Sunday, 31 July 2016

Selepas 10 Hari, Eraz Fadli . . .

Assalamualaikum w.b.t.. Selepas sepuluh hari Eraz tak update apa-apa di blog ni, hari ini (Ahad, 31 Julai) muncul kembali! Haha.. Bukan sengaja tetapi memang tak dapat nak elakkan bila kerja di pejabat sangat banyak dan kejar dateline serta perlu ke KL untuk beberapa hari atas urusan kerja.. Dengan jadual yang pack juga, terjadilah tak ter updatenya blog tersayang ni.. Bermula 26 Julai, fly ke KL dan baliknya pula 29 Julai.. Juga terus masuk office kerja.. Tapi bermula hari ini, blog ni akan bernyawa semula.. Insyaallah..


Tak tahu kenapa, lately ni sakit kepala tu kerap pula.. Selalu bertahan je dengan biarkan macam tu je.. Tapi hari pertama dan kedua di KL hari tu, try untuk bertahan macam tu je, tapi nampaknya tersungkur juga dan terpaksa keluar mencari ubat panadol untuk kasi hilang.. Alhamdulillah, selama hampir 24 jam on off sakit kepala, telah panadol, hilang sakit tu dan kembali asal untuk rehat.. 


Hal ni berlaku lagi semalam.. Bermula pagi sakit kepala tetapi bertahan tanpa makan ubat.. Tapi masih tak tahan sehingga malam, terpaksa makan ubat.. Tidur, rehat tapi tak tahan juga.. Haaa.. Yang semalam memang sangat pelik la.. Selalu dah telan ubat, rehat sekejap, terus ok kan.. Semalam luar biasa.. Apa-apa pun, cara dulu bertahan je, memang tak boleh pakai dah sekarang.. Ubat kena sentiasa ada dah..


Mungkin faktor usia pun memainkan peranan selain stress di tempat kerja serta tak cukup rehat.. Kadang-kadang bukan sengaja tak nak bagi badan dan kepala ni rehat tetapi terpaksa demi komitmen.. Siapa tak nak cuti kan.. Tapi kalau tak dapat, camne? Hehe.. Siapa tak nak rehat dengan family kan, tapi kalau terpaksa ke KL atau ke mana-mana atas urusan tugas hakiki yang membekalkan rezeki setiap bulan, tak boleh nak buat apa kan.. So! Bertahan!

By the way.. Ada kat sini nak tambahkan pendapatan setiap bulan? Kami mencari Dropshipper.. Agent Dropship De'Xandra Perfume diperlukan segera! Margin keuntungan yang sangat tinggi.. Tak perlu simpan stok pun.. Peluang nak rugi tu memang tipis.. Perfume pun dikenali ramaikan.. So jangan lepaskan peluang.. Whatsapp 0179773382 untuk maklumat lanjut! Jom sertai Team hebat kami!
Read more ...

Wednesday, 20 July 2016

Bergilir-Gilir Cuti Jaga Anak Demam

Assalamualaikum w.b.t.. Selepas 6 hari Adam tak pergi nursery sebab demam dan ulser mulut, hari ni Adam terpaksa kembali ke nursery.. Pada mulanya sepatutnya semalam Adam dah perlu ke nursery, tetapi bila tengok keadaan dia baru nak ok, baru nak mula minum susu botol semula, so semalam, Papa ambil cuti jaga.. Jumaat Sabtu takpe hujung minggu Mama jaga.. Ahad, Papa cuti, so Papa jaga.. Isnin, Mama pula EL.. Selasa, Papa ambil turn..

Macam tu la kalau kedua-dua parents bekerja.. Kena la bertolak ansur cuti untuk menjaga anak yang tak sihat.. Tak kan nak suruh Mama je cuti.. Dia pun kerja makan gaji kan.. Juga tak kan nak suruh Papa je cuti.. Papa pun ada kerja dan makan gaji juga.. Tapi alhamdulillah, lepas berbincang apa semua, kami mampu bergilir demi anak.. So semalam nampak better dari sebelum ni.. So hari pagi-pagi dah bangun ke nursery..

( Gambar ni Eraz snap masa malam pertama dia kena ulser dan merengek sebab tak dapat nak hisap susu.. Bawa ke ruang dia biasa main, tak menangis.. Tapi bersengkang mata juga.. Takpe, demi anak.. )

Sekarang ni sangat risau kalau kat nursery kot-kot ada jangkitan Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD) kan.. Sebab tu la nampak demam sikit je, terus hold tak pergi nursery bagi ulser tu ok dan tengok tanda-tanda di kaki tangan semua ok dulu.. Alhamdulillah setakat semalam, takde tanda-tanda apa-apa di kaki dan tangan dan ulser pun dah takde.. 

Ulser tu mainkan peranan kami tengok kesian giler kat Adam.. Dia biasa minum susu banyak, alih-alih ulser yang buat dia sakit bila nak masukkan puting botol susu dalam mulut.. Bila dah tak tahan sangat, baru la dia minum.. So kami terpaksa gunakan cawan untuk bagi dia minum susu.. Makan pun sama.. Adam yang jenis kuat makan, so bila ulser, memang dia tak nak..

Badan yang sado tu dah kurang sadonya sekarang.. Mana Mama Papa tak risau dan sedih kan.. Tanye kakak nursery tadi keadaan Adam macamana.. Alhamdulillah.. Dia hisap susu macam biasa dan tidur baik-baik.. So tak de la risau sangat.. Cuma harap, penyakit dan demam tu tak dapat balik..
Read more ...

Tuesday, 19 July 2016

Jom Beli Online Toner Cartridge di Apple Toner

Assalamualaikum w.b.t.. Ada satu benda nak cerita ni.. Bukan nya selalu Eraz nak promote website-website ni kan, tapi memang ada yang menarik untuk dikongsikan dengan korang.. Eraz ada jumpa website Appletoner ni yang jual semua keperluan printing domestic.. Faham kan.. Asasnya, mereka fokus aktiviti printing untuk keperluan harian.. Yang buat kan best nya, mereka fokus lebih pada compatible tonercartridges,.

Compatible tonertue ialah bila korang guna third party manufacturer nya ink cartridgesinstead daripada yang original.. Ini membuatkan harganya jauh lebih murah dan kualitinya pun sama saje selalunya.. High capacity printer cartridges biasanya boleh senang senang capai sampai setinggi RM500 tapi yang third party nya toner boleh jer dapat around lebih kurang RM200.. Tapi kalau masih nak yang original pun boleh.. Pastinya, laman web ni ada menawarkan banyak kepada apa yang korang perlukan untuk keperluan harian dengan hanya beberapa klik je..

Website diorang nampak kemas, practikal dan straightforward dan memang di design untuk menyenangkan customer macam kita untuk dapatkan apa yang kita nak tanpa perli peningkan kepala sangat.. Antara brand best yang ada macam HP, Xerox, Canon dan lain-lain..


Rekabentuk memang user friendly la orang kata.. Semua produk dah di susun dalam kategori masing--masing, so memang senang jer nak cari.. Fungsi button search pula, walaupun Eraz fikir macam basic je, tapi sangat mudah nak guna.. Hanya taip jenis printer cartridges punya brand and jenis atau siri no. dan website akan list kan option untuk kedua2 compatible toner dan yang original nya untuk kita pilih.

So far, apa yang Eraz dah baca untuk testimoni ink cartridges, quite puas hati gak la nampaknya.. Printing quality pun bagus.. Macam Appletoner nya slogan “Just Like Original”..


Dan walaupun website ni feature nya 3rd party punya produk berbanding original produk yang mereka jual, mereka juga ada menawarkan warranty selama satu tahun untuk semua produk mereka.. So agak senang hati gak la.. Tapi kena tahu yang compatible toners tu adalah printer ink cartridges yang designed and manufactured dari company yang bersesuaian yang device kita.. Maksudnya kesemuanya adalah barang baru, baik chip dan cartridge. Bukan recycled products yang di refilled or remade..
Read more ...

Sunday, 17 July 2016

Today - Mr. Mama

Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni memang tak de plan apa-apa atau ke mana-mana sebab memang dah fokus untuk menjadi Mr. Mama dan jaga dua orang anak kesayanganku itu.. Adam Fitri yang tak berapa sihat sikit jadi lebih manja sejak semalam.. Mungkin sebab dapatkan suntikan untuk setahun baru ni ataupun Adam ada nak tumbuh gigi baru.. Kadang-kadang nampak air liur tu memang nak meleleh keluar.. Harap hari ni sihat walafiat supaya esok dapat ke nursery..


Ikutkan kalau Adam tak tdo atau Zara pun, memang tak dapat la nak bukak laptop untuk menulis entri.. Nanti kan dua-dua anak tu pun jadi blogger macam Papa dia.. Tak boleh cari makan dah Papa.. Dan entri ni pun tak dapat la nak karang panjang sebab risau Adam bangun.. Dia macam tidur tak berapa nak lena.. Tak selesa badan agaknya..
Read more ...

Friday, 15 July 2016

Pawagam di Kelantan Tidak Akan Menjadi Kenyataan ?

Assalamualaikum w.b.t.. Pawagam / Cinema di Kelantan Tidak Akan Menjadi Kenyataan? Inilah berita terbaru yang Eraz terbaca di Facebook yang dilinkkan kepada satu akhbar online Harakah.. Mengikut apa yang dibaca, nampaknya setakat ini, Menteri Besar Kelantan tidak menerima sebarang permohonan lagi untuk membuka pawagam di Kelantan.. Sebelum ini ada laporan yang Paragon Cinema akan dibuka di KB Mall Kota Bharu dan kalau ke KB Mall sekarang, semuanya dalam pembinaan.. So? Jadi atau tidak, tunggu je la nanti.. Berita penuh, korang boleh baca sini..




Read more ...