Saturday 5 November 2016

Nak Tukar Title Dr. Eraz Fadli ?

Inspirasi | Dr. Soo Wincci

Assalamualaikum w.b.t.. Seminggu dua ni rasa macam berkobar-kobar je nak sambung buat PhD pula.. Alhamdulillah pada tahun lepas (2015), Eraz berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Master of Business Administration.. Ikutkan hati, memang nak sambung terus buat PhD.. Tapi hold dulu la sebab kena minta kebenaran tempat kerja dan rehat untuk diri sendiri kan.. Settle kan hal personal dulu.. Dalam kepala tu memang duk fikir nak continue je.. Fokus dalam Business Administration juga tapi pengkhususan dalam Marketing.. Doakan semoga tercapai ok..

Seminggu dua ni rasa berkobar-kobar tu datang balik lepas tengok Dr. Soo Wincci berjaya menamatkan program PhD BA dia di university sama masa Eraz buat Master iaitu Open University Malaysia.. Eraz memang follow IG dia dan tahu susah payah dia nak tamatkan pengajian.. Tempoh yang dia ambil ialah 6 tahun.. Masa dia lulus lepas Viva final tu, memang dia menangis tak henti.. Ada video tu.. Itu bermakna bukan senang nak dapatkan PhD.. Tapi bila dah dapat, satu kepuasan yang tak terhenti dan tak boleh nak tulis apa perasaan itu..

Doakan semoga impian ini tercapai.. Kalau bukan sekarang, bukan 5 ke 10 tahun lagi.. Insyaallah.. Eraz sendiri bukan kerja dalam bidang pendidikan.. Tapi tak semestinya kalau kita bukan pendidik, kita tak boleh nak sambung Phd kan.. Mungkin dalam masa buat Phd atau bila tamat buat PhD nanti, ada peluang lain yang muncul..

Boss pernah tanya Eraz, berminat atau tidak nak convert jawatan kepada academician.. Dalam hati rasa macam 50%-50%.. Layak kah aku? Mampukah aku? Haha.. Tapi itu hanyalah satu pertanyaan.. Belum menjadi realiti lagi dan rasanya macam tak mustahil untuk menjadi realiti.. Apa-apa pun, kejayaan Dr. Soo Wincci ni memang boleh naikkan semangat..

Gambar Dr. Soo Wincci





5 comments:

  1. All the best dalam apa jua urusan yang dilakukan :)

    ReplyDelete
  2. InshaAllah....semoga berjaya mencapa apa yang dicita citakan...aamiin

    ReplyDelete
  3. semoga dapat capai apa yang diinginkan :)
    all the best!

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.