjid' yang akan dibina.. Kedua-dua orang Kelantan.. Apex dari Kampung Chenang, Kota Bharu dan Leuniey dari Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan.. Untuk dapatkan tarikh-tarikh dan tempat spesifik tentang majlis mereka, boleh klik SINI.. Info lengkap! Astro Ria akan jadi penyiar rasmi.. So peminat Apex, boleh la tengok kat TV nanti..

Sebelum ni terfikir juga samada adakah perkara ni satu gosip memandangkan Apex masih muda lagi kan.. Tapi perkara ni betul-betul real dan alhamdulillah la Allah memberi seru yang awal pada mereka.. At least boleh elak banyak perkara kan.. Kita sebagai orang luar, doakan semoga rumahtangga mereka akan kekal sehingga ke akhir hayat! InsyaAllah..

p/s : Tahniah juga pada kawan sekolah E'raz dulu iaitu Rumainno Mat (Cikgu) akan berkahwin dengan Nor Sharliana  pada 15 Disember 2012, Sabtu.. Tahniah!! Kedua-dua orang Kelantan juga..

Read more ...

Wednesday, 24 October 2012

EKSKLUSIF! Apex, Leuniey Kahwin Disember 2012

EKSKLUSIF! Perkahwinan Khairul Fahmi Che Mat, Nur Eilunie Natasha Nazri, Disember 2012


Baru terbaca artikel online daripada Media Hiburan tentang berita bahawa penjaga gol popular, Apex akan menamatkan zaman bujang pada bulan Disember 2012 ini dengan Leuniey.. Apex baru-baru ini mengakui hubungannya bersama Leuniey semakin serius, dikatakan tidak akan mengadakan majlis pertunangan sebaliknya akan bernikah terus.. Dua majlis persandingan akan diadakan iaitu satu di Hotel Renaissance Kota Bharu dan satu lagi di Hotel Perdana Beach Resort Kota Bharu.. 

Betul atau tidak, hanya mereka yang tahu.. Apa-apa pun, kita sebagai sesama umat manusia, mendoakan semoga majlis mereka betul-betul berlaku sebab lagi cepat disatukan secara sah, lagi bagus kan.. Menghalalkan cara.. Cool..

Read more ...

Friday, 12 October 2012

Keputusan Separuh Akhir Piala Malaysia 2012 : Kelantan Lawan Selangor

12 Oktober 2012 - Keputusan Separuh Akhir Piala Malaysia 2012 : Kelantan Lawan Selangor

12 Oktober 2012 - Keputusan Separuh Akhir Piala Malaysia 2012 : Kelantan Lawan Selangor

Sehingga saat ini, keputusan masih lagi 0-0.. Di awal perlawanan tadi, Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apex hampir cedera.. Tapi nasib baik ok.. Kelantan hanya memerlukan sekurang kurangnya seri atau menang di Shah Alam untuk mara ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2012.. Kena tunggu perlawanan separuh masa kedua nanti.. Kelantan berjaya memenangi perlawanan separuh akhir pertama dengan keputusan 1 – 0 hasil jaringan dari Farhan di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu.. Take A Break! Tunggu keputusan nanti..


Entri Menarik Lain :

Read more ...

Saturday, 26 May 2012

Keputusan LIGA SUPER MALAYSIA 2012 : Kelantan Lawan Johor FC (Seri Tanpa Jaringan)

26 MEI 2012 - Keputusan LIGA SUPER MALAYSIA 2012 : Kelantan Lawan Johor FC (Seri Tanpa Jaringan)


Lepas penat sepenat penatnya kerja hari ni sampaikan sampai umah pukul 7 tadi, aku terlelap di sofa depan tv.. Then isteri kejut untuk Solat Maghrib.. Malam ni lepas makan, bersantai tengok bola di channel Astro Arena untuk Liga Super Malaysia 2012.. Semestinya kalau time ada bola melibatkan Kelantan, semua kedai makan yang tayang live bola, sah2 penuh! Untung niaga.. :-) So! Lastnya, Keputusan nya ialah : 0, 0.. Seri tanpa jaringan.. Perlawanan bola malam ni berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor..

Secara keseluruhannya, permainan macam hambar sikit.. Tapi cubaan tepat ke arah gol lebih kepada Kelantan.. Rasanya dalam 2 cubaan tepat.. Tapi diaorg yang main, kita tengok je.. So ok la tu daripada kalah kan.. Haha.. Padang permainan malam ni memang merosakan permandangan mata la.. Terutama di kawasan gol.. Biasa la kalau padang dah basah kan.. Nak ulasan penuh, kita baca akhbar esok.. InsyaAllah.. Drama di TV3 sekarang, PELUANG KEDUA nampak cam lawak.. Jom layan sekejap!

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Published with Blogger-droid v2.0.4
Read more ...

Saturday, 5 May 2012

(GAMBAR) Dato' Siti Nurhaliza Di KB Mall, Kelantan Sempena SimplySiti Star Search

(05 Mei 2012) : Dato' Siti Nurhaliza Menjejak Kaki Di KB Mall, Kelantan Sempena SimplySiti Star Search bersama Mejar David Teo, Khairul Fahmi a.k.a Apex dan Leuniey

Siti Nurhaliza turun sempena Pencarian SimplySiti Star Search.. KB Mall merupakan salah satu tempat Roadshow Ujibakat ni.. Kelantan dipilih maybe sebab Khairul Fahmi dan Leuniey merupakan orang Kelantan.. Dalam masa yang sama, mereka mempromosikan SimplySiti Eau De Parfum.. Ianya bukan sekadar wangian! Yang penting, Dato' CT kita memang manis bertudung litup!





--------------------------------------------
Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Wednesday, 25 April 2012

Atlit Lelaki Pilihan Berpasukan Anugerah Astro Arena 2012 : Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apek


Atlit Lelaki Pilihan Berpasukan Anugerah Astro Arena 2012 : Khairul Fahmi dan Atlit Muda Pilihan : Nazmi Faiz

Aku baru je buat entri pasal Anugerah Astro Arena 2012 semalam.. So, hari ni, dah ade keputusan.. Senarai calon, korang boleh klik SINI untuk tengok.. Jom baca keputusan..!


KUALA LUMPUR, 24 APRIL 2012: Kontroversi berganda yang dihadapi penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex,23, sedikitpun tidak menghalang rakyat Malaysia untuk memilihnya sebagai Atlit Lelaki Pilihan Berpasukan di Anugerah Astro Arena 2012,malam tadi.

Malah, Apex yang tidak dapat menghadirkan diri pada malam anugerah itu disebabkan dia berada di Vietnam terharu dengan anugerah berkenaan.

"Inilah tanda sokongan rakyat Malaysia buat saya. Bagi saya, anugerah ini membuktikan rakyat Malaysia telah memberikan jiwa raga mereka bagi pasukan bola sepak tempatan untuk mengharumkan nama negara ke peringkat lebih tinggi lagi.

"Insya-Allah, saya akan terus menjadi yang terbaik dan tegurlah saya andaikata saya hampir terkandas. Segala yang saya peroleh ini disebabkan sokongan dari lima orang iaitu keluarga, media tempatan, pihak pengurusan, peminat dan kawan-kawan.

"Selagi saya kuat, selagi itu saya akan tempuhi segala cabaran yang dihadapi. Doakanlah saya sihat dan boleh terus berjuang dalam mengharumkan nama negara. Segala yang berlaku telah menguatkan saya untuk menjadi insan yang berguna. Doakan kami terus berjaya," jelas Apex yang berada di Vietnam kepada portal murai.com.my.

Sebelum mengakhiri perbualan dari Vietnam, Apex menegaskan akan memperbaiki kelemahan yang ada pada dirinya dan cuba menjadi terbaik di mata hati peminat.

"Bukan mudah untuk memuaskan hati setiap orang. Namun, itulah lumrah dunia. Saya tidak akan menjadi sempurna di mata anda sekiranya saya tidak tahu apa kelemahan saya. Manusia dicipta untuk saling menegur agar menempuh kebahagiaan.

"Sekali lagi, saya hanya mampu membalas dengan ucapan terima kasih.Anugerah yang saya terima ini lebih berbaloi seandainya saya dapat membalasnya dengan kemenangan dan permainan yang cemerlang. Teruslah menyokong sukan bola sepak dan industri sukan tempatan," ujar Apex yang dihubungi selepas namanya diumumkan menang.

Selain Apex yang menepati ramalan, seorang lagi jaguh bola sepak tempatan iaitu Nazmi Faiz turut berjaya meraih gelaran atlet muda pilihan.

"Saya sama sekali tidak menyangka dan terkejut dengan pengumuman ini. Apa sekalipun, saya amat bersyukur. Terima kasih kepada peminat yang telah menyokong dan mengundi saya untuk anugerah ini," ujar Nazmi.

Sementara itu, jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee juga tepati ramalan dengan dipilih sebagai Jurulatih Pilihan. Anugerah yang disiarkan secara langsung di Astro Arena Saluran 801 diacarakan oleh penyampai Astro Arena iaitu Akhbar Sahari dan Edleen Ismail.

Dengan bertemakan warna hitam dan merah, acara ini turut diserikan dengan persembahan dari Jaclyn Victor, Azlan The Typewriter dan kumpulan Jambu. Program ini turut dihadiri Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Hj Ibrahim.

Berikut adalah senarai pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan:

Atlit Lelaki Pilihan Berpasukan:
Khairul Fahmi Che Mat (Bola Sepak)

Atlit Wanita Pilihan Berpasukan:
Nur Fatehah Mustapha (Berbasikal)

Atlit Muda Pilihan:
Muhammad Nazmi Faiz Mansor (Bola Sepak)

Kebangkitan Pilihan:
Lee Hup Wei (Olahraga)

Jurulatih Pilihan:
Ong Kim Swee (Bola Sepak)

Blog Sukan Pilihan:
Mohd Aiman (SuaraSukan1Mas)

Perlawanan Pilihan:
Indonesia lwn Malaysia (Final Bola Sepak Sukan Sea 2011)

Lageda Sukan Negara
Dato M Rajamani
Datuk Ghani Minhad
Adnan Saidin
Sylvia Ng

Anugerah Khas Arena
Salam Sidik

Jasamu Dikenang
Razali Alias
Khoo Beng Khai



--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Entri menarik yang perlu korang terjah :


Read more ...

Tuesday, 24 April 2012

Anugerah Astro Arena 2012

Percalonan Anugerah Astro Arena 2012 - Khairul Fahmi Che Mat dan Muhammad Nazmi Faiz Mansor


KL, 19 APRIL 2012: Jika Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) dianjurkan untuk mengiktiraf populariti seseorang artis.

Murai Batu tengok industri sukan juga tidak ketinggalan menganjurkan anugerah yang sama untuk mengiktiraf populariti setiap atlit.

Justeru, Astro Arena telah berbesar hati untuk memberi penghargaan kepada jaguh sukan negara menerusi Anugerah Astro Arena 2012.

Menerusi anugerah berkenaan, pemilihan boleh dibuat oleh rakyat Malaysia melalui proses undian di laman www.arena.my

Dalam senarai calon yang Murai Batu tengok, ada dua nama yang menarik perhatian Murai Batu.

Salah satunya ialah Khairul Fahmi Che Mat atau pun Apex. Seperti yang semua tahu, populariti anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini tidak terhad sebagai ahli sukan tetapi dia kini telah mula berjinak-jinak dalam industri hiburan.

Penjaga gol skuad Kelantan itu sememangnya tidak pernah lekang daripada kontroversi dengan pelbagai cerita peribadinya sentiasa menarik perhatian umum.

Tidak dinafikan, Apex adalah salah seorang penjaga gol terbaik di negara kita dan atas reputasi itulah Murai Batu rasa dia mencipta nama namun naiknya nama seseorang akan sentiasa diiringi cakap-cakap yang akan menjatuhkan beliau.

Menerusi anugerah ini, Apex akan bersaing dalam kategori Atlit Lelaki Pilihan bersama Bryan Nickson Lomas (Terjun), Adrian Ang (Bowling), Cheng Chu Sian (Memanah) dan Mazli Ikmar Mohd Nor (Hoki).

Jika dikira dari sudut popularitinya sekarang, bukanlah satu kejutan sekiranya Apex akan menang.

Satu lagi nama yang menarik perhatian Murai Batu ialah Muhammad Nazmi Faiz Mansor.

Sejak skuad negara kita berjaya mempertahankan pingat emas Sukan Sea hujung tahun lalu, nama anak muda kelahiran ibu kota ini semakin meningkat di bibir peminat.

Dari cerita dia tidak mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sehinggalah aksinya di atas padang.

Nama Nazmi sering disebut-sebut sebagai bintang masa depan bola sepak negara. Juga bukanlah sesuatu yang mustahil sekiranya Nazmi terpilih sebagai Atlit Muda Pilihan dalam Anugerah Astro Arena 2012.

Bagaimanapun, semuanya terpulang kepada undian anda. Anda boleh melihat sendiri senarai percalonan dan kategori yang ada di laman www.arena.my

Berikut adalah senarai kategori serta calon-calon yang bakal dinobatkan sebagai penerima anugerah: 


--------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info tentang perkara di bawah? Boleh la klik link yang disediakan :
1. Volkswagen

Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Tuesday, 17 April 2012

Khairul Fahmi Berjanji Pada Dirinya Sendiri Untuk Tidak Mahu Menyertai Bidang Hiburan

Khairul Fahmi Elak Jadi Artis Walaupun Dapat Tawaran Berlakon


KUALA LUMPUR: Penjaga gol pasukan bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apek) berjanji pada dirinya sendiri untuk tidak mahu menyertai bidang hiburan sama ada sebagai pelakon mahupun pengacara walaupun pelbagai tawaran diterimanya.

Apek,23, berkata, dia tidak berminat untuk mendalami bidang tersebut namun tidak kisah seandainya diberi tawaran untuk menjadi model iklan.

"Saya bukannya artis dan tidak mahu jadi artis tetapi cukuplah sebagai seorang selebriti yang dikenali dalam bidang sukan.

"Lagipun ia bukanlah satu bidang yang saya minati melainkan jika saya diminta menjadi model iklan dan terlibat dengan aktiviti peragaan yang mana kerjanya hanya mengambil masa yang tidak terlalu lama," katanya sambil memberitahu pernah ditawarkan berlakon filem.

Tambah anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini dia tidak mahu gara-gara sibuk dengan kerja-kerja seni, fokusnya terhadap kerjaya sukan pula akan tersasar.

Dalam pada itu, ditanya adakah keengganannya menyertai bidang seni hiburan itu disebabkan dia risau muncul pula pelbagai kontroversi lain seperti yang dilaluinya sebelum ini, Khairul Fahmi mengakui tentang hal itu.

"Saya tak mahu hal peribadi menjadi perhatian yang lebih berbanding kerjaya. Oleh itu biarlah fokus saya terhadap sukan sahaja.

"Dan selebihnya, cara untuk mengelakkan kontroversi ialah saya lebih suka duduk di rumah jika ada masa terluang," ujarnya yang sedang menjalani latihan bagi menghadapi perlawanan Liga Super.

Kontroversi Apek mula tercetus selepas beliau yang juga penjaga gol terbaik Asia itu putus tunang dengan seorang penulis blog, Aimie Harmelia, apabila dikatakan cintanya sudah beralih kepada seorang wanita yang dikenali sebagai Dahlia Teck.

Tidak lama kemudian, muncul pula satu lagi khabar angin mengatakan Apek mempunyai cinta baru dengan seorang pemilik butik bernama Nur Eilunie Natasha Nazri (Leuniey). Namun wanita itu tampil menafikan ada hubungannya dengan Apek.

Terbaru, Apek dan Leuniey muncul menjadi model bagi iklan produk SimplySiti iaitu Eau De Parfum (EDP) yang baru sahaja dilancarkan.

Sumber

-----------------------------------------

Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Saturday, 14 April 2012

Gabungan Khairul Fahmi, SM Khalis SM Zul, Adam Yahya, Leuniey Natasha Dalam Iklan SimplySiti Eau De Parfum

Gabungan Khairul Fahmi, SM Khalis SM Zul, Adam Yahya, Leuniey Natasha Dalam Iklan SimplySiti Eau De Parfum 

Siti Nurhaliza Muncul Dengan Produk Baru SimplySiti Eau De Parfum

Siti Nurhaliza (dua dari kiri) pada majlis pelancaran produk baru SimplySiti Eau De Parfum (EDP).
Foto AZLINA ABDULLAH

KUALA LUMPUR: Sempena ulang tahun SimplySiti yang kedua, jenama kecantikan yang diasaskan oleh penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin melancarkan satu kategori produk baru iaitu SimplySiti Eau De Parfum (EDP).

Menurut Siti, formulasi EDP iaitu wangian peringkat kualiti tinggi, SimplySiti EDP turut menggabungkan sains dan seni haruman dari Perancis dengan hasil sentuhan pakar wangian terkemuka Perancis iaitu Joelle Lerioux-Patris dari Mane iaitu salah sebuah pengeluar wangian terkemuka di dunia.

"Wangian adalah sebahagian daripada kehidupan manusia terutama setiap wanita yang sememangnya mempunyai fitrah untuk sentiasa kekal cantik, harum dan menarik.

"Ini adalah satu-satunya wangian yang penuh inovasi kerana ia diformulasikan dengan Plant Betaphroline, menjadikan minyak wangi ini satu-satunya wangian yang boleh membantu pemakainya menjadi lebih harum.

"Ia juga berkuasa untuk menghilangkan stres dengan merangsang penghasilan endorphin iaitu hormon gembira dalam kulit kita. Dengan itu, formulasi istimewa ini bukan sekadar wangian biasa kerana ia dapat membantu mengekalkan bentuk tubuh badan dan membangkitkan 'mood'," katanya pada pelancaran SimplySiti Eau De Parfum di Hotel Double Tree, di sini, malam Jumaat.

Siti Nurhaliza menandatangani plak sebagai simbolik perasmian.
Foto AZLINA ABDULLAH

Betaphroline adalah ekstrak dari tumbuhan indigo yang ditemui di kawasan Himalaya yang bertindak sebagai perangsang liposis bertujuan membantu meningkatkan pecahan lemak berlebihan pada tubuh.

Dalam pada itu, SimplySiti EDP terdiri daripada tiga jenis wangian iaitu Pure, Precious dan Memoire. Setiap wangian ini menceritakan personaliti wanita yang berlainan.

Menarik lagi, sempena dengan pelancaran ini, SimplySiti juga turut memperkenalkan konsep berlainan dalam komersil terbarunya dengan memaparkan perspektif lelaki yang menggambarkan siapa wanita idaman mereka.

Antara wajah-wajah lelaki yang bakal muncul dalam komersial produk baru tersebut ialah Penjaga Gol Pasukan Kebangsaan Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat, ahli perniagaan muda, SM Khalis SM Zul, Pengarah Ibex Group, Adam Yahya serta Leuniey Natasha, wajah baru di bidang komersial.

Buat para penggemar minyak wangi, harga sebotol SimplySiti Eau De Parfum hanya RM69.90 dan sudahpun berada di pasaran.

Sumber : SINI

Inilah hasil iklan nye!


--------------------------
Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Thursday, 12 April 2012

Nur Eilunie Natasha Nazri : Leuniey, Model SimplySiti Bersama Khairul Fahmi (Apek)

Nur Eilunie Natasha Nazri : Leuniey, Model SimplySiti Bersama Khairul Fahmi (Apek)


KOTA BHARU: Suratan atau kebetulan apabila penjaga gawang pasukan bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, dan gadis cantik, Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, atau Leuniey terpilih sebagai model untuk produk kecantikan SimplySiti milik penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin.


Khairul Fahmi atau Apek dan Leuniey terpilih sebagai model untuk iklan minyak wangi ‘SimplySiti Eau De Parfum’ yang ditawarkan dengan tiga jenis haruman iaitu Pure, Memoire dan Precious yang bakal ditayangkan di televisyen pertengahan April ini.


Pengurus Kanan Penjenamaan dan Pemasaran SimplySiti, Amiel Junita Nasir berkata, Khairul Fahmi dipilih sebagai ikon sukan khusus untuk minyak wangi berkenaan dan turut digandingkan dengan SM Zul Khalis SM Zulkifli daripada Naza Italia sebagai ikon usahawan muda dan Adam Yahya, Pengarah Ibex Group sebagai ikon pengurusan korporat.

“Ketiga-tiga mereka digandingkan bersama untuk tiga jenis minyak wangi SimplySity. Minyak wangi itu untuk wanita, tetapi kita tampilkan ikon lelaki untuk buat sesuatu kelainan,” katanya.

Sumber

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...