Assalamualaikum w.b.t.. Kisah Afiq Muiz yang dikatakan telah derhaka kepada ibunya memang telah tersebar luas di media massa Malaysia.. Pendapat peribadi, perkara seperti ini eloklah diselesaikan secara tertutup.. Ini melibatkan keluarga.. Tapi, Eraz tak nak komen lebih jauh kerana ini masalah keluarga mereka.. Cuma Eraz tertarik untuk share apa yang pendakwah selebriti, Wan Akashah Wan Abdul Hamid nasihatkan kepada Afiq Muiz..
Kata Wan Akashah, sebagai anak, Afiq tidak boleh memburuk ibunya kepada umum walaupun ibunya itu telah membuat kenyataan media yang dia kecewa dan sedih dengan perubahan sikap anaknya itu sejak bergelar pelakon..
"Bertaubatlah pada Allah kerana di antara akibat dan bala yang Dia turunkan pada hambanya dengan segera apabila anak menderhaka kepada ibu dan ayah mereka.. Dalam keadaan ini, hadis Nabi ada menyatakan bahawa keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapanya dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapanya.. Biarpun ibu dan ayah itu jahat, anak wajib menghormati mereka yang membesarkannya sejak kecil lagi.. Lebih baik Afiq tidak bertindak mengikut emosi dan perasaan, bertenang dan jumpa ibu serta bawa berbincang. Minta maaf kepada ibu atas segala dosa yang dilakukan itu.."
"Ingat, kejayaan dia (Afiq) adalah datang daripada ibu bapa yang mendidiknya.. Macam mana sekalipun, anak wajib menghormati ibu bapanya terutama ibu.. Dalam hadis ada menyebut, antara amalan yang paling disukai Allah ialah sembahyang pada awal waktu dan berbuat baik pada ibu bapa.. Walau apa pun kejutan yang dibuat ibu daripada segi kenyataan atau tingkah laku, kita mesti wajib hormat walaupun tidak suka. Sebagai anak mesti mengalah, bukannya kutuk.. Dalam hal ini, letakkan kekasih di tepi.. Kerana cinta kepada kekasih boleh membutakan hati antara kaca dan permata kerana cinta membuatkan kita tidak dapat melihat kebenaran dan jasa ibu dan bapa kita.."
Sebagai bersumberkan mStar Online, sama-samalah kita fahami kata-kata pendakwah selebriti, Wan Akashah Wan Abdul Hamid itu supaya dijadikan panduan untuk menjalani hidup kita seterusnya.. Ibu bapa adalah segalanya.. Siapa yang dah lama tak bertanya khabar ibu dan bapa masing-masing, jom kita call sekarang!

