Assalamualaikum w.b.t.. Tanggal 24 April 2015 lepas, di pagi Jumaat dan di bulan Rejab, kakak sulung Eraz telah kembali kepada penciptanya yang maha Esa.. Beliau pergi selepas hanya beberapa bulan disahkan mengidap penyakit kanser.. Masa dapat detect mengidap kanser, ianya dah bertahap 4..
Allah lebih sayangkan dia dan dia mampu bertahan selama beberapa bulan disamping family yang menyokong.. Sepanjang hayatnya, selain Ma Abah, Eraz memang membesar dengan dia.. Masih terdengar lagi suara dia masa dia sakit tetapi masih boleh bercakap.. Dia call beritahu apa yang dia nak cerita dan luahkan serta ayat yang takkan dia lupa ulang, perkataan sayang..
Dari kecik hidup bersama sehingga dia bekeluarga dan masih ada sentiasa dekat, kehilangan dia memang terasa.. Apa-apa pun, Allah masih sayangkan dia.. Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada dia dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.. Wassalam..




