Friday, 21 October 2016

Black Canyon Coffee - Aeon Mall Kota Bharu

Assalamualaikum w.b.t.. Dah lama rasa nak buat entri ni.. Tapi terbantut je.. Disebabkan ini buat entri advertorial, so tak tahu kisah la kan kalau throwback 2, 3 hari.. Terbantut juga rasa macam nak tulis ke tak, nak tulis ke tak.. Kenapa? Sebab risau pembaca tak puas hati.. Biasa kalau nak review restoran atau tempat makan, mesti kena ada letak gambar makanan sekali kan.. Tapi kali ni masa makan di Black Canyon Coffee - Aeon Mall Kota Bharu. tak sempat nak ambil gambar makanan.. Apa-apa pun, kita tulis je la.. Selamat membaca..

Masa pergi ke Aeon Mall Kota Bharu sebab nak bawa anak jalan-jalan, lalu kat Black Canyon Coffee.. Serius masa tu orang ramai giler! Penat.. Sampai beratur kat luar untuk tunggu turn menjadi next customer.. So Eraz dan wife fikir, mesti ada yang tak kena ni.. Haha.. Tak kan ramai macam tu kalau tak sedap kan.. Tapi kami tak de la pergi sambung beratur tunggu turn juga.. Kami terus balik!

Tapi, next pergi Aeon Mall pada hari biasa lepas kerja, sama juga sambil bawa anak jalan-jalan, sekali lagi lalu Black Canyon Coffee tu.. Then masa tu tak ramai orang pun.. Kami pun terus decide untuk dinner kat situ terus walaupun masa tu baru pukul 6.00 petang.. Yang pilih menu macam biasa, wife.. Serah pada dia.. Janji tak pedas..


Pilih set terus dan beberapa side dish untuk anak-anak dan diri sendiri.. Lepas di tenung-tenung menu, tak boleh nak kata sedap atau tidak.. Kena rasa dulu.. Masa menunggu makanan sampai, sempat la bawa Adam ke Kaison sebab nampak sangat dia tak boleh duduk diam di situ.. Dan bila makanan sampai.. Alahai..

Memang sedap wei.. Habis la juga kami makan.. Nak ambil gambar sebelum makan tu tapi nasib kurang baik, anak-anak terus kacau.. So terbantut la nak ambil gambar cantik-cantik.. Ambil je gambar kedai untuk memori di media sosial dan blog.. Next time insyaallah.. Kalau next time nak pergi, maksudnya sedap la tu.. Hehe..

#Bukan review berbayar
Read more ...

Thursday, 20 October 2016

Patahnya Sebelah Sayap Episod Akhir

Patahnya Sebelah Sayap Episod Akhir | Assalamualaikum w.b.t.. Patahnya Sebelah Sayap rasanya salah satu drama yang sentisa trending sekarang ni bila ditayangkan.. Bukan sekarang drama, watak-wataknya pun trending juga bila ada part-part yang best.. Selain watak, nama pelakonnya pun adakala trending.. Hebat kan penangan.. Tak sangka juga boleh jadi sebutan ramai dan tak sangka juga Eraz sendiri terjebak tonton drama Patahnya Sebelah Sayap ni..

Yang pasti saingan untuk drama Patahnya Sebelah Sayap ni ialah Suri Hati Mr Pilot lakonan Neelofa dan Fattah Amin.. Ramai juga yang nak tengok aksi lakonan dan adegan antara Warda dan Kapten Ejaz tu.. Tapi Eraz tetap memilih untuk tonton Patahnya Sebelah Sayap terlebih dahulu sampai habis baru la u-turn tengok yang sudah direkod Suri Hati Mr Pilot kalau sempat tengok malam tu la..

Patahnya Sebelah Sayap Episod Akhir

Berbalik kepada drama Patahnya Sebelah Sayap ni, Eraz sendiri sedar atau tak, memang tak pasti samada tonton ke tidak promo drama ni sebelum ia ditayangkan.. Episod pertama memang tak tengok langsung.. Tapi bermula selepas 15 minit Episod kedua, baru Eraz mula tengok.. Apa tarikan masa tu? Pertama sekali tengok lakonan Ummi Nazeera.. Memang mantap la.. Muncul pula masa tu Izzue Islam, Aeril Zafrel dan penampilan beberapa episod, Wawa Zainal.. Bukan setakat pelakon, jalan cerita pun menarik..

Disebabkan itu, terus melekat tonton sampai sekarang.. Adakala memang terlepas tengok live, tapi memang rekod awal-awal.. Sehinggalah episod 14 malam tadi, jalan cerita memang sendiri 'mendaki'.. Adakala satu hari tu sedih nye.. Adakalah satu hari tu happy je.. Boleh buat rasa macam sekejap je sejam tayangan tu..

Lakonan Ummi sebagai Alisha salah satu penarik utama cerita ni.. Bermula dengan happy2 je, lepas tu ditimpa musibah disebabkan kekasihnya Amzar, dimasukkan penjara walaupun tidak bersalah, kematian ibu, dicemuh orang sebab berstatus banduan, dikacau Amzar, cinta tidak kesampaian, seterusnya kematian satu-satunya adik dan lain-lain la.. Izzue Islam.. Sisi lain lakonan dia.. Selepas Dia Semanis Honey Raya, Izzue dengan watak Amzar yang psiko dan jahat giler tu memang menjadi dan sentiasa dikecam pengikut drama ni.. 

Mungkin salah satu lagi disebabkan oleh Aeril Zafrel yang memberi lakonan best sampai digelarkan oleh ramai orang sebagai Abang Muka Ketat dan lain-lain la.. Apa-apa pun, minggu dah tamat tayangan sampai Episod 14.. Dan akhirnya Isnin ini merupakan Episod Akhir dah.. Dari sedutan yang ada semalam, nampaknya Amzar semakin menggila sampai menculik Alisha.. Apa akan jadi, memang la kena tunggu Isnin ni untuk Patahnya Sebelah Sayap Episod Akhir..
Read more ...

Wednesday, 19 October 2016

Cabaran Bawa Anak Pergi Shopping Beli Barang

Assalamualaikum w.b.t.. Rasanya perkara ni merupakan perkara biasa yang berlaku kepada semua ibu bapa dalam proses membesarkan anak-anak.. Bermula dari anak pertama, kedua dan mungkin seterusnya sehingga semua anak-anak dah besar.. Dan semestinya dalam membesarkan anak-anak, perangai dan tingkahlaku mereka semua adalah berlainan.. Setuju atau tidak.. Hari ni Eraz nak cerita kisah sendiri pulak! Mesti akan ada sama dengan yang lain dan mesti juga akan ada bezanya kan.. First!

Firstly, ketika korang suami isteri atau mungkin sorang-sorang keluar nak beli barang ala-ala shopping kecil-kecilan atau besar-besaran.. Kalau korang bawa anak terutama yang kecil.. Terutama lagi yang macam Adam yang sangat aktif dan suka ke hulur hilir, niat asal nak pilih barang secara berhemah memang akan bertukar menjadi pilih barang dengan cepat.. Haha.. Betul tak? Selebihnya masa digunakan untuk menjaga anak itu daripada membuat sepah atau ambil barang itu barang ini.. 


Gambar ni Eraz snap masa ke Kaison di Aeon Mall Kota Bharu.. Masa ni kami keluar berempat termasuk wife dan Zara.. Disebabkan Adam nak jalan-jalan, semasa wife dan Zara menunggu makanan sampai, Eraz bawa Adam jalan-jalan di sekitar dan sampai lah ke Kaison.. Kebetulan dalam kepala nak beli satu barang.. Masa sampai tu, dukung la dulu sebab nak pilih barang kan.. Tapi bila dan nampak macam barang, mula la dia pun nak turun.. So bila dia dah turun, Adam mulakan la tugas nya sementara di situ.. Cuba semak barang, susun barang dan lain-lain.. 

Nasib baik lah dah set nak beli barang apa dan dah nampak awal-awal apa yang sesuai.. So terus grab lepas lama kat situ.. Kalau dibiarkan, memang satu Kaison la Adam merantau.. Itu pun tertinggal nak belon untuk Zara.. Apa-apa pun, budak-budak sebesar Adam ni memang sangat aktif dan kami ambil benda tu secara positif.. Dalam perkembangan nak membesar la tu.. Cuma kami lah yang kena lebih bersabar.. Itu belum cerita di restoren.. 
Read more ...

Saturday, 15 October 2016

Senarai Tumbuhan Halau Nyamuk

Senarai Tumbuhan Halau Nyamuk | Assalamualaikum w.b.t.. Masalah nyamuk ni memang salah satu yang Eraz hadapi sejak dari tinggal di kawasan sekarang.. Tambah-tambah bila dah ada anak ni.. Salah satu cara yang dibuat kena on ubat nyamuk elektrik la.. Itu pun kadang-kadang ada nyamuk yang terlepas juga.. Lepas beli kelambu besar.. Tenang sikit hati nak bagi anak tidur kalau ada kelambu besar tu.. Tapi itu masa tidur.. Kalau masa duduk kat luar macamana kan..


Pernah juga gunakan limau yang dicucuk dengan bunga cengkih.. Memang menjadi.. Tapi satu hari je kot.. Bila air limau tu dah kering, tak berkesan dah.. So hari ni terbaca di Harian Metro tentang tumbuhan yang boleh halau nyamuk.. Top 4 ialah Bunga Tahi Ayam, Serai Wangi, Lidah Buaya dan Tongkat Ali.. 4 seterusnya lagi ialah Akar Wangi, Bunga Selasih, 'Floramaster' Mahorani / Mambu dan Jeremin..

Errrmmmm.. Memang nak kena cari ni tumbuhan terpilih ni.. Tapi.. Sebenarnya Alor Vera atau Lidah Buaya tu memang dah lama tanam.. Macam tak memberi kesan pun.. Hehe.. Mungkin kena try tumbuhan yang lain..
Read more ...

Friday, 14 October 2016

Kadar Harga POS LAJU Bermula 15 Oktober 2016

Kadar Harga POS LAJU Bermula 15 Oktober 2016 | Assalamualaikum w.b.t.. Isu Kadar Harga POS LAJU Bermula 15 Oktober 2016 ni rasanya dah timbul semalam.. Kira macam ala-ala viral juga la terutama kepada peniaga-peniaga online.. Ya la, kedai tak de, berasaskan online sahaja, lepas tu kadarnya naik pula.. So maybe mereka ada diantara mereka maybe akan naikkan juga harga postage kan.. Terpulang.. 

Kadar Harga POS LAJU Bermula 15 Oktober 2016 ini boleh rujuk gambar yang Eraz akan attachkan di bawah nanti.. Kalau yang beli tengok lagi tu, jangan terkejut ok.. So ini senarainya.. Saksikanlah!



 
Sumber : FB

Kepada pelanggan-pelanggan online semua, sila jangan salah faham jika ada peniaga online naikkan harga postage.. Mungkin keuntungan yang dia dapat tak dapat so nak cover postage tak lepas sangat.. Duit postage tu sebenarnya bukan sengaja dimintak tapi untuk cover duit minyak moto atau kereta ke pos laju, ke stokis ambil barang dan sewaktu dengannya la.. Ok!
Read more ...