Wednesday 15 March 2017

Cara Bagi Anak Berkelakuan Baik Di Kedai Makan

Assalamualaikum w.b.t.. Sekarang ni, kalau nak makan satu keluarga di luar, memang kami memerlukan sesuatu yang boleh buat anak rasa tenang sementara menunggu makanan siap dan sampai ke meja makan.. Kakak Zara dah ok sekarang.. Tapi adik Adam yang semakin membesar ni memang perlukan sesuatu.. Kalau tak, memang dia tak selesa menunggu lama.. Ya lah, budak kecil kan.. Mana boleh duduk diam lama-lama kecuali tidur..


Kalau sebelum INI Eraz pernah cerita berikan Galaxy Tab sementara nak nunggu makanan, kalau yang terbaru ni, Eraz terpaksa jalan sikit pergi beli buku mewarna dan crayon walaupun di rumah dah ada banyak.. Daripada bagi mereka pegang alat elektronik bercahaya, baiklah kita bagi buku kan.. Mata pun tak terjejas..

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan lepas makanan sampai, mereka dapat makan dengan tenang.. Dalam kepala, lepas ni ada tahu nak bawa apa-apa siap-siap.. For sure mereka berdua akan syok punya main.. Apa dia? Magic Book.. Korang boleh tengok videonya di sini..

6 comments:

  1. tips yang bagus,ok noted hehehe

    ReplyDelete
  2. seriusss...!! idea ni bagus.. ptt la kadang anak2 nak sgt buat something yak..

    ReplyDelete
  3. saja nak bagi budak-budak leka. saya yang dah dewasa ni pun bukan suka sangat nak menunggu di meja makan terlalu lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. at least mereka ada aktiviti nak buat kan..

      Delete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.