Perkembangan Hamil 34 Minggu | Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Semalam, genap isteri Eraz hamil 34 minggu bersamaan 8 bulan 2 Minggu.. Selesa berada di Trimester ke - 3.. Jika ditakdirkan bayi pertama kami lahir dalam masa 40 minggu, tinggal hanya 42 hari sahaja lagi.. Ada juga kemungkinan yang kami akan menimang cahaya mata ni terlebih awal.. Itu mengikut pemerhatian bidan dan doktor..
Semalam kami ke salah sebuah klinik pakar di Kota Bharu untuk pemeriksaan lanjut.. Alhamdulillah, doktor yang membuat pemeriksaan itu mengesahkan semuanya sihat dan berkembang dengan baik.. Doktor juga memaklumkan jika isteri Eraz bersalin sekarang, kemungkinan baby berkenaan tidak mempunyai masalah sangat kerana anggaran berat pun dah melebihi 2.00 KG iaitu dalam lingkungan 2.10 KG - 2.30 KG.. Lega mendengar laporan berkenaan.. Sentiasa berdoa agar perjalanan hamil isteri Eraz akan berjalan dengan baik sekali, perkembangan juga baik sehinggalah bayi berkenaan lahir dengan sihat, sempurna dan baik..
Apa yang Eraz baca tentang perkembangan hamil 34 minggu adalah seperti di bawah :
Kredit Perkembangan Hamil 34 Minggu : Baby Center
#Doakan agar semua wanita hamil di seluruh dunia (termasuk isteri Eraz) akan berjaya mengharungi tempoh hamil dengan sempurna sehingga kelahiran.. Juga semoga semua pasangan suami isteri yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat, dipermurahkan rezeki.. Insyaallah..
aminnnn :))
ReplyDeleteterima kasih bro.. ;D
Deleteterima kasih eraz atas doa itu... *_^ semoga segalanya dilancarkan dan dipermudahkan oleh Allah...
ReplyDeletesama-sama Farah... Semoga semua yang dirancang itu berjaya.. Amin..
Deleteaamiin...
ReplyDeleteterima kasih Normi..
Deleteassalamualaikum eraz....semoga selamat dan dipermudahkan hingga bersalin nanti...;)
ReplyDeleteWaalaikummussalam.. Insyaallah di harapkan semua akan OK..
DeleteAll the best both of you! :)
ReplyDeleteterima kasih Vee Lea..
Deleteminggu ni saya 35 minggu :)
ReplyDeleteawal seminggu dari kami.. ;D
Deletesemoga semuanya dipermudahkan...Aminnnnn...
ReplyDeleteTerima kasih Kak Sukma... Amin..
DeleteAmin. Tak sabar nak tunggu Eraz Fadli's Jr.
ReplyDeleteFilzah, Eraz lagi la tak sabar ni.. Hehe...
Deletesemoga dipermudahkan segala urusan . Amin :)
ReplyDeleteInsyaallah.. Terima kasih di atas doa tu..
Delete