Showing posts with label Fakta Menarik Tentang Kucing. Show all posts
Showing posts with label Fakta Menarik Tentang Kucing. Show all posts

Tuesday, 26 November 2013

5 Fakta Menarik Tentang Kucing Part III


Fakta Menarik Tentang Kucing | Assalamualaikum w.b.t.. Kembali ke Part III untuk 5 Fakta Menarik Tentang Kucing.. Kalau korang nak recap semula fakta sebelum ini, boleh INI untuk Part I dan INI untuk Part II.. Tiba masa untuk share 5 lagi fakta menarik tentang kucing.. Last dah kot.. 
  1. Kucing ada 32 otot di setiap telinga..
  2. Kucing akan membersihkan dirinya dengan lidah selepas berhadapan dengan sesuatu yang berbahaya atau selepas bergaduh dengan kucing lain.. Ini bertujuan untuk menenangkannya dengan melakukan sesuatu yang biasa baginya..
  3. Kucing boleh melihat 6 kali lebih baik berbanding manusia di waktu malam.. Ini kerana mereka mempunyai tapetum lucidum, satu lapisan extra yang bertugas untuk menyerap cahaya.. (Boleh GOOGLE untuk lebih detail)
  4. Rahang kucing tidak boleh bergerak kekiri dan kekanan..
  5. Kucing mampu untuk berlari sepantas 20 KM sejam bila ia meningkat dewasa, tapi malangnya kebanyakkan kucing sekarang ni dah terlalu malas untuk berlari..
Fakta ke-5 tu lucu sikit.. Kucing sekarang ni dah terlalu malas untuk berlari.. Ini kerana peredaran masa ke korang rasa? Haha.. Jom balik tanya kucing masing-masing!

SUMBER Part I, II & III : Cisdel.com

Read more ...

Friday, 25 October 2013

5 Fakta Menarik Tentang Kucing Part II


Fakta Menarik Tentang Kucing | Assalamualaikum w.b.t.. Ingat lagi Eraz pernah kongsikan 5 Fakta Menarik Tentang Kucing Part I? Kali ni Eraz nak share 5 lagi fakta menarik tentang kucing.. Mungkin masih ada yang belum tahu tentang perkara-perkara yang melibatkan kucing ni.. Sangat-sangat menarik!

Ini diantaranya :
  1. Sama seperti cap jari, corak di hidung kucing adalah unik dan berbeza-beza..
  2. Pada 1800-an, kucing digunakan untuk menghantar surat dari rumah ke rumah.. Pada 1879 di Belgium terdapat 37 ekor kucing ditugaskan untuk menghantar surat ke rumah penduduk kampung.. Tapi akhirnya mereka sedar, kucing tak cukup berdisiplin untuk menjalankan tugas ini.. Haha..
  3. Dalam seumur hidup, dianggarkan seekor kucing rumah menghabiskan masa 10,950 jam mengiaw..
  4. Kucing mampu selamat walaupun jatuh dari ketinggian 30 kaki..
  5. 25% pemilik kucing blow dry kucing mereka selepas dimandikan.. Korang tergolong dalam golongan 25% ni tak rasa-rasanya?
Errmmmm.. Menarik kan.. Ada juga kucing jadi posmen di zaman dulu.. Macamana dia tahu rumah orang-orang tu ya.. Hohohoho..

Read more ...

Monday, 30 September 2013

5 Fakta Menarik Tentang Kucing Part I


Fakta Menarik Tentang Kucing | Assalamualaikum w.b.t.. Kali ni Eraz nak share 5 fakta menarik tentang kucing.. Mungkin ada yang belum tahu tentang perkara-perkara yang melibatkan kucing ni.. Ini diantaranya :
  1. Kucing rumah boleh tidur sehingga 14 jam sehari..
  2. Kucing paling kecil didunia dijumpai di Singapura dan ia hanya seberat 4 pound bersamaan 1.814kg..
  3. Kucing menggunakan misai mereka sebagai antena untuk mengukur sama ada laluan itu muat atau tidak untuk dilalui.. Jadi sila jangan potong atau trim misai misai kucing korang.. Kesian kucing tu nanti..
  4. Kebanyakkan kucing tidak memiliki bulu mata..
  5. 1 daripada 4 rumah di Amerika mempunyai kucing..
Sesetengah fakta tu memang menarik.. Antaranya tentang misai tu.. Dulu-dulu ingat misai tu untuk membantu kucing menghidu.. Rupa-rupanya ada sebab lain.. Tapi ada orang pernah cakap yang jangan sesekali potong misai kucing.. 

Read more ...