Showing posts with label Najwa Latif. Show all posts
Showing posts with label Najwa Latif. Show all posts

Saturday, 1 March 2014

Luahan seorang anak ..


Assalamualaikum w.b.t.. 'Luahan seorang anak'.. Mungkin itu yang nak Najwa Latif luahkan melalui lagu single terbaru dia yang bertajuk Hilang.. Sebenarnya Eraz terdengar di Suria FM pagi tadi.. Bila muzik play, memang tak boleh agak itu lagu Najwa Latif.. Tapi bila dengar suara, itulah Najwa Latif! Memang suara itu suara Najwa Latif.. Identiti nya.. Tapi cayalah kepada Najwa Latif sebab dia keluar sikit dari tradisi corak muzik lagu-lagu dia sebelum ni.. Lagu ni betul-betul segar..


Dah tengok Official Music Video lagu Hilang ni? Kat atas tu Eraz attachkan.. Kalau korang tengok, pasti korang faham apa yang nak Najwa sampaikan dalam lagi terbaru dia.. Yang pasti juga, Official Music Video ni memang tak mengecawakan juga.. Dan setakat ni, rasanya semua Official Music Video Najwa Latif best.. Itu pendapat peribadi Eraz la..

Bagi Eraz lagi, music video ni memang boleh memberi pengajaran kepada yang menonton terutama kepada golongan ibu bapa yang mempunyai masalah, atau yang bekerjaya atau yang sewaktu dengannya.. Jangan disebabkan beberapa masalah, anak yang terabai.. Anak yang menjadi mangsa.. 

Read more ...

Thursday, 13 June 2013

Pesanan Prof. Dr. Muhaya Mohamad

Assalamualaikum w.b.t.. Malam ni ada siaran program Celik Hati yang dikendali oleh Prof. Dr. Muhaya di TV9.. Tajuk malam ini : Saya Budak Baik.. Satu topik yang menarik untuk kita dengar.. Menarik.. Antara tetamunya, Nurdiana Mohd Mardzi, penyanyi Najwa Latif dan penyayi Taleeb Mizad.. Satu pesanan Prof Muhaya pesan supaya jangan kita lakukan yang Eraz boleh share ialah :

1. JANGAN Benci pada orang
2. JANGAN Benci pada diri sendiri
3. JANGAN Menyesal masa lalu
4. JANGAN Takut & bimbang masa depan

Maka kita tidak ada masa menggunakan nyawa kita sekarang untuk melakukan sesuatu yang berkesan.. Insyaallah..

#Najwa Latif akhiri program Celik Hati Prof Muhaya dengan lagu AdaMu manakala awalnya Taleed Mizad dengan lagu Restui Cinta..

Read more ...

Thursday, 21 March 2013

Keputusan Peperiksaan SPM Najwa Latif !

Keputusan Peperiksaan SPM Najwa Latif !

Sedia maklum yang Najwa Latif merupakan pelajar SPM 2012 yang mana keputusannya akan keluar pada hari ini.. Terbaca di Utusan Malaysia tadi (seperti yang di print screen), artikel tersebut memberitahu Najwa Latif mendapat 4A daripada 10 subjek yang diambil.. Bila baca kenyataan kakaknya dalam artikel itu juga, kakaknya, Syafikah hanya berkata, 'sorry, sorry'..

Jadi, dari mana wartawan tahu keputusan peperiksaan SPM Najwa Latif ya.. Mungkin mereka tanya pihak sekolah kot.. Wallahhualam.. Hanya bercerita.. Sambil menjaga TBE.. By the way, tahniah untuk Najwa Latif..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Tuesday, 5 February 2013

Kau Ada Di Kala Kujatuh, Di Setiap Bangunku

Sahabat – Najwa Latif feat Syamkamarul, Sleeq


Setiap hari dengar lagu ni, semakin best pulak.. So hari ni, di pejabat merupakan hari lagi Sahabat - Najwa Latif ft. Syamkamarul dan Sleeq.. Lirik pun macam menarik.. Lagu pun macam style lagu-lagu Najwa sebelum ni.. So, jom layan..



Read more ...

Saturday, 1 December 2012

JUARA Masterchef Malaysia Musim Ke - 2

Izyan - JUARA Masterchef Malaysia Musim Ke - 2


Izyan akhirnya diumumkan sebagai JUARA Masterchef Malaysia Musim Ke - 2 mengalahkan Ah Hong dan Along.. Tahniah sekali lagi pada.. Masterchef Malaysia Musim Ke - 2 Akhir juga nampaknya ada persembahan artis macam Dato' Fazley, Fina AF9, Kilafairy dan Najwa Latif! Dah lama tak nampak budak ni.. Dah habis SPM ni, bergiat aktif la ni.. 

Read more ...

Tuesday, 6 November 2012

Kisah Najwa Latiff Sempena Peperiksaan SPM 2012

Najwa Latiff idam 6A


Lama juga tak dengar hal Najwa Latiff selepas dia betul-betul berehat daripada buat show selepas majlis Anugerah Bintang Popular awal tahun ni.. Semuanya sebab nak bagi tumpuan untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysi.. Najwa Latif sekarang sedang menduduki peperiksaan SPM di SMK (P) Temenggong Ibrahim.. Harapan Najwa Latif ialah 6A bagi membolehkannya melanjutkan pelajaran pada masa depan.. Semua ni diupdate oleh HARIAN METRO hari ni..

Apa-apa pun, good luck untuk Najwa Latif.. Salah seorang anak buah E'raz pun sedang menduduki peperiksaan SPM di Kelantan ni.. Sebelum peperiksaan mula hari tu, sempat buat solat Hajat di rumah Ma Abah supaya terbuka supaya pintu dan diberi ketenangan sepanjang peperiksaan tu berlangsung..

Read more ...

Monday, 30 July 2012

GEMPAR : Najwa Latif Kena Rompak !

GEMPAR : Najwa Latif Kena Rompak !

Tiba-tiba je tengok tajuk entri daripada !Engineer Muda yang Najwa Latif di rompak! Terus bukak entri berkenaan then ......


Rupa-rupanya hanyalah PRANK! Haha.. Sempat layan VIDEO yang durasi lebih kurang 11 minit rasanya.. Lokasi di Tutti Frutti.. Itu penting.. Haha.. Ibu Najwa antara 'mangsa' rompak.. Hehe.. Komen tentang VIDEO? No Komen.. Korang boleh tengok dan komen sendiri.. VIDEO ado E'raz attach kan di bawah sekali.. Layaaannn...

Kredit entri n info kepada !Engineer Muda.. Info tentang VIDEO berkenaan, pelakon : Ibu kepada Najwa Latif (Tebusan), Iman Abdue (Customer hero), Bob (Cashier) dan Perompak iaitu Amiruddin, Haziq Jo dan Apeez.. Cameraman : Aiem Rahman, Rashid, Daus, Abdul Halim.. Published on 23 Apr 2012 by azzstarz93..

Video Prank NAJWA LATIF

--------------------------------------------
Read more ...

Monday, 23 July 2012

TERKINI : Najwa Latif Tampil Dengan Lagu Ketuhanan, AdaMu

TERKINI : Najwa Latif Tampil Dengan Lagu Ketuhanan, AdaMu


<>
Lirik AdaMu - Najwa Latif
<>
Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia
Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
ku merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
<>
--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Read more ...

Monday, 16 July 2012

[MTV] Sleeq & Najwa Latif - Untuk Dia (Penampilan Khas Aaron Aziz, Siti Saleha)

Video Klip lagu Untuk Dia, Nyanyian Sleeq & Najwa Latif 

Lagu ni diantara yang hot sekarang.. Lagu yang simple dan santai.. Video Klip pun menarik.. Yang specialnya adalah kemunculan Aaron Aziz dan Siti Saleha.. Gabungan semula dari drama 'Nora Elena'.. Cool.. Jom layan.. 

--------------------------------------------
Read more ...

Thursday, 21 June 2012

Edisi Aktiviti Petang : Layan Official Music Video Kosong, Najwa Latif

Official Music Video Kosong, Najwa Latif

Seriusnya, ini kali pertama aku tengok video klip rasmi lagu KOSONG ni.. So, just nak share dengan pembaca-pembaca lain jika korang tak tengok lagi.. Nak lirik? Leh klik entri INI..



Read more ...

Monday, 16 April 2012

Betul Ke Persembahan Najwa Latif di ABPBH Baru-Baru Ni Yang Terakhir Tahun Ni?

Betul Ke Persembahan Najwa Latif di ABPBH Baru-Baru Ni Yang Terakhir Tahun Ni?

Benar, sebabnya dia nak tumpukan perhatian kepada SPM tahun ni..



Artikel yang menjelaskan tentang kisah lagu 'Kosong' dan 'Cuti' daripada membuat persembahan pentas.

PETALING JAYA: Bintang remaja sensasi Najwa Latif menjelaskan lagu terbarunya berjudul Kosong bukan dihasilkan sebagai sindiran kepada mana-mana pihak.

Sebaliknya, pemilik nama sebenar Imratul Najwa Abdul Latif, 17, ini memberitahu lagu tersebut adalah bertujuan untuk memberikan semangat dan motivasi kepada sesiapa sahaja agar tidak berputus asa apabila diri diperkecilkan.

“Lirik lagu itu dihasilkan bersama kakak saya, Ika. Dia menghasilkan lirik itu ketika melihat saya sedang bersedih dan tertekan dengan pelbagai cabaran dalam bidang nyanyian ini.

“Saya sering berkongsi dengan kakak apa juga masalah atau kesedihan yang saya hadapi. Mungkin daripada situ, dia mendapat ilham untuk menulis lirik lagu itu,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Ditanya adakah lagu itu merupakan luahan perasaan dan pandangan mereka kerana sering dipandang rendah dan dikritik pelbagai pihak sebelum ini, Najwa berkata ia hanyalah lagu yang menjadi motivasi bagi menghadapi perjalanan karier yang masih panjang.

“Lagu itu bukan untuk menyindir mana-mana pihak. Mungkin daripada liriknya, orang akan menyangka ia adalah luahan perasaan saya untuk menyindir segelintir pihak yang memperlekeh atau mengkritik selama ini.

“Hakikatnya, bukan begitu kerana ia adalah sebuah lagu motivasi dan pemangkin semangat kepada sesiapa sahaja yang berasa diperlekehkan agar tidak mudah mengalah,” katanya.

Dalam pada itu, gadis yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada hujung tahun ini berkata dia kini mula berehat panjang daripada komitmen nyanyian demi menumpukan perhatian pada pelajaran.

“Saya berehat daripada komitmen nyanyian buat masa ini bagi menumpukan perhatian pada pelajaran. Terlalu banyak subjek yang perlu saya tumpukan terutamanya subjek-subjek Tingkatan Empat yang sudah terlupa.

“Atas nasihat ibu, saya ambil keputusan ini untuk masa depan. Kalau diikutkan, saya patut berehat sejak Mac lagi dan kemunculan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian baru-baru ini adalah persembahan pentas yang terakhir pada tahun ini sehingga saya selesai SPM,” katanya.


Nak dengar lagu 'Kosong' bersama Lirik? Klik SINI..
--------------------------

Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Wednesday, 14 March 2012

Terbaru dari Najwa Latif dengan 'Kosong'

Petang semalam, masa sampai je kat umah, aku terdengar satu lagu ni kat radio.. Tangguh dulu keluar kereta sebab mau layan lagu yang aku tak pernah dengar ni.. Cam menarik.. Terdengar banyak lirik 'Kosong'.. Terus terfikirkan Najwa Latif sebab aku pernah terbaca tajuk lagu terbaru dia 'Kosong'.. 

Siapa-siapa yang belum dengar, boleh amek masa sikit then leh nilai sendiri.. Cam ade sesuatu yang tersirat di dalam lirik lagu ni.. "Kini aku bangkit membuktikan yang ku tak sakit.. Dengan segala perit yang kau berikan, kini aku pantas berjalan bergerak ke hadapan dan akan ku buktikan siapa diriku yang sebenar..".. Apa-apa pun, jom support artis kita.. Peace no war.. 


 

Lirik 'Kosong'

Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu...

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa...

Kosong...kosong...

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku...

Kosong...kosong...

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar....
Ooo..ooo...

Kosong...kosong...

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa..

Kosong .. kosong ..

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku...

Kosong...kosong...

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa...

Kosong...kosong...
Read more ...