Showing posts with label Kempen Kesedaran Merokok. Show all posts
Showing posts with label Kempen Kesedaran Merokok. Show all posts

Sunday, 5 January 2014

Buat ini (rujuk gambar) jika ada orang merokok ..

Assalamualaikum w.b.t.. Tadi ada merayau sampai ke blog adik Sally Samsaiman kita.. Terjumpa entri bertajuk Rokok .. errr .. No Komen .... Terus teringat akan satu iklan di bandar Kota Bharu tentang rokok juga.. Sempat snap gambar sebab hari ni jadi co-pilot je masa ke bandar Kota Bharu.. Kalau jadi driver, susah la kan.. 

Kempen Kesedaran Merokok ni dah macam dibuat.. Jumpa pun di mana-mana.. Ini salah satu yang terbaru Eraz jumpa dan rasanya nak juga dikongsikan dengan korang.. " Terima kasih! Sudah Bebas daripada asap rokok.. Buat ini (rujuk gambar) jika ada orang merokok.."


Read more ...

Saturday, 16 November 2013

Rokok tak sah !


Assalamualaikum w.b.t.. Rokok tidak sah? Baca dulu ya.. Berita ini sedang disebar secara meluas di kaca TV.. Rokok tak sah - John, adalah sebahagian daripada sindiket jenayah yang terancang! Pasti ada yang pernah tahu dan baca pasal ni kan.. Jika nak lebih detail tentang berita ni, boleh klik link INI..

Kempen Kesedaran Merokok 
  1. Merokok dalam tandas !
  2. Kempen Kesedaran Merokok | NOTIS
  3. Merokok Dalam Restoran!
  4. (GAMBAR) Kempen Kesedaran Merokok



Read more ...

Friday, 27 September 2013

Merokok dalam tandas !


Assalamualaikum w.b.t.. Merokok dalam tandas.. Korang pernah nampak tak tanda 'Dilarang Merokok Di Sini' dalam tandas? Tapi kenapa masa ada orang yang merokok dalam tandas.. Bayangkan korang masuk dalam tandas, then nampak macam berasap dan berbau.. Tak ke lemas? Selesa ke orang tu nak menggunakan tandas? Tak mustahi juga baju orang yang masuk tandas tu berbau sekali..

Mohon la, jika nak merokok, bolehlah ke kawasan yang sepatutnya.. Bukan tak bagi merokok sebab hak masing-masing.. Tanda pun, 'Dilarang Merokok Di Sini' bukan diharamkan merokok di sini.. Cuma kadang-kadang, kena la memikirkan orang lain sebab itu tempat awam.. Sebelum ni kes Merokok Dalam Restoran!

Wassalam..

Read more ...

Saturday, 21 September 2013

Kempen Kesedaran Merokok | NOTIS


" Maaf.. Kami tidak melarang anda merokok diruangan ini tapi mohon asapnya ditelan.. "

Assalamualaikum w.b.t.. Sharing is caring.. Eraz pernah juga buat entri pasal merokok dan perokok di entri INI.. Jom terjah dan beri respon.. Terima kasih.. Wassalam..


Read more ...

Wednesday, 27 February 2013

Merokok Dalam Restoran!


Perkara ini boleh mendatangkan ketidakselesaan dan mungkin kemarahan kepada orang sekeliling.. Restoran ni dah menyediakan tempat di dalam dan di luar restoran untuk makan.. Kalau dah rasa nak merokok sangat, sila la siap-siap makan kat luar... Tak fikir ke pasal orang sedang makan, kanak-kanak ke... Ini disebabkan rokok dia, baju kita pun berbau..

Ini semua kesedaran sivik.. Kalau la betul pun tak tahan nak merokok, sila la merokok di luar kedai.. Jadi tak perlu orang tegur dulu, baru nak berubah.. Baiki diri sendiri.. Berfikirlah dengan wajar.. Tak semua orang merokok, tak semua orang suka bau asap rokok.. Kesian la pada wanita mengandung atau kanak-kanak sekeliling.. Kalau nak merokok, sila kan, tapi tengok tempat.. Assalamualaikum..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Monday, 9 July 2012

(GAMBAR) Kempen Kesedaran Merokok

(GAMBAR) Kempen Kesedaran Merokok


Agak-agak, bapak budak nih marah tak lepas situasi ini berlaku? ;)

Read more ...