Showing posts with label Lee Chong Wei. Show all posts
Showing posts with label Lee Chong Wei. Show all posts

Tuesday, 7 August 2012

Syafiq Yusof Berminat Filemkan Kisah Hidup Datuk Lee Chong Wei

Syafiq Yusof Berminat Filemkan Kisah Hidup Datuk Lee Chong Wei


Pengarah termuda Malaysia yang bakal tampil dengan filem pertama S.A.M 19 Ogos ini, Syafiq Yusof Berminat Filemkan Kisah Hidup Datuk Lee Chong Wei.. Melalui Malaysian Digest, Syafiq berkata memang pernah terlintas dalam fikiran beliau untuk arahkan sebuah filem tentang kejayaan atlet Malaysia.

“Memang pernah terfikir nak buat tentang tokoh sukan. Idea nak buat fasal Datuk Lee Chong Wei pernah ada tapi saya belum berfikir secara serius lagi,” kata anak lelaki kepada Datuk Yusof Haslam.

SUMBER

Read more ...

Monday, 6 August 2012

Datuk Lee Chong Wei Kalah Bermaruah

Datuk Lee Chong Wei Kalah Bermaruah : Rentetan Berjaya Menyumbangkan Pingat Perak Untuk Badminton Perseorangan Lelaki ; Olimpik 2012


"Maafkan saya, saya tahu rakyat Malaysia kecewa. Saya sudah melakukan yang terbaik," kata Datuk Lee Chong Wei selepas gagal dalam usahanya untuk memenangi pingat emas Sukan Olimpik selepas tewas buat kali kedua kepada musuh tradisi, Lin Dan pada perlawanan akhir di Arena Wembley, semalam. - UTUSAN MALAYSIA

I'm Sorry

Datuk Lee Chong Wei berkata tiada siapa tahu penderitaan dan pengorbanannya beraksi di Arena Wembley terutama selepas pulih daripada kecederaan buku lali kanan yang dialaminya semasa Piala Thomas pada Mei lalu.

"Saya terpaksa berehat hampir dua bulan selepas kecederaan itu sedangkan Sukan Olimpik semakin hampir. Tekanan bagi mendapatkan emas semakin kuat tetapi kecederaan menghalang saya untuk berlatih," katanya.

Beliau berkata dia hanya mempunyai tempoh dua minggu berlatih sepenuhnya ketika menjalani latihan fasa akhir di University of Bath, dekat sini sebelum beraksi di Arena Wembley.

"Di University of Bath, baru saya dapat berjoging, melakukan latihan di gimnasium dan latihan berat lain. Prestasi ketika itu dapat diterjemahkan bila saya terpaksa bermain di rubber-set ketika menentang pemain tidak ternama, Ville Lang dari Finland dalam perlawanan peringkat Kumpulan A," katanya. Pada perlawanan itu, Chong Wei menang 21-8, 14-21, 21-11. - BERITA HARIAN


Kredit Gambar : Team Malaysia

Read more ...

Sunday, 5 August 2012

Olimpik 2012 : Badminton Perseorangan Lelaki, Datuk Lee Chong Wei Hadiahkan Pingat Perak !

05 OGOS 2012 Keputusan Olimpik 2012 : Badminton Perseorangan Lelaki, Datuk Lee Chong Wei Hadiahkan Pingat Perak Untuk Malaysia !

-GAMBAR HISAN-

Datuk Lee Chong Wei menang 21-15 set pertama, tewas 10-21 set kedua dan tewas sekali lagi di set ketiga untuk mendapatkan PINGAT EMAS dengan mata 19-21 semasa menentang Lin Dan dalam penentuan emas acara badminton perseorangan lelaki Olimpik 2012 ! Persembahan Datuk Lee Chong Wei terbaik.. It's OK.. ;)

Read more ...

Friday, 3 August 2012

Datuk Lee Chong Wei ke Final (Badminton), Khairul Annuar Suku Akhir (Memanah) Olimpik 2012

Entri Ringkas ! Datuk Lee Chong Wei ke Final (Badminton Perseorangan Lelaki), Khairul Annuar Suku Akhir (Memanah) Olimpik 2012


LONDON: Datuk Lee Chong Wei hampir pasti menyumbang pingat untuk negara apabila menumpaskan Chen Long dari China 21-13, 21-14 pada separuh akhir badminton perseorangan lelaki Olimpik 2012 London di Arena Wembley, sebentar tadi.



LONDON: Pemanah negara, Khairul Annuar Mohamed mara ke suku akhir acara memanah individu Sukan Olimpik 2012 selepas menewaskan peserta tuan rumah, Larry Godfrey sebentar tadi. 


Read more ...