Showing posts with label Mentor. Show all posts
Showing posts with label Mentor. Show all posts

Thursday, 24 July 2014

Kad Raya 2014


Assalamualaikum w.b.t.. Semalam dapat satu iaitu dari my Mentor, Kak Mialiana, hari ni dapat lagu dua iaitu dari adik protege, Anim dan Sally.. Tapi.. Minta maaf banyak-banyak sebab Eraz memang tak sempat nak buat kad raya.. Dah banyak tahun kot tak buat.. Memang tak sempat.. Banyak hal dan aktiviti kena settlekan sebelum bercuti hari raya ni.. 

Terima kasih juga kepada Sally sebab berikan duit raya untuk Zara.. Bertambah koleksi duit raya dia.. Hehe..

Semalam baru settle handle satu majlis berbuka puasa dan malam ni ada satu lagi, khas untuk Anak Yatim Asrama Bakti Machang.. Insyaallah harapnya kami dapat membantu sedikit sebanyak.. Insyaallah..

Read more ...

Friday, 19 April 2013

Jutaan Terima Kasih Kepada Blogger, Puan MiaLiana

Assalamualaikum w.b.t.. Siapa sudah baca entri khas Kak Mia INI, mesti sudah tahu akan cerita ini.. Alhamdulillah, bermula 05 Februari 2013 baru-baru ini, Eraz diberi kepercayaan untuk menjadi protege kepada seorang blogger senior yang berpengalaman dan berilmu iaitu Kak Mia.. Jadi hari ini sudah 2 bulan lebih Eraz mendapat ilmu daripada Kak Mia dalam dunia blogging ni..

Setelah Eraz berjaya berada di ranking bawah 100,000 dalam Alexa.com, barulah Kak Mia membuat pengumuman di entri khas INI.. Terima kasih yang tak terhingga kepada beliau dan Eraz tidak akan lupakan ilmu-ilmu yang telah diberikan selama lebih 2 bulan menjadi protege beliau.. Dalam pada Kak Mia sibuk dengan kerjanya, blognya juga, Kak Mia masih sempat memberi tunjuk ajar dan mencurahkan ilmu.. Banyak ilmu yang telah diajar demi memajukan diri lagi dalam bidang ni.. Jasamu dikenang.. Thank you so much!

#Siapa akan menjadi protege kedua beliau? Tungguuuuuuuu...

Read more ...

Monday, 11 June 2012

MENTOR 6 AKHIR : Juara Milik Caroline & Ella

(10 Jun 2012) MENTOR 6 AKHIR : Juara Milik Caroline & Ella, Naib Juara Zatul & Ogy, Ke-3 Anas & Faizal Tahir


Pertandingan telah tamat! Mentor 6 adalah milik Caroline dan Mentornya Ella dengan markah 71.. Hidup orang Tanah Merah..! Tempat ke-2 milik Zatul dan Ogy dengan markah 60.. Tempat ke-3 automatiknya milik Anas dan Faizal Tahir dengan markah 50.. 

Mereka telah dijurikan oleh Datuk Ramli MS, Datuk Sharifah Aini, Amy Search dan Azmeer.. Antara artis yang muncul pada malam ni ialah Azlan Typewriter, Hazama, Ziana Zain, Slam, Nabila Huda dan Johan Raja Lawak.. 

Selingan dalam Mentor 6 kali ni ialah pertandingan buat peserta ujibakat yang tidak berjaya mengisi tempat sebagai protege.. Dua finalis dipilih oleh undian penonton di Internet, iaitu Shaz dan Najua Nasir (cucu P. Ramlee).. Penilaian akhir dibuat oleh juri sahaja dan Najua menang dengan undian 3 lawan 1.

Senarai Lagu yang dinyanyikan malam di Final Mentor 6 ini ialah :

Pusingan 1
Anas – Cinta Muka Buku
Zatul – Pelesit Kota/Pawana 
Caroline – My Love / I Don't Wanna Miss a Thing 

Pusingan 2
Anas dan Hazama – Selamat Malam 
Zatul dan Ziana Zain – Nakal / Sedang Ingin Bercinta
Caroline dan Azlan (Typewriter) – Kau Kekasihku 

Pusingan 3 (Lagu BARU)
Anas – Hanya Dirimu (Ciptaan : Omar K, Audi Mok; Faizal Tahir)
Zatul – Tinggalkan Yang Lalu (Ciptaan : Manusia Putih)
Caroline – Melawan Arus Cintamu (Ciptaan : Ajai)



--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Resorts World Genting
Read more ...

Wednesday, 6 June 2012

Tisha (Mentor 6) Sanggup Tinggalkan KELANTAN Untuk Jadi Penyanyi, Bakal Jadi Artis Naungan Beaming Stars Management

Tisha (Mentor 6) Sanggup Tinggalkan Kelantan Untuk Jadi Penyanyi

Selepas tersingkir di peringkat Separuh Akhir Mentor 6, Tisha akan bergerak pantas untuk menjadi seorang penyanyi yang berjaya.. Tisha mendedahkan bahawa Mentornya, Ferhad sudi mengambilnya sebagai artis di bawah naungan syarikat Ferhad iaitu Beaming Stars Management.. Dan Tisha akan muncul dengan satu single pertama pada September ini.. Harap-harapnya lagu berkonsep 'R&B' yang dipilih nanti ialah lagu yang best didengar di musim sekarang dan dapat hasilkan klip video yang menarik!

Tisha atau nama sebenarnya Shanorbiah Shamsir Alam, 26 Tahun ialah berasal dari Pasir Puteh Kelantan.. Jom ikuti artikel asal di bawah..


SHAH ALAM: Protege kepada penyanyi Ferhad dalam Mentor 6, Tisha, 26, membuat keputusan meninggalkan kampung halamannya di Pasir Puteh, Kelantan untuk menetap di Kuala Lumpur (KL) semata-mata untuk bergelar penyanyi.

Tisha atau nama sebenarnya Shanorbiah Shamsir Alam berkata, walaupun gagal bertanding ke peringkat akhir pertandingan Mentor 6, dia tidak akan tinggal di kampungnya untuk menjalani rutin seperti sebelum ini.

"Sebelum ini, saya gagal di peringkat uji bakat Mentor 6 dan pulang ke kampung dengan sedih. Apabila salah seorang peserta menarik diri, saya diberi peluang untuk menunjukkan bakat dalam program tersebut.

"Peluang sebegitu jarang dimiliki oleh sesiapa pun dan sebab itu saya rasakan menyertai Mentor 6 ibaratkan seperti langkah pertama saya untuk menjadi seorang penyanyi.

"Saya nekad untuk berhijrah ke KL meninggalkan kampung dan akan pulang sekali sekala sahaja," katanya.

Dalam pertandingan peringkat Separuh Akhir Mentor 6 pada Ahad lalu, Tisha mendapat undian terendah iaitu sebanyak 86 markah.

Kekalahan tersebut menyebabkan pesaingnya iaitu Anas, Caroline dan Zatul akan berentap pada acara kemuncak yang akan berlangsung pada 10 Jun ini.

Tambah Tisha, dia juga bersyukur kerana Ferhad sudi mengambilnya sebagai artis di bawah naungan syarikatnya iaitu Beaming Stars Management.

Malah Tisha akan muncul dengan sebuah 'single' lagu pertama pada bulan September nanti sebagai taruhan pertamanya dalam industri muzik tempatan.

"Sementara saya masih lagi dikenali, saya tidak akan mengambil masa yang lama untuk muncul dengan sebuah lagu baru.

"Muzik yang akan ditampilkan lebih kepada konsep 'R&B'. Saya percaya, dengan bantuan Ferhad dan usaha yang keras, Insya-Allah, impian bergelar penyanyi yang berjaya pasti akan tercapai," tuturnya.

Menurut Tisha lagi, dia dan Ferhad masih lagi dalam perbincangan untuk memilih lagu yang sesuai. - SUMBER

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Info tentang terkini di Genting Highland!
2. Info tentang UEFA EURO 2012..
3. Nescafe UHT
4. Senheng 10

Read more ...

Sunday, 3 June 2012

MENTOR 6 : Tisha Tersingkir Di Separuh Akhir.. Anas, Zatul Dan Caroline Ke Mentor Akhir 10 Jun 2012

(03 Jun 2012) MENTOR 6 : Tisha (Protoge Ferhad) Tersingkir Di Separuh Akhir.. Anas (Protege Faizal Tahir), Zatul (Protege Ogy) Dan Caroline (Protege Ella) Ke Mentor Akhir 10 Jun 2012


Persembahan malam ni adalah persembahan solo.. Nasib Tisha hanya sampai di peringkat Separuh Akhir apabila tersingkir malam ini.. Tisha terpaksa mengucapkan Selamat Tinggal kerana hanya berjaya mengumpulkan 86 Markah.. Ini program realiti kedua bagi Tisha.. Program pertama dulu ialah Audition dengan membawa nama Shanor.. Di program itu, dia juga tersingkir sebelum ke final..

Caroline ternyata mengungguli markah tertinggi untuk Minggu Separuh Akhir apabila mendapat tempat pertama dengan 131 Markah.. Diikuti dengan Zatul dengan 127 manakala Anas dengan 122 Markah..

Mentor Akhir akan berlangsung pada 10 Jun 2012 nanti..

Sekian, ;-)

Published with Blogger-droid v2.0.4
Read more ...

Sunday, 27 May 2012

MENTOR 6 ; SEPARUH AKHIR MINGGU 1 - Caroline (Protege Ella) Mendahului Tanpa Markah Juri Tetap

(27 MEI 2012) MENTOR 6 ; SEPARUH AKHIR MINGGU 1 - Caroline (Protege Ella) Mendahului Tanpa Markah Juri Tetap


Persembahan malam ni adalah persembahan solo dan duet bersama dengan Mentor masing-masing.. Markah yang diumumkan tanpa markah juri tetap yang dirahsiakan.. Hanya markah Juri Awam dan SMS je yang diumumkan.. Anas memulakan persembahan, diikuti Tisha, Zatul dan Caroline.. Nampaknya, tanpa markah dari juri tetap, Caroline mendahului dengan 28 markah.. Anas dan Zatul dengan 27 markah manakala Tisha paling rendah dengan 18..

Published with Blogger-droid v2.0.4

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Read more ...

Sunday, 20 May 2012

Mentor 6 : KJ (Protege Adam) Tersingkir, Zatul Juara Minggu Ke-4 Kumpulan B

(20 Mei 2012) Mentor 6 : KJ (Protege Adam) Tersingkir, Zatul Juara Minggu Ke-4 Kumpulan B


Minggu ni merupakan Konsert ke-4 Kumpulan B.. Mereka perform dua buah lagu solo.. Caroline memulakan persembahan, diikuti Zatul dan KJ.. 

Sedikit kurang bernasib baik pada KJ dan Adam, mereka tersingkir pada malam ini bagi Kumpulan B dengan markah terkumpul 217.. Manakala Zatul berada di tempat ke-2 dengan 241 markah.. Caroline tetap mendapat markah tertinggi secara terkumpul dengan 256 walaupun tidak menjadi juara Kumpulan A minggu ni..

Dengan kata lain, Caroline dan Zatul layak ke peringkat seterusnya..

Markah Konsert Ke-4
Caroline : 60
Zatul : 71
KJ : 48

Himpunan Markah : Caroline (256), Zatul (241) & KJ (217)

Read more ...

Thursday, 17 May 2012

PESERTA Mentor 6 Pertama Tersingkir, Ana Genggam DIPLOMA.. Tahniah..

PESERTA Mentor 6 Pertama Tersingkir, Ana Genggam DIPLOMA.. Tahniah..


Sambil mengisi masa lapang ni, so aku rase nak update citer yg aku baca dalam paper arini..

Walaupun Ana (Syuhada Noor Asram), Protege kepada Ramlah Ram sedang kecewa dengan penyingkiran daripada Program Mentor 6, tapi Alhamdulillah Ana berjaya mendapat Diploma Muzik pada Konvokesyen UiTM ke 76 semalam..

InsyaAllah, dengan kelulusan yang kite ada, kita mampu untuk pergi jauh.. InsyaAllah semuanya berbaloi.. Ade rzeki, smbg degree plk.. Aku ni pulak, tak tahu la ble leh smbg Master ni.. Masa plus komitmen keje aku btul2 tak mengizinkan.. Hrp2 satu hari nati TERCAPAI.. :-)

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Published with Blogger-droid v2.0.4
Read more ...

Sunday, 13 May 2012

Mentor 6 : Ana (Protege Ramlah Ram) Tersingkir, Tisha Juara Minggu Ke-4 Kumpulan A

Mentor 6 : Ana (Protege Ramlah Ram) Tersingkir, Tisha Juara Minggu Ke-4 Kumpulan A


Minggu ni merupakan Konsert ke-4 Kumpulan A.. Mereka perform dua buah lagu solo.. Anas memulakan persembahan, diikuti Ana dan Tisha.. Tisha mendapat pujian daripada juri dan akhirnya menjadi juara Kumpulan pada minggu ke-4 ini.. 

Sedikit kurang bernasib baik pada Ana dan Ramlah Ram, mereka tersingkir pada malam ini bagi Kumpulan A dengan markah terkumpul 201.. Manakala Tisha berada di tempat ke-2 dengan 220 markah.. Anas tetap mendapat markah tertinggi secara terkumpul dengan 260 walaupun tidak menjadi juara Kumpulan A minggu ni..

Dengan kata lain, Anas dan Tisha layak ke peringkat seterusnya..

Markah Konsert Ke-4
Anas : 49
Ana : 47
Tisha : 70

Himpunan Markah : Tisha (220), Ana (201) & Anas (260)

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Sony Internet TV
Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Sunday, 6 May 2012

Keputusan Mentor 6 Konsert Ke-3 Kumpulan B - Caroline Masih Mendahului

 06 Mei 2011 : Persembahan KJ duet Forteen, Caroline duet Cliff Umar dan Zatul duet Shima.. 


Minggu ni merupakan Konsert ke-3 Kumpulan B.. Mereka perform lagu solo dan berduet dengan artis undangan.. KJ (Protege Adam) memilih Forteen, Caroline (Protege Ella) memilih Cliff Umar dan Zatul  (Protege Ogy Ahmad Daud) memilih Shima.. 

Caroline masih mendahului Kumpulan B seperti mana Kumpulan A yang mana Anas mendahului.. KJ dan Zatul bergerak seiring dan berbeza 1 mata sahaja.. Markah Konsert Ke-3, Caroline dengan 67, Zatul dengan 54 dan KJ dengan 53.. Manakala Himpunan Markah : Caroline (196), Zatul (170), KJ (169..)

--------------------------------------------
Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Sunday, 29 April 2012

Keputusan Mentor 6 Konsert Ke-3 Kumpulan A - Anas Masih Mendahului

 Anas Masih Mendahului Kumpulan A - 29 April 2012


Minggu ni merupakan Konsert ke-3 Kumpulan A.. Mereka perform lagu solo dan berduet dengan artis undangan.. Tisha (Protege Ferhad) memilih Aqasha, Ana (Protege Ramlah Ram) memilih Aizat dan Anas  (Protege Faizai Tahir) memilih Dayang Nurfaizah.. Anas nampaknya ada peluang yang cerah untuk ke separuh akhir dan maybe final sebab kelebihan vokal dan persembahan ada pada dia..

Ana nampaknya berjaya pintas Tisha untuk duduk di tempat ke dua! Tapi Tisha masih ada peluang untuk pintas semula.. Manakala Anas, jauh di depan..

Markah Konsert Ke-3
Tisha : 51
Ana : 62
Anas : 68

Himpunan Markah : Tisha (150), Ana (156) & Anas (211)

Hanya gambar hiasan



--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Wednesday, 25 April 2012

KJ ft. Anas - Tapi Bukan Aku & Sesuatu Janji (Mentor 6 Minggu 5)

KJ ft. Anas - Tapi Bukan Aku & Sesuatu Janji (Mentor 6 Minggu 5)


KJ, Protege Adam dalam Mentor Musim Ke-6.. Jika minggu sebelum ini bagi Kumpulan A, Anas, Protege Faizal Tahir ungguli konsert, tetapi untuk Kumpulan B, KJ telah mendapat markah paling tinggi minggu ini.. Sejauh mana kehebatana protege ni, korang nilai lah sendiri dengan tengok video di bawah.. Protege Ella dan Ogy masing-masing mendapat kedudukan ke-2 dan ke-3 minggu itu.. KJ ft. Anas - Tapi Bukan Aku & Sesuatu Janji (Mentor 6 Minggu 5).. 


--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Monday, 23 April 2012

Keputusan Mentor 6 Konsert Ke-2 Kumpulan B - Tunjuk Ajar Ku Sifu

Keputusan Mentor 6 Konsert Ke-2 Kumpulan B - Tunjuk Ajar Ku Sifu (22 April 2012)


Minggu ni merupakan Konsert ke-2 Kumpulan B.. Mereka perform lagu solo dan berduet dengan protege kumpulan A.. Nampaknya Protege Adam, KJ tunjukkan taring apabila menjadi juara Minggu ini dengan markah 63 diikuti dengan Zatul yang berjaya dapat 62 markah dan Caroline 58 markah.. KJ memilih lagu Tapi Bukan Aku (Kerispatih) dan duet dengan Anas lagu Sesuatu Janji (Taufik Batisah)..

Markah terkumpul nampaknya milik Caroline dengan 129 markah di tangga teratas kumpulan B, Zatul dengan 116 markah & KJ dengan 115 markah. 

--------------------------
Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Monday, 16 April 2012

Mentor 6 : Konsert Ke-2 Kumpulan A - Persembahan Tisha dan Anas

Mentor 6 : Konsert Ke-2 Kumpulan A - Persembahan Tisha dan Anas 


Tisha ft. KJ - Naluri Lelaki & Aku Dan Dirimu (Mentor 6)



Anas ft. Caroline - Dewi & Keliru (Mentor6)


Ana ft. Zatul - Patah Seribu & Someone Like You (Mentor)
Tiada video

Keputusan Minggu Ke-2
Anas : 64
Tisha : 44
Ana : 41

Selepas keputusan diumumkan, Anas mendahului dengan markah 143 (Minggu pertama + Minggu Ke-2).. Kedua ialah Tisha dengan 99 markah.. Ketiga ialah Ana dengan 92 Markah.

--------------------------
Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Sunday, 15 April 2012

Keputusan Mentor 6 Konsert Ke-2 Kumpulan A - Tunjuk Ajar Ku Sifu

Keputusan Mentor 6 Konsert Ke-2 Kumpulan A - Tunjuk Ajar Ku Sifu


Minggu ni merupakan Konsert ke-2 Kumpulan A.. Mereka perform lagu solo dan berduet dengan protege kumpulan B.. Sesungguhnya belum nampak lagi aura budak2 ni.. Apa yang boleh dilihat dengan mata kasar, protoge Faizal Tahir iaitu Anas mempunyai peluang yang lebih cerah untuk menang dalam Kumpulan A.. Dua konsert berturut-turut Anas jadi Juara Kumpulan A..

Protoge : Keputusan Minggu Ke-2, + Minggu Pertama = Total  :
Anas : 64, + 79 = Total : 143
Tisha : 44, + 55 = Total : 99
Ana : 41, + 51 = Total : 92

--------------------------
Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Monday, 26 March 2012

Persembahan Pertama Tisha Mentor 6 yang dikatakan Shanor Audition (NTV7)

gambar kredit : gua.com.my


Protege Ferhad, Tisha menyanyi lagu Kaulah Segalanya dan berduet Ferhad dengan lagu Rindu Bayangan. Markah penuh yang diperolehi oleh Tisha, Ana dan Anas setelah dicampur undian SMS, markah yang dipungut dari Juri Professional dan Juri Awam ialah :

Ana - 51
Anas - 79
Tisha - 55


Entri berkaitan :
_______________________________________
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Sunday, 25 March 2012

Tisha Mentor 6 - Protege Terbaru Ferhad.. Ada kaitan dengan Shanor Audition ke?

Tisha Mentor 6

Korang mesti dah tahu tentang hal Mentor mlm ni kan.. Wani, Protege Ferhad telah ditukarkan dengan Tisha.. Apa yang buat aku tertarik nak buat entri tentang dia ialah :

Tisha ni tiba-tiba buat aku teringat kepada salah seorang peserta program Audition anjuaran NTV7 sebelum ni.. Muka memang ada iras.. Dua-dua berasal daripada Kelantan.. Peserta Audition tu bernama Shanorbiah Shamsir Alam atau Shanor.. Dalam program tu, Shanor menerima lamaran daripada syarikat rakaman Warner Music. Shanor, peserta paling muda dalam pertandingan tersebut terpilih sebagai artis rakaman Warner Music Malaysia. Tapi pada tahun 2006, Shanor mengemukakan saman menuntut ganti rugi sebanyak RM240,000 terhadap syarikat rakaman Warner Music Malaysia Sdn Bhd yang didakwa gagal menawarkan kontrak rakaman album kepadanya..

Aku cuba carik gambar Shanor kat google.. Tapi tak de yang OK.. Cuma jumpa yang ini je.. Yang lain semua gambar kecil2.. Masa Shanor join Audition dulu, dia di antara peserta yang boleh dikatakan cantik dan paling muda pada masa tu..


Shanor Audition NTV7

Betul ke tak Tisha dan Shanor tu orang sama, itu aku tak pasti la.. Peace no war..

Terkini update : Macam semakin pasti Tisha ini adalah Shanor Audition.. 

kredit gambar di atas : EDtv

Mesti akan ada berita tentang ni nanti.. Tungguuu... Tak salah pun Shanor Audition nak masuk Mentor.. Kita cuma nak kepastian berita je.. Peace no war..

Entri berkaitan :


______________________________________
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Entri menarik yang perlu korang terjah :
Read more ...

Sunday, 18 March 2012

Mentor 6 ! Segmen Tambahan..

Hanya nak mintak Pendapat korang : 

Perlu ada ke Nas Ahmad dan Slot dia tu dalam Mentor ni?


Semua persembahan dah kita tengok untuk tirai pengenalan.. So masing-masing sah-sah ada pendapat masing tentang protege kali ni.. Aku rasa macam tak 'mampu' nak follow Mentor.. Hehe.. Just nak wish Good Luck untuk diaorg.. 


Kumpulan A

Protege Ferhad
Nama Samaran : Wanie

Protege Ramlah Ram
Nama Samaran : Ana

Protege Faizal Tahir
Nama Samaran : Anas

Kumpulan B

Protege Adam
Nama Samaran : KJ

Protege Ella
Nama Samaran : Caroline

Protege Ogy Dato’ Ahmad Daud
Nama Samaran : Zatul

Sebahagian daripada Sumber : BeautifulNara 
Read more ...