Monday, 1 December 2014

Tidak dapat ditafsirkan..


Assalamualaikum w.b.t.. Maaf semalam memang Eraz tak muncul dengan satu entri pun.. Memang kekangan masa dan keadaan.. Draf pun tak sempat nak karang pun.. Dan bila mood mengarang tu pun takde, bergabung dengan masa, terus 'hilang' semuanya.. Semalam semasa duduk bersama dengan isteri dan Zara di depan TV, Eraz ada katakan yang ada sesuatu yang 'tak best' berlegar dalam diri menyebabkan rasa macam tak selesa sangat.. Tapi tak dapat nak tafsirkan..

Bila ada rasa tu, nak buat apa pun tak kena.. Berdoa kepada Allah supaya rasa tu hilang dan tiada perkara yang tidak elok berlaku.. Nak buat kerja pun tak best kalau camtu.. Semalam Eraz macam biasa cuti.. Balik Machang bersama Zara dan melawat kakak sulung yang tidak sihat.. Hari ni pun sama, masih dalam cuti sebab ganti kerja di hujung minggu.. Tapi tak ke mana-mana, hanya luangkan masa bersama Zara..

Mana Zara? Dia tidur, rehatkan diri, charge tenaga orang kata.. So boleh la Eraz karang satu entri sebelum start buat assignment sedikit sebanyak.. Salam Isnin untuk semua..
Read more ...

Saturday, 29 November 2014

Bantuan : Cara install application ke SD Card handphone Oppo R827


Assalamualaikum w.b.t.. Siapa boleh bantu? Ada pengguna handphone #Oppo #R827 ? Siapa tahu cara nak install application ke SD Card? Setiap kali nak install, terus ke phone storage.. Tak jumpa setting.. Habis merayau dalam hp tu.. Baru ni ingatkan memory card rosak, beli baru, still tak jadi juga..

Read more ...

Milik Kita (Drama Cerekarama TV3)

Milik Kita (Cerekarama TV3)
Milik Kita (Cerekarama TV3)

Assalamualaikum w.b.t.. Sebenarnya jarang-jarang tonton drama Cerekarama ni.. Tapi bila ada drama best, baru la teringat nak rekod dan tengok.. Malam ni turn drama Milik Kita.. Nampak dari promo di TV3 macam sedap.. Pelakon pun boleh tahan.. Antaranya Eira Shazira, Sariyanyi, Nazim Othman, Josiah Hogan, Faralyna Idris.. Sedikit sinopsis atau jalan cerita yang Eraz boleh ceritakan ialah dram Milik Kita ni berkisar tentang betapa sucinya kasih sayang dari aspek persahabatan dan perasaan keibuan yang ada diri seorang wanita..

Kedua-dua wanita dan sahabat,Yuhainis dan Nasuha ini sanggup berkorban dan berkongsi perasaan suka dan duka serta saling menyokong antara satu sama lain.. Kasih sayang terhadap seorang sahabat yang menyebabkan sahabatnya sanggup mengorbankan seluruh hidupnya demi menunaikan sebuah janji yang telah dipaterikan bersama..

Selain dari itu, drama Milik Kita juga memaparkan keikhlasan kasih sayang antara insan dan membuktikan keagungan kasih sayang antara seorang ibu dan anak, dan mahu membuktikan naluri keibuan itu tetap tulus dan mekar sehingga ke akhir hayat seorang ibu.. Biarpun anak itu bukan dari janinnya sendiri.. Sinopsis dan gambar ni Eraz dapat dari SINI..

Read more ...

Friday, 28 November 2014

Senarai Lagu Berjaya ke AJL 29

Senarai Lagu Berjaya ke AJL 29 | Assalamualaikum w.b.t.. Malam ni malam ketiga Separuh Akhir Muzik Muzik ke 29.. Dan malam ni diumumkam 12 lagu yang berjaya ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 29.. Senarainya ada dalam gambar di bawah.. Yang pasti, 1st choice Eraz berjaya.. Lagu apa? Masih Ada Cinta - Shila Amzah la.. Harapnya juara kali ni.. Haha..

Nampak dari senarai yang berjaya, memang lagu-lagu yang best.. Yang bakal merebut Anugerah Vokal Terbaik AJL29 pun sengit nampaknya.. Indah AF 2013 pun tersenarai nampaknya.. Tapi sikit je tak best sebab Mewangi tak lepas.. Tak de rezeki Akim malam ni..

Read more ...

Eraz di zaman K-Pop?


Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni upload satu gambar lama kat insta.. Gambar ni zaman-zaman muda mudi dulu.. Zaman bujang, tapi dah ada komitmen kerja la.. Jiwa pun muda.. Sekarang pun ya.. Ala-ala K-Pop pun ada.. Sekarang ni dah jarang berpakaian macam ni sebab fashion dah berubah kot.. Hehe.. Sekarang ni dah tak tahu zaman apa.. Janji kemas je la kot.. Kasi Zara pulak la berfashion..

Read more ...