Showing posts with label Johan. Show all posts
Showing posts with label Johan. Show all posts

Friday, 1 June 2012

SUPER SPONTAN Akhir 2012 : Zizan Juara, Johan Naib Juara

01 Jun 2012 - Final SUPER SPONTAN 2012 : Zizan Juara, Johan Naib Juara


Akhirnya terjawab bahawa ZIZAN menang Super Spontan Musim Pertama untuk tahun 2012.. Dengan kata lain, RM100,000 dan sebuah kereta Toyota Camry menjadi milik ZIZAN sebagai hadiah UTAMA.. Permainan yang dimainkan malam ni ialah Beku, Sketsa Dari Topi Puaka, Pilihan Lain, Ciptaan, Laguku Untukmu.. Tempat ke-2 adalah JOHAN, manakala Tauke di tempat ke-3..

Extra di Super Spontan Akhir : Pasukan Harimau Malaya telah mencabar Super Spotan untuk lawan bola sepak.. Tiba-tiba kan.. Haha.. Afdlin Sauki telah bersetuju menyahut cabaran tetapi meletakkan syarat, kena ikut peraturan Super Spontan.. Tunggu dan lihat macamana..

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Read more ...

Saturday, 26 May 2012

Final Super Spontan : Juara Antara Zizan, Tauke, Suhaimi, Johan, Rahim, Ropie Ditentukan 01 Jun 2012

Final Super Spontan : Juara Antara Zizan, Tauke, Suhaimi, Johan, Rahim, Ropie Ditentukan 01 Jun 2012


Selepas Nana tersingkir semalam (Minggu Separuh Akhir - Minggu 9), melangkahlah Zizan, Tauke, Suhaimi, Johan, Rahim dan Ropie yang akan ke Final Super Spontan pada 01 Jun 2012 ni.. Siaran Langsung tu akan berlangsung pada pukul 10.30 malam ni Astro Warna, 132 dan Astro Mustika HD, 134.. Mereka tidak lagi akan bertanding mengikut kumpulan tetapi bertanding secara individu.. Undian perlu dibuat secara individu..

Seperti yang dilaporkan semalam, Zizan hampir tercedera semasa game atau sketsa yang ke-3 bersama Suhaimi.. Masa tu game Ciptaan : "Dua orang wakil dari setiap kumpulan akan diberikan sejenis peralatan dan mereka harus menggunakan kreativiti mereka untuk mempelbagaikan fungsi peralatan itu".. Tapi alhmadulillah semua OK.. 

Bagi aku, sketsa yang paling best semalam ialah Sketsa yang ke-4 iaitu Alih Suara "Tiga pemain dari setiap pasukan akan diberikan satu sedutan filem dan mereka harus menggunakan kreativiti mereka untuk mengalih suara adegan berkenaan kepada versi mereka tersendiri".. Gabungan kumpulan Angsa Ganas iaitu Zizan, Tauke dan Suhaimi, memang best!

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Read more ...

Friday, 25 May 2012

SUPER SPONTAN Minggu 9 (Separuh Akhir) : Nana Jadi Artis Terakhir Yang Tersingkir, Minggu Depan Final!

(25 Mei 2012) SUPER SPONTAN Minggu 9 (Separuh Akhir) : Nana Jadi Artis Terakhir Yang Tersingkir Dari Angsa Ganas, Minggu Depan Final Super Spontan!


Akhirnya terjawab sudah yang Zizan, Tauke, Suhaimi, Johan, Rahim dan Ropi yang akan ke Final Super Spontan yang akan berlangsung pada minggu depan, 1 Jun 2012 pada jam 10.30 malam di Saluran Astro Warna, 132 dan Saluran Mustika HD, 134.. Jam 10.00 mlm tu terlebih dulu program tentang Ramalan Final Super Spontan.. 

Berbezanya Final Super Spontan ialah Kumpulan Angsa dan Beruang Comel telah dibubarkan dan mereka ber Enam akan bersaing sesama sendiri untuk merebut juara.. Salah satu hadiah rasanya wang RM 100K.. So mungkinkah Zizan? Tauke? Suhaimi? Johan? Rahim? Atau Ropi? 

Review Super Spontan Separuh Akhir.. Nasib Nana kurang baik lepas Angsa Ganas kalah minggu ni, dan mereka terpaksa menyingkirkan salah seorang daripada mereka.. So! Mereka telah memilih Nana.. Keputusan tu boleh di agak.. Mana tahu lepas ni muka Nana akan muncul di filem-filem Afdlin Sauki kan.. So tunggu dan lihat.. 

Zizan hampir tercedera di muka semasa bermain game ke-3 tak silap aku bersama Suhaimi.. Tapi nasib baik semua ok.. 

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Read more ...

Friday, 18 May 2012

Super Spontan Minggu 8 : ZIZAN Bakal Diserap Ke Beruang Comel Kerana Sistem Stabilizer?

Super Spontan Minggu 8 : ZIZAN Bakal Diserap Ke Beruang Comel Kerana Sistem Stabilizer?

Super Spontan Minggu Ke-8 akan menyingkirkan seorang lagi peserta Beruang Comel.. Bila seorang tersingkir, maksudnya kumpulan Beruang Comel akan tinggal 3 orang manakala kumpulan Angsa Ganas masih kekal dengan 5 peserta iaitu Zizan, Nana, Suhaimi Yusof, Tauke dan Rahim R2.. Jika Super Spontan minggu ni buat sistem Stabilizer, salah seorang daripada mereka mungkin akan ke Kumpulan Beruang Comel.. So siapa yang kena antara mereka, mungkin malam ini akan diumumkan.. Jom baca keratan berita daripada Murai.Com..


KUALA LUMPUR, 18 MEI 2012: Sungguhpun memberikan saingan sengit, kumpulan Beruang Comel terpaksa akur dengan kumpulan Angsa Ganas apabila penonton Super Spontan (SS) telah menobatkan kumpulan bimbingan Rashid Salleh sebagai juara untuk tiga minggu berturut-turut.

Oleh kerana itu, ahli kumpulan Beruang Comel semakin berkurang dan kini hanya tinggal Johan, Sathiya, Bell dan Ropie untuk menanti gerangan empunya badan yang bakal disingkirkan pada minggu ke lapan SS.

Memandangkan Beruang Comel sudah kurang ahlinya, SS bakal memperkenal sistem stabilizer yang mana salah seorang dari ahli Angsa Ganas akan diserap masuk ke kumpulan ini. Atas dasar itu, nama yang disebut-sebut bakal menyertai Beruang Comel adalah Zizan.

Pun begitu, adakah Zizan mahu berubah ke kumpulan yang dianggotai kawan baiknya Johan?

Sementara itu, peserta yang tersingkir minggu lalu iaitu Yasmin Hani meluahkan rasa terkejut apabila namanya disingkirkan. Namun, dia menerimanya dengan hati terbuka.

Seorang lagi peserta Beruang Comel iaitu Ropie mengakui hampir mengundur diri dari program ini apabila merasakan SS adalah satu program yang sukar disertainya.

Lebih panas lagi, ada desas-desus mengatakan Ropie cemburu dengan Johan kerana penyandang artis komedi popular 2012 ini sering saja menyertai setiap permainan yang disediakan.

Jangan lupa untuk menonton Apa Kata M (AKM) untuk mendapat kepastian bagi setiap soalan yang berbangkit ini. AKM yang dihoskan Ajieb disiarkan setiap Jumaat jam 9.55 malam secara serentak di Astro Warna (saluran 132) dan Astro Prima (saluran 105).

Portal rasmi SS iaitu murai.com.my akan menayangkan lebih awal dari kaca TV. - MURAI


--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Read more ...

Saturday, 5 May 2012

Super Spontan : Beruang Comel Tewas Lagi

Super Spontan : Beruang Comel Tewas Lagi (04 Mei 2012)


Nampaknya kumpulan di bawah Pengurus Pasukan, Reza Zainal iaitu Beruang Comel tewas lagi pada malam ni di tangan Angsa Ganas dengan undian yang sangat tipis! Siapa yang akan tersingkir minggu depan? Permainan Angsa Ganas malam ini adalah tanpa Zizan yang kurang sihat..

Sedia maklum, sebelum ini Zahid (Angsa Ganas), Sharul (Beruang Comel), Riezman (Angsa Ganas) dan hari ni Cat Farish (Beruang Comel) telah tersingkir.. 

Siapakan (Artis Ke-5) antara ahli Kumpulan Beruang Comel yang akan tersingkir antara Johan, Bell Ngasri, Yasmin Hani, Sathiya dan Ropie.. Tungguuuuu...

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. iPhone 4S
2. DiGi WWWOW Internet For All Awards 2012!


Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Saturday, 14 April 2012

Johan Kantoi Dengan Dr. Fadzilah Kamsah?

Masa merayau-rayau kat youtube, aku terjumpa video ni.. Mesti korang biasa tengok Johan membawa watak percakapan Dr. Fadzilah Kamsah kan.. So, kali ni edisi kantoi dilakukan.. Rasa nye semua ni lakonan.. Apa2 pun, layaaaaannnnnn..



Di samping tu, Tahniah untuk Johan sebab menang anugerah Pelakon Komedi Lelaki Popular di ABPBH baru ni.. Layan video saat2 tu..




--------------------------
Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...