Perbandingan Umur Manusia dan Kucing
Sebenarnya dah lama Eraz nak search tentang jangka hayat seekor kucing.. Jadi hari ini berpeluang berbuat demikian.. Terjumpa satu artikel di blog INI.. Lepas baca, baru la dapat info lengkap tentang jangka hayat seekor kucing atau dengan kata lain umur kucing.. Jom baca sikit-sikit yang boleh Eraz sharekan..
Jangka hayat kucing juga ada kategorinya.. Kebanyakkan kucing hidup selama 11 hingga 12 tahun.. Tetapi kucing yang hidup dan di pelihara dalam rumah, biasanya boleh menjangkau sehingga 16 tahun dan 20 tahun.. Manakala kucing yang terbiar kebanyakkanya terdapat di tepi-tepi jalan hanya boleh menjangkau selama 4 hingga 8 tahun sahaja.. Kesianya..
Gambar diatas ialah perbandingan umur manusia dan kucing.. Seolah-olah 1 x 6.. Tapi jangka hayatnya juga mungkin bergantung kepada manusia.. Jika kucing dijaga dengan baik, mungkin jangka hayat mereka lebih lama.. Jadi jika perlu dibawa ke klinik disebabkan sakit, bawa la.. Membantu haiwan juga merupakan amalan yang baik.. Berilah mereka perlindungan..
Kredit : Jareycatlovers
#Sekian untuk info tentang jangka hayat kucing

