Showing posts with label Nazim Othman. Show all posts
Showing posts with label Nazim Othman. Show all posts

Wednesday, 24 April 2013

Gwiyomi

Gwiyomi
Gwiyomi
Assalamualaikum w.b.t.. Gwiyomi.. Nampaknya selepas Gangnam Style dan Harlem Shake, munculnya Gwiyomi pula.. Eraz terfikir nak buat entri pasal Gwiyomi ni sebab artis-artis Malaysia seperti Nora Danish, Wawa Zainal, Nazim Othman pun dah buat video Gwiyomi ni.. Yang itu tak boleh nak komen la.. Korang search, tengok sendiri pelbagai versi Gwiyomi.. 
Gwiyomi
Sedikit latar belakang tentang lagu Gwiyomi ni.. Kredit kepada Wikipedia.. Lagu Gwiyomi merupakan lagu solo K-pop oleh penyanyi Hari dari Korea Selatan dan dikeluarkan 18 Februari 2013.. Ia telah diilhamkan oleh gerakan daripada sebuah ahli kumpulan lelaki Korea Selatan, BtoB bernama Jung Ilhoon.. Gerakan ini dipanggil 'Pemain Gwiyomi', dimana ianya menjadi meme Internet pada Oktober 2012 diikuti oleh penampilan pertama dalam menunjukkan pelbagai acara Korea Selatan di bawah SBS MTV bernama MTV Diary.. Gerakan ini juga telah memberi inspirasi kepada kebanyakan warga Asia untuk memuat naik versi mereka tersendiri ke dalam internet..
Gwiyomi
Nampaknya, demam Gwiyomi ni tak surut lagi.. Lepas ni mesti akan keluar banyak lagi video Gwiyomi dari rakyat-rakyat Malaysia atau artis-artis Malaysia.. Di Youtube, memang berlambak video Gwiyomi ni.. Search je nak yang jenis macamana..
Gwiyomi
#Gambar di atas ialah salah seorang orang Malaysia yang membuat video Gwiyomi
Gwiyomi
Read more ...

Sunday, 10 March 2013

Janji Si Bidadari

Janji Si Bidadari, tajuk drama bagi slot Cerekarama malam ni, 09 Mac 2013.. Eraz sempat tengok drama ni selepas 45 minit ditayangkan.. Drama ni lakonan Sherie Merlis, Nazim Othman, Aman Graseka, Cico Harahap.. Bagi Eraz, perjalanan drama Janji Si Bidadari ni memang menarik.. Kalau tak, tak kan la sampai tunggu pukul 12 lebih kan..

Banyak teka teki dalam drama Janji Si Bidadari dalam mencari pembunuh sebenar dua budak perempuan tu, Diana dan Alia.. Antara suspeknya, bapa budak-budak tu sendiri, Jamil, ibu mereka, Saleha dan lelaki yang ada kaitan dengan Saleha, iaitu Bidin.. Pelbagai cerita yang diceritakan oleh mereka terutama Saleha..

Akhirnya penamat drama ini, Alia sebenarnya terjatuh dalam kolam or maybe sungai dan mati lemas.. Ketika itu Alia bermain dengan Diana.. Diana memaklumkan kepada Saleha dan Bidin.. Saleha menyalahkan Diana dan mencekiknya sehingga mati.. Akhirnya Bidin membantu Saleha menanam mereka.. Seleha sebenarnya mempunyai hubungan sulit dengan Bidin.. Mereka menjadikan seolah-olah Saleha dirogol bagi menutup mata semua orang..

Jadi pembunuh sebenarnya ialah Saleha, ibu mereka.. Diana sebenarnya anak tiri kepada Saleha.. Tamat!

#Tiba-tiba rajin pula update tentang drama Janji Si Bidadari.. Tapi, siapa bidadarinya? Apa janjinya? Peace No War..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...