Tuesday 28 March 2017

5 Langkah Tempah Hotel di Trivago Secara Online

5 Langkah Tempah Hotel di Trivago Secara OnlineAssalamualaikum w.b.t.. Kalau korang nak pergi bercuti, for sure mesti banyak pilihan laman web yang boleh dipilih untuk membuat tempahan kan.. Dalam banyak-banyak tu mesti ada yang terbaik kan.. Antara yang Eraz pernah guna ialah Trivago.. First time guna masa Eraz ke Kuala Terengganu.. Alhamdulillah, tiada apa-apa masalah bermula dari mencari nama-nama hotel yang berdekatan, sampailah ke saat pembayaran.. Bila semua dah settle, sampai masa, pergi check in je.. Bayaran semua dah settle kan.. Alhamdulillah.. So korang pun boleh la guna Trivago.. Insyallah puas hati punya..


So, kenapa sebenarnya memilih Trivago? Sebabnya Trivago merupakan satu laman web carian hotel murah terhebat di dunia kerana boleh membenarkan kita untuk memilih hotel-hotel terbaik dunia.. Melalui online sahaja, korang boleh pilih hotel-hotel yang ada di Malaysia mahupun luar pada Malaysia.. Singapura ke, Jepun ke.. Mana-mana lah.. Caranya tersangatlah mudah..

5 Langkah Tempah Hotel di Trivago Secara Online

1. Pergi ke laman web www.trivago.com.my.. Lepas terus pilih kawasan tempat korang nak bercuti.. Nanti Trivago akan senaraikan untuk korang..


2. Mencari hotel penginapan anda

Bila korang dah masukkan tempat korang nak bercuti, boleh la masukkan teruskan tarikh nak check in dan nak check out.. Jenis bilik pun kena pilih terus sebab mana la tahu ada masa pergi dengan kawan-kawan mesti bilik kecil sikit kan, tapi kalau dengan family, mesti bilik besar sikit.. Terus SEARCH..


3. Menempah hotel pilihan anda

Selepas selesai buat pilihan lokasi hotel berkenaan, Trivago akan senaraikan hotel yang ditawarkan dan korang boleh buat membuat pilihan mengikut populariti, harga dan jarak.. Semua atas keselesaan dan ciri-ciri yang korang nak..

Untuk melihat perincian berkenaan, anda boleh klik bahagian filter OK..


4. Membuat bayaran tempahan

Selepas puas hati dengan pilihan hotel, korang boleh terus klik pada pilihan korang dan laman web terus akan bawa korang ke laman web untuk membuat bayaran.. Di situ, korang boleh membuat pilihan untuk tempah hotel bersama sarapan atau tidak.. Bergantung kepada pilihan masing-masing.. Simple je.. 

5. Selepas dah pilih semua dan tetapkan cara nak buat bayaran, ikut je arahan yang ditetapkan dan biasanya tak sampai 5 minit, tempahan selesai.. Email pun korang akan terima.. So tunggu masa je la untuk bercuti.. Hehe..

Semoga info membuat tempahan menggunakan Trivago ini berguna kepada korang.. Pilihlah Trivago!!!!

Untuk maklumat lebih detail lagi, korang boleh la ke laman web INI.. Terima kasih..

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.