Showing posts with label Sara Ali. Show all posts
Showing posts with label Sara Ali. Show all posts

Wednesday, 2 May 2012

(VIDEO) Drama 'Senyuman Di Kuala Lumpur'

(VIDEO) Drama 'Senyuman Di Kuala Lumpur'

Download drama 'Senyuman Di Kuala Lumpur' lakonan Lakonan - Sara Ali, Izzue Islam (sebenarnya memang orang kelantan), Afiq Muiz? Setakat ni, belum ada info lagi tentang source untuk download.. Maybe dalam masa terdekat, pihak astro akan ulang tayang kot.. Cuma dalam entri ini, aku publish beberapa sedutan drama ni.. Jom layan untuk masa kurang 1 minit nih..



Entri berkaitan dengan drama 'Senyuman Di Kuala Lumpur' ni :

-------------------------------------
Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Monday, 30 April 2012

Lagi Cerita Drama 'Senyuman Di Kuala Lumpur'

Senyuman Di Kuala Lumpur : Lakonan - Sara Ali, Izzue Islam, Afiq Muiz


aku snap tv aku dgn tab je ni.. ;)

Bermula dengan perkenalan di Facebook di antara Madi (Lakonan Izzue Islam) dan Ira (Lakonan Sara Ali).. Kebetulan Ira membuat status di Facebook dengan pengajian di luar negara.. Status tu menarik Madi untuk berkenalan dengan Ira.. Then Madi kena p KL sebab ade interview biasiswa.. Disebabkan tak de kawan, so Madi ajak Ira teman kan dia sebab dia tak biasa di KL.. 

Lepas interview tu, Ira bawak Madi jalan-jalan sebab sambil tunggu kul 9.30, bas nak balik Kelantan.. Yang tak tahan pada Ira, Madi ajak Ira ke Zoo Negara, Tugu Negara, Muzium Negara, Tasik Perdana, Masjid Negara, Dataran Merdeka.. Ira sendiri sebagai orang KL tak pernah pegi.. 

Itu sebenarnya kisah untuk drama Senyuman Di Kuala Lumpur.. Ade jugak la yang pelik nya dalam drama ni.. Si Madi ni memang betul-betul pelat cakap kelantan la.. Tak terkeluar pun cakap KL.. Haha.. Tapi kan, dia ex-student UTM Skudai, tak kan tak boleh cakap KL dan tak de kawan-kawan kat KL kan... Tapi tak pe, nama pun drama.. 

Lagu-lagu dalam drama Senyuman Di Kuala Lumpur pun best-best jugak.. Bermula dengan Terukir Di Bintang dan seterusnya.. Ending cerita ni, Madi dan Ira belajar sama-sama kat oversea! Baru perasan suara Sara Ali ni macam Nabila Huda..

Tapi memang aku layan r drama ni.. Tak sedar pun masa 2 jam.. Selain daripada jalan citer kat atas, ade beberapa perkara yang boleh di jadikan pengajaran dan teladan.. Ciri keagamaan pun ada dalam drama ni.. Kita ambil apa2 yang positif k untuk lebih maju dalam hidup!

Nak kenal pelakon drama SENYUM DI KUALA LUMPUR ni? Korang boleh klik SINI..
--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Volkswagen Polo Sedan
2. Hotlink
3. AMeiZING

Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Senyuman Di Kuala Lumpur di Astro Prima

Senyuman Di Kuala Lumpur di Astro Prima - Lakonan Sara Ali dan Izzue Islam

aku snap tv aku dgn tab je ni.. ;)



Dalam 2, 3 hari lepas, aku tengok iklan drama Senyuman Di Kuala Lumpur ni di Astro.. Paling yang membuat aku tertarik nak tengok cerita ni bukan sebab pelakon ke ape, tapi sebab watak Madi yang dilakonkan oleh Izzue Islam ni bercakap Kelantan.. So malam ni, aku berpeluang layan.. Boleh tahan jugak starting nya ni.. Aku dapat search yang Izzue Islam ni memang orang Kelantan.. Aku tak sure sangat cerita penuh drama ni sal apa.. Sekarang masih duk layan lagi.. Sara Ali ni dah banyak drama or filem lakonan dia.. Tapi tak pernah tengok dengan betul2.. ;)

Untuk review, komen, sinopsis jalan cerita drama Senyuman Di Kuala Lumpur ni, korang boleh baca entri INI.. Untuk VIDEO, boleh klik SINI..

Read more ...