Showing posts with label Kisah di Pejabat Pos. Show all posts
Showing posts with label Kisah di Pejabat Pos. Show all posts

Sunday, 31 March 2013

Peraturan baru Pos Laju - Harga ikut ukur lilit la pula!

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah hari ni dapat cuti untuk gantian kerja semalam.. Jadi as usual, balik kampung la.. Tiap-tiap minggu balik kampung.. Cuma hari ini perlu selesaikan satu perkara tertunggak iaitu pos kan hadiah untuk seorang 'adik' di PD.. Hadiah kahwin..

Kesnya dah pos sebelum ini tetapi dipulangkan sebab dikatakan tidak dapat dihubungi.. Itu dengan GDEX.. So hari ni pilih pos dengan pos laju la.. Tiba-tiba dapat info baru dari kakak kaunter pejabat pos katanya, disebabkan kotak tu besar tetapi berat yang kurang, harga kena kira lilit.. Alahai.. Peraturan baru la pulak..

Tapi kakak tu bagus sebab dia tolong kirakan dulu dan tanya setuju ke tak dengan harga tu.. Lepas dia beritahu harga, terkejut juga tapi malas la fikir lagi.. Kira pos la je la.. Tak kan nak hantar sendiri kan... Hehe..

Sekarang ini jika kategori kotak besar tapi muatan kurang, harga ikut ukur lilit.. Harap maklum semua.. Jangan terkejut... Adios Amigos! Settle kes ni, mau balik kampung! Settlekan beberapa perkara sebab nak pergi KL esok...


Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...