Showing posts with label Puteri Balqis. Show all posts
Showing posts with label Puteri Balqis. Show all posts

Friday, 12 December 2014

Puteri Balqis menang Pelakon Wanita Terbaik Asian Television Awards 2014

Puteri Balqis menang Pelakon Wanita Terbaik Asian Television Awards 2014
Puteri Balqis menang Pelakon Wanita Terbaik Asian Television Awards 2014

Assalamualaikum w.b.t.. Masa duk baca message-message di Whatsapp dan lepas tu belek-belek Facebook, terjumpa satu artikel yang dikongsikan oleh Berita Harian Online.. Tajuk artikel membawa maksud yang adik Puteri Balqis baru sahaja menang Pelakon Wanita Terbaik Asian Television Awards 2014.. Wow.. Terbaik r.. Sebelum ni ada yang mempertikaikan kemenangan adik Puteri Balqis untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2014.. Apa-apa pun, tahniah atas kemenangan di usia muda..

Read more ...

Friday, 14 November 2014

Puteri Balqis | Top 6 Calon Pelakon Wanita Terbaik Asian Television Awards 2014

Puteri Balqis | Top 6 Calon Pelakon Wanita Terbaik Asian Television Awards 2014
Puteri Balqis | Top 6 Calon Pelakon Wanita Terbaik Asian Television Awards 2014

Assalamualaikum w.b.t.. Sebelum ni Puteri Balqis baru sahaja menang anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2014 baru untuk drama bertajuk Balqis. Selepas itu, pengarah drama tersebut iaitu Erma Fatima ada menyebut bahawa beliau akan cuba membawa Puteri Balqis ke Asian Television Awards 2014 untuk dicalonkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik juga..

Alhamdulillah melalui entri Engku Muzahadin, Eraz dapat tahu yang Puteri Balqis dah berjaya bermasuk ke pencalonan akhir untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik Asian Television Awards 2014.. Menang atau tidak, itu tak pasti.. Ada rezeki adik Puteri Balqis, ada la kan.. Apa-apa pun, kita doakan semoga adik Puteri Balqis dapat harumkan nama negera untuk bidang seni ni.. Good Luck..

# Untuk melihat calon-calon lain bagi Asian Television Awards 2014, boleh klik SINI

Read more ...

Thursday, 20 December 2012

Episod Akhir Drama Cinta Itu Milikku TV3

Jalan Cerita Sinopsis Episod Akhir Drama Cinta Itu Milikku TV3

Episod Akhir Drama Cinta Itu Milikku TV3

Seriusnya, E'raz tak tahu pun hari ni merupakan episod akhir drama Cinta Itu Milikku.. Sejak seminggu dua ni, memang E'raz follow drama ni.. Tapi tak selalu tengok penuh 1 jam la.. Lakonan Ana Dahlia sebagai Dini, merupakan salah satu watak yang betul-betul menjadi.. Selaiu tu, lakonan Putri Balqis Azizi sebagai Zara pun ok cuma kadang-kadang mungkin pembawakan watak Zara tu nampak lebih dewasa.. Emma Maembong pun ok.. Alahai.. Duk komen sal pelakon la pulak kan..

Apa yang korang perlu tahu, ending drama ni memang tak di sangka-sangka.. Karl Shafek dah hintkan di twitternya semalam pasal ending drama Cinta Itu Milikku ni semalam.. Dini last-last sekali mati kena bunuh oleh Dr. Shafik.. Dr. Pokok a.k.a Dr. Irfan pulak kena tangkap polis sebab kes last dia menculik.. Zafril dan Rania dua-dua mati dilanggar Dr. Irfan.. Pelik nya kat sini, kenapa Dr. Irfan tak masuk penjara atau rumah sakit jiwa.. Isk3.. Lastly, pengarah memaparkan perubahan watak Zara.. Rasanya Zara dah jadi psiko kot atas semua yang berlaku.. Atau pun Zara yang punca segalanya?? Tak mungkin kan.. 

Apa-apa pun, pendapat tentang episod akhir drama Cinta Itu Milikku milik korang semua.. Sah-sah la korang ada pendapat masing-masing kan.. Rasanya memang tak jangka kot.. So! Apa pendapat korang??

Read more ...

Thursday, 29 November 2012

Putri Balqis Azizi (Zara | Cinta Itu Milikku)

Putri Balqis Azizi (Watak Zara | Cinta Itu Milikku)

Putri Balqis Azizi (Zara | Cinta Itu Milikku)
Putri Balqis Azizi

Mesti ramai yang dah tengok drama 'Cinta Itu Milikkku' di TV3 slot Akasia.. Untuk sinopsis / jalan cerita  video, dah ramai orang upload dan buat entri.. Antara pelakon Emma Maembong, Fazreen Rafi, Ana Dahlia, Ery Putra, Mustapha Kamal, Karl Shafek, Sherry Merlis dan Liza Abdullah.. Tapi dalam entri ni, E'raz dah highlight pada budak yang berlakon watak Zara..

Mesti ada yang dah perasan yang budak berkenaan bernama Putri Balqis Azizi.. Di Anugerah Skrin 2012 lepas, dia menang Artis Harapan Pantene melalui drama Pelarian dan berjaya mengalahkan Nad Zainal & Syafieq Syazwan.. Adik Putri Balqis ni kalau kena dengan gaya, boleh lawan populariti Mia Sara.. Good Luck!

Read more ...

Friday, 9 November 2012

Keputusan Penuh Anugerah Skrin 2012!

Keputusan Penuh Anugerah Skrin 2012!


Sesungguhnya rasa macam ada sesuatu yang tak kena dengan perjalanan Anugerah Skrin 2012.. Tapi, kita sebagai penonton, terima je la dengan apa yang dihidangkan.. Sarat giler! Layaaaaannnnn... Tapi kan, siapa sebenarnya pengacara Anugerah Skrin ni? Awal Ashaari dan Neelofa ke? Atau termasuk sekali Dato' Rahim Razali, Datin Paduka Umie Aida, Harun Salim Bachik, Abon tu.. Hehe.. Nampknya macam sampai sudah la diaorg teman AWal dan Lofa kot.. Awal-awal memang selalu anugerah yang bukan favourite.. Last-last baru anugerah yang ditunggu.. So, sabau je la kalau tak tertidur.. Ini bukan review majlis anugerah, tapi cuma pendapat je..

Senarai Penuh Keputusan Anugerah Skrin 2012

1. Lakon Layar Terbaik – Bunohan
2. Lakon TV Terbaik – Di Telapak Kaki Bonda
3. Videography Terbaik – Aku Ingin Terbang
4. Laporan Khas/Berita Terbaik – Berita TV9 Bom Jangka
5. Rancangan Realiti Terbaik – Jemputan Umrah
6. Drama Komedi Terbaik -Elly & Apit
7. Artis Harapan Pantene – Puteri Balqis
8. Rancangan Bual Bicara Terbaik – Bella Labour Day Special
9. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama – Namron (Parit Jawa)
10. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama – Sherry Merlis (Di Telapak Kaki Bonda)
11. Rancangan Hiburan Terbaik – ABPBH25
12. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem- Lisa Surihani (Ombak Rindu)
13. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem- Syafie Naswip (Songlap)
14. Pelakon Wanita Terbaik Filem – Maya Karin (Ombak Rindu)
15. Pelakon Lelaki Terbaik Filem – Shaheizy Sam (Songlap)
16. Dokumentari dan Majalah Terbaik – Dunia Tersembunyi
17. Rancangan Muzikal Terbaik – AJL26
18. Pelakon Wanita Terbaik Drama – Ruminah Sidek (Parit Jawa)
19. Pelakon Lelaki Terbaik Drama – Abu Bakar Omar (Gincu Ayah)
20. Pengarah Terbaik Filem - Songlap
21.Pengarah Terbaik Drama – Khabir Bhatia (Di Telapak Kaki Bonda)
22.Anugerah Yasmin Ahmad – Pierre Andre
23. Drama Rantaian Terbaik – Jangan Ambil Padang Kami
24. Anugerah Filem Terbaik – Bunohan
25. Anugerah Drama Terbaik – Di Telapak Kaki Bonda

Published with Blogger-droid v2.0.9
Read more ...