Showing posts with label Spontaneous Thursday. Show all posts
Showing posts with label Spontaneous Thursday. Show all posts

Thursday, 16 October 2014

Spontaneous Thursday #9 | Lemau


Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni masuk je office, rasa macam lemau je.. Malas, penat dan lain-lain.. Sebelum datang kerja, bangun je pagi, Solat Subuh, mandi semua semua, otak ni ligat fikir tentang apa kerja yang penting dan urgent hari ni.. Sampai je office, terus rasa semacam.. On PC then tak tahu nak buat mana dulu.. On Galaxy Tab, baca-baca message-message Whatsapp yang mana tertunggak dari semalam.. Ribu riban.. 

Lepas tu makan Kit Kat sebagai breakfast.. Baru la boleh mula buat kerja satu persatu.. Ramai staf buat kerja luar hari ni.. So kat office, memang kena betul-betul pandai bahagi masa la.. Tiba-tiba teringat kat wife,, Eh! Apa lagi, terus call ajak lunch.. Berkejar keluar sebab lunch break kan 1 jam je.. Tapi alhamdulillah semua nya ok dah sekarang.. 

#First entri hari ni pun lambat muncul!
Read more ...

Thursday, 11 September 2014

Spontaneous Thursday #8


Tidak ku nafi hidup ini begitu banyak ranjaunya
Beza budaya dan bahasa, agama dan juga bangsa
Ada yang kata begini ada kata begitu
Semuanya buat kita keliru

Sedangkan kita masih belum tiba di kemuncak kejayaan
Dan masih ada teman kita perlu sedikit bantuan
Jadi sebelum terlewat dan hilang segala galanya
Marilah kita bina hidup baru
Belajar semula menjadi satu

Pejamkanlah mata... tutupkan telinga
Jangan bicara walaupun hanya sepatah kata
Bukakanlah minda...lapangkanlah dada
Baru kau tahu... kau dan aku mampu menjadi satu

Ketepikan keterlaluan, dusta serta penghinaan
Sebaiknya jagalah hati kita sesama insan
Kembalikan masa masa kita serba sederhana
Kau dan aku saling memerlu
Belajar semula menjadi satu

Bayangkanlah dunia tanpa sempadan ciptaan manusia
Hulurkanlah tali persaudaraan kerana kita semua sama
Bayangkanlah

- Lirk lagu Satu (Juliana Banos)
Read more ...

Thursday, 7 August 2014

Spontaneous Thursday #7


Spontaneous Thursday #7 | Assalamualaikum w.b.t.. Secara spontannya pagi ni masa drive teringat yang Eraz belum umum lagi Pengomen Tegar Blog ERAZ FADLI Bulan JULAI 2014.. Dengan mood raya baru ni, masuk kerja dengan kerja yang kejar dateline, terus terlupa.. Insyaallah esok Eraz akan umumkan siapa yang bakal dapat 'saguhati kecil' dari Eraz.. Jeng jeng jeng..

Read more ...

Thursday, 17 July 2014

Spontaneous Thursday #6


Assalamualaikum w.b.t.. Lagu raya.. Pasti semua dah dengar lagu raya di radio kan.. Lepas 15 hari berpuasa, banyak la lagu raya yang muncul di radio.. Berbanding di shopping complex, rasanya lagu raya dipasang awal-awal puasa lagi kot.. So apa perasaan korang sekarang? Dah masuk moog raya ke?

Eraz sendiri, tak muncul lagi mood raya tu.. Tak tahu la kenapa.. Rasa macam awal lagi nak fikir, nak bayang sal raya.. Mungkin ada banyak hal lagi dalam kepala nak fikir untuk diselesaikan sebelum raya.. Errmmmm.. Mungkin lepas Khamis depan, baru muncul mood tu kot..

So bila ada lagu raya dalam radio, tak dengar sangatlah walha lagu raya tu la yang kite paling suka dengar kan.. Mana ada lagu raya yang boring tambah-tambah lagu-lagu lama dan lagi dari Dato' Siti.. Hehe.. Tapi bukan sekarang.. But, lain orang, lain pendapatkan.. Wassalam..

#Selamat berbuka puasa.. :)

Read more ...

Spontaneous Thursday #5


Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni, Khamis, 17 Julai 2014.. Eraz memang dalam jadual untuk ambil Unrecorded Leave.. Dan nak dijadikan cerita, Zara demam pula semalam.. Tiba-tiba badan dia panas.. Terus dalam pukul 4.30 am tadi, bagi ubat demam.. Alhamdulillah, Zara jenis yang senang serasi dengan ubat dan panas tu turun.. Alhamdulillah.. 

Sekarang Zara tengah beradu rehat kumpulkan balik tenaganya tapi masih rasa panas.. So kejap lagi, bila tiba masa minum ubat dan badannya masih panas, akan disusuli sekali lagi.. Harapnya sebelum tiba malam, demamnya akan hilang.. Insyaaallah..

Read more ...

Friday, 16 May 2014

Spontaneous Thursday #4 | Kisah bersama arwah Mertua


Assalamualaikum w.b.t.. Masa entri ni ditulis, masih dalam dalam 15 Mei 2014, Khamis.. So masih boleh guna entri Spontaneous Thursday kan.. Siapa yang baca entri petang tadi, pasti akan ingat yang hari ni ialah ulang tahun kelahiran arwah bapa mertua Eraz.. Jadi malam ni, kami sekeluarga bersama ahli-ahli surau dekat rumah adakan majlis tahlil dan bacaan yasin kepada arwah.. Kebetulan juga malam ni malam jumaat.. Sememangnya selalu adakan bacaan yasin.. Cuma lebih malam ini, kebetulan sama hari dan tarih dengan hari lahir arwah..

Sesungguhnya, walaupun arwah dah lama meninggalkan kami, rasa seakan-akan dia masih ada didepan mata.. Sesekali teringat akan arwah dan kenangannya.. Boleh bayangkan lagi macamana pertama kali berjumpa dengan beliau semasa nak mulakan sesi bercinta dengan isteri sekarang.. Boleh nampak betapa sayangnya beliau kepada anak perempuan.. Apa yang nampaknya tu, biarlah menjadi rahsia Eraz.. Apa-apa pun, alhamdulillah, Eraz diterima oleh beliau dan family menjadi menantu sulung dalam keluarga itu.. Sehinggalah Eraz bawa Ma Abah Eraz ke rumah beliau untuk berbincang tarikh bertunang dan selepas itu tarikh untuk berkahwin.. Banyak lagi yang nak diceritakan, tapi nanti entri ni akan berjela-jela..

Berkaitan dengan entri ni, memang dalam kepala dengan spontannya nak buat entri pasal arwah malam ini.. Pada yang tidak keberatan, sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau.. Terima kasih..

Read more ...

Thursday, 24 April 2014

Spontaneous Thursday #3


Assalamualaikum w.b.t.. Ini spontan Eraz hari ni..

Resah hati ku
Selalunya ada
Fikirkan kamu
Setiap waktu ku
tenang jiwa ku
bila kau di sisi
.....

Tak mampunya aku
Bila kau tiada
Gelap hariku
Sepi hidup ku
Lemah langkah ku
Mendengar suara mu
Laju jantung ku bila menyentuh mu

Petikan (edit) lirik : Penantian (Alif Satar)

Read more ...

Thursday, 10 April 2014

Spontaneous Thursday #2 | Hari ni gagal ..


Assalamualaikum w.b.t.. Saat ni pukul 11:26 am.. Kenapa guna tajuk entri, 'Hari ni gagal..'? Sebabnya semalam dah pasang niat nak buat entri seawal jam 9:00 am macam sebelum-sebelum ni.. Tapi lepas je masuk office, rasanya macam bertimpa-timpa kerja kena siapkan.. Stress dah ni..

Read more ...

Thursday, 3 April 2014

Spontaneous Thursday #1


Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni secara spontannya terfikir nak mulakan Spontaneous Thursday di blog ERAZFADLI.COM.. Pernah sebelum ni Eraz buat satu entri menerangkan pada maksud Spontaneous Thursday.. Siapa yang belum baca, boleh klik SINI.. Insyaallah korang semua akan faham.. Mungkin lepas ni lebih ramai yang akan buat Spontaneous Thursday sama seperti Wordless Wednesday..

BLOG MENGGAMBARKAN DIRI ERAZ.. Itu ayat spontan yang keluar di minda Eraz dan sebenarnya dah lama duduk dalam minda cuma hari rasa nak buat entri.. Apa yang dimaksudkan dengan BLOG MENGGAMBARKAN DIRI ERAZ? Sebenarnya apa yang Eraz tulis, semuanya berkaitan dengan diri Eraz dan minat Eraz.. Eraz cuma tulis apa yang Eraz suka dan berlaku atau apa yang Eraz baca.. Eraz tak akan tulis sesuatu entri itu hanyalah disebabkan untuk kejar trafik.. Ada juga yang tanya, kenapa Eraz tak review drama itu, drama ini.. Jawapan Eraz sama juga, sebab Eraz tak suka tengok drama tu, jadi Eraz tak review la.. Eraz hanya akan review tentang drama, berita atau apa-apa sahaja yang Eraz follow.. :)

#Bercerita apa yang perlu buat diriku

Read more ...

Thursday, 13 February 2014

Apa itu Spontaneous Thursday ?

Spontaneous Thursday

Spontaneous Thursday | Assalamualaikum w.b.t.. Pernah dengar tentang Spontaneous Thursday ni.. Tapi tak pernah buat.. Tapi tergerak hati nak search apa benda sebenarnya Spontaneous Thursday ni.. So, ini hasilnya :

Spontaneous Thursday bermaksud 'Hari Khamis Yang Spontan' jika di terjemahkan, namun maksud sebenarnya ialah satu culture dimana pada hari khamis, blogger di Malaysia akan membuat entri secara spontan tanpa mengupload gambar.. Entri/post tersebut hendaklah dimulakan dengan tajuk Spontaneous Thursday sama seperti Wordless Wednesday.. Pengasas benda ini bermula dari Malaysia sendiri setelah mengikut sedikit sebanyak idealogi Wordless Wednesday.. Syafiq Rosli lah pengasasnya..


#Lepas ni boleh buat Spontaneous Thursday ni..
Read more ...