
Tentang tajuk tentang pahit manis sepanjang bersama blog ERAZ FADLI atau dengan kata lain sebagai blogger, ianya seperti orang-orang lain juga.. Setiap orang bermula dari bawah... Lain la kalau kita selebriti atau artis kan..
Alhamdulillah, selepas hampir 1 tahun 3 bulan usia blog ini, walaupun tak sepopular blogger popular lain, ada la juga yang sudi baca dan singgah blog picisan ini... Jutaan terima kasih diucapkan, pada semua yang sudi baca entri-entri dari Eraz.. Juga terima kasih kepada blogger senior yang ada membantu dalam beberapa masalah dan menjawab pertanyaan.. Alhamdulillah juga Eraz dah jumpa halatuju dalam dunia blog ni..
Dalam satu entri khas nanti, Eraz akan memperkenalkan blogger yang telah membuka hati Eraz untuk membuat blog menggunakan blogspot ini pada bulan November 2011 yang lepas.. Dia masih lagi aktif hingga kini.. Dia blogger muda dari Eraz..
Permulaan sabar adalah pahit, tetapi manis akhirnya.. Sesuai digunakan untuk semua orang.. Kuncinya janganlah berputus asa dan jadilah diri sendiri dalam penulisan korang... Usaha Tangga Kejayaan.. Sekian, terima kasih...
#Korang ada apa-apa komen tentang blog ini? Sudi-sudilah share di komen entri ini.. Mana tahu Eraz boleh improve lagi..
#Satu lagi, insyaallah Eraz akan umumkan pemenang Top Refferal Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli, insyaallah esok..
Published with Blogger-droid v2.0.10
