Thursday 24 July 2014

Persediaan Raya #3


Assalamualaikum w.b.t.. Semalam Eraz ada buat entri tentang Persediaan Raya #2.. Hari ni edisi Persediaan Raya #3.. Bagi Eraz je la ni.. Bagi korang, tak pasti la.. Haha.. Rambut.. Rambut mesti kena kemas.. Kalau dulu, tak kisah sangat kot.. Tapi bila dah kerja, dah kahwin, dah ada anak ni, rambut memang kena nampak kemas..

Kalau zaman belajar di sekolah, memang wajib berambut ikut standard la.. Masa belajar kat Matrix lak, pun sama.. Tapi masa belajar kat USM, Eraz bebas sikit.. Pernah la menyimpan rambut panjang.. Panjang sikit je.. Kalau panjang sepanjang panjangnya tu, tak boleh masuk kuliah.. Nak tunjuk gambar pun malu..

So semalam, kebetulan pihak kami ada mengadakan majlis berbuka puasa, then lepas majlis, settlekan hal kat dewan, memang tak sempat nak g Solat Tarawih.. So lepas je settle semua kat dewan (sebab malam ni ada satu majlis lagi), Eraz terus ke Salon yang biasa Eraz bagi.. Sebelum gunting, memang basuh rambut dulu la.. Pastu gunting rambut macam biasa.. Kemas terus.. Dah rasa hensem balik kot.. Haha.. Kembali muda..

Ini salah satu persediaan dari orang lelaki la.. Orang perempuan, mungkin perkara lain pulak kan.. Wassalam..

4 comments:

  1. Hmmmm...ye,seeloknya kena kemas rambut tu baru tambah segak.

    ReplyDelete
  2. Wah wah wah ..Papa Zara ni mmg dah nampak kemas pon

    ReplyDelete
  3. haha.....dah hensem yeah....

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.