Fizz Fairuz bertunang dengan isteri orang.. Selepas seminggu bertunang, mereka memutuskan pertunangan tersebut.. Satu berita yang boleh dikatakan mengejutkan semua orang ni.. Minta jauh daripada berlaku kepada ahli-ahli keluarga kita.. Pertunangan Fizz Fairuz yang sebenarnya dirancang dilakukan senyap-senyap tetapi berjaya dihidu oleh orang ramai termasuk wartawan.. Pemakaian Fizz Fairuz juga menjadi isu selepas pertunangan itu.. Terbaru, Fizz Fairuz putus tunang akibat tersilap langkah bertunang dengan isteri orang.. Tragis.. Apa la komen Almy Nadia tentang kes ini.. Semoga lebih berhati-hati.. Assalamualaikum..
Showing posts with label Fizz Fairuz. Show all posts
Showing posts with label Fizz Fairuz. Show all posts
Wednesday, 20 February 2013
Sunday, 22 July 2012
Cerekarama TV3 : Perempuan Neraka
Full Movie Cerekarama TV3 : Perempuan Neraka (Sinopsis, OST, Pelakon : Fizz Fairuz, Aeril Zafrel, Sherie Merlis dan Ika Nabella)
Mesti ramai yang dah tengok drama ni semalam kan.. E'raz sempat tengok pertengahan dan akhir drama je.. Tapi drama ni betul-betul boleh memberi keinsafan kepada yang menonton..
Drama ni berkisah tentang Intan, isteri kepada Hasyim yang sentiasa mengongkong hidupnya dan berbelanja di luar kemampuan.. Hasyim hanya bekerja sebagai pemandu lori dan kesemua gajinya diberi kepada Intan.. Malah kerja rumah yang sepatutnya dibereskan oleh seorang isteri juga terpaksa dilakukan demi kasih sayangnya kepada Intan..
Hasyim dan Intan memiliki seorang anak perempuan bernama Anis yang ditatang bagai minyak yang penuh.. Intan juga mengajar Anis untuk memperbodohkan suami sepertimana yang dilakukan terhadap Hasyim..
Keadaan rumahtangga yang tidak terkawal menyebabkan Hasyim tertekan dan kesihatannya turut terjejas...Apabila Hasyim meninggal dunia, Intan mengesyaki suaminya telah berkahwin dua dan mempunyai isteri bernama Zubaidah..
Kisah rumahtangga anaknya juga banyak dipaparkan sehinggalah mereka bercerai dan anaknya masuk penjara kerana mencederakan adik ipar sendiri.. Drama yang sangat-sangat menarik.. So hari ni, sempat la layan melalui Youtube dengan penuh! Tak perlu download-download.. Drama ni lakonan Fizz Fairuz, Aeril Zafrel, Sherie Merlis dan Ika Nabella..
--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Posted by
ERAZ FADLI
at
12:09 pm
4 comments:
Labels:
Aeril Zafrel,
Fizz Fairuz,
Ika Nabella,
Sherie Merlis
Friday, 15 June 2012
SINOPSIS Drama 'Waris' di TV3 Mulai 14 Jun 2012
Sinopsis Drama 'Waris' di TV3 Mulai 14 Jun 2012 Lakonan Emelda Rosmila, Hairi Othman, Umie Aida, Kuza, Fizz Fairuz, Fadzrin Danial, Mozalfa Faisa, Syamiem Alnisa dan Liza Shadan
Seperti yang korang tahu, drama Waris ni ialah kesinambungan drama Kekasihku Seru.. Drama Kekasihku Seru telah menang Drama Rantaian Terbaik Anugerah Skrin 2009.. Drama ni arahan Kabir Bathia dan pelakon untuk drama Waris ini adalah pelakon yang sama dari drama Kekasihku Seru. Antara pelakon lama yang dikekalkan ialah Emelda Rosmila (Marisa), Hairi Othman (Waris), Umie Aida (Mas Suri), Kuza (Mas Ayu) dan Fizz Fairuz (Rashad).. Manakala pelakon lain yang turut membintangi drama ini ialah Fadzrin Danial (Amar), Mozalfa Faisa (Fariz), Syamiem Alnisa (Sarah) dan Liza Shadan (Aida)..
Sinopsis Drama 'Waris'
Satu hari selepas 10 tahun kemudian, Rashad & Marisa telah membawa anak mereka, Amar bercuti di Terengganu. Dalam perjalanan, mereka telah terserempak dengan sebuah upacara pengebumian di mana seorang wanita telah dibunuh dengan kejam dan telah meninggalkan seorang anak perempuan kecil bernama Sarah.
Pada hari yang sama, Amar yang sedang bermain di tepi pantai telah hilang dari penglihatan mereka. Selepas dijumpai, Amar terkena sawan dan doktor mengesahkan Amar normal selepas melakukan pelbagai ujian. Sejak itu Amar telah berubah sikap dan menjadi murung serta mudah marah.
Apakah yang telah berlaku pada Amar? Adakah Waris telah bangkit semula? Siapakah Sarah yang sebenarnya? Dan berjayakah Mas Suri membebaskan keturunannya dari ancaman hitam Waris?
--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Jason Mraz
3. Kolej Taylor
4. Great Lion
5. Nescafe UHT
6. MTV Awards
Posted by
ERAZ FADLI
at
7:56 pm
3 comments:
Labels:
Emelda Rosmila,
Fadzrin Danial,
Fizz Fairuz,
Hairi Othman,
Kuza,
Liza Shadan,
Mozalfa Faisa,
Syamiem Alnisa,
Umie Aida
Monday, 9 April 2012
ABPBH 2011 : Pelakon TV Lelaki Popular - Fizz Fairuz Hadiah Kemenangan Untuk Arwah Ayah
ABPBH 2011 : Pelakon TV Lelaki Popular - Fizz Fairuz Hadiah Kemenangan Untuk Arwah Ayah
"Saya rasa kerdil, saya rasa kecil. Saya tak pernah sangka saya akan menang trofi ini. Saya memang terkejut dan memang saya tak tahu nak cakap apa saat nama saya diumumkan ".
Begitulah kata-kata yang terpacul dari mulut pelakon Fizz Fairuz ketika ditemubual Gua bertanyakan perasaan pelakon ini selepas berjaya memenangi Anugerah Pelakon TV Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian, (ABPBH) 2011 malam tadi.
" Terima kasih kepada semua peminat yang undi saya. Saya doakan anda semua murah rezeki. Selepas 10 tahun saya dalam industri, saya dapat anugerah ini. Alhamdulillah. Saya tujukan kemenangan ini buat mak saya, dan juga arwah ayah saya ", ujar Fizz dalam nada sebak.
" Abang Rosyam Nor sendiri cakap dengan saya, bila dapat anugerah ini bukan tanggungjawab yang kecil sebaliknya menuntut saya untuk beri yang lebih baik lagi. Saya sangat hargai pemberian ini dan ianya memotivasikan saya untuk berusaha memberikan yang terbaik kepada peminat di luar sana ".
Pelakon yang berasal dari Raub, Pahang ini juga mengakui sesi jelajah ABPBH bersama peminat membawanya lebih dekat dengan mereka. Fizz memberitahu ada tika beliau diasak pelbagai persoalan yang hampir mematahkan semangatnya untuk terus berkarya.
"Ada orang cakap dengan saya, zaman saya dah tamat. Saya pun ada terfikir bolehkah saya bertahan dalam industri ini. Alhamdulillah, saya masih kuat untuk teruskan bidang ini dan Tuhan beri saya rezeki malam ini ".
Fizz turut memberitahu beliau cukup terharu apabila Aaron Aziz turut sama ke pentas sewaktu pemberian anugerah Pelakon TV Lelaki Popular itu. " Aaron Aziz 'best friend' saya. Jadi bila dia naik dan peluk saya lepas saya menang, saya rasa sangat tersentuh".
GUA ucapkan tahniah pada Fizz dan semoga Fizz dapat terus memberikan yang terbaik dalam dunia lakonan tanahair.
--------------------------
Entri tentang Fizz Fairuz
Entri menarik yang perlu korang terjah :
2. Lelaki Kacak
ABPBH 2011 : Fizz Fairuz Menang Pelakon TV Lelaki Popular Sebak dan Sedih Semasa Berucap
ABPBH 2011 : Fizz Fairuz Menang Pelakon TV Lelaki Popular Sebak dan Sedih Semasa Berucap
Kemenangan Fizz Fairuz untuk anugerah Pelakon TV Lelaki Popular memang mengejutkan kerana ramai yang menjangkakan Aaron Aziz akan menang kerana dia betul-betul popular.. Mungkin sebab itu la Fizz sebak sampai tak boleh berkata apa-apa.. Memang nampak dia tidak jangka langsung kemenangan tu.. Adakah berkat dia join road-tour? Hehe..
Sesuatu yang membanggakan daripada Fizz Fairuz.. Ingat lagi saat dia sebak? Boleh tengok video di bawah..
--------------------------
Entri berkaitan Fizz Fairuz
Entri menarik yang perlu korang terjah :
2. Lelaki Kacak
Sunday, 8 April 2012
Siti Nurhaliza TERBAIK.. Menang Anugerah Seri Perak ABPBH Ke-25..
Kalau la Siti Nurhaliza masih bertanding dalam ABPBH tahun ni, sah-sah dia menang lagi Bintang Paling Popular.. Dalam Anugerah Jubli Perak ni, Dato' Siti Nurhaliza berjaya mengetepikan AISHAH, ZAINAL ABIDIN, EMAN MANAN, DATIN SOFIA JANE, DATUK M NASIR, ZIANA ZAIN, ROSYAM NOR, SAIFUL APEK, MAWI, NABIL dan SHAHEIZY SAM..
Setakat ni Tisha Shila (Artis Baru Wanita Popular), Fizz Fairuz (Pelakon TV Lelaki Popular) diantara yang dapat kemenangan mengejut.. Sampai tak terkata diaorg.. Mungkin sebab tak sangka kot.. Didie Alias, Zizan (kategori Pengacara TV Lelaki Popular), Hafiz AF7 diantara pemenang baru tahun ni.. Mungkin sebab pencapaian diaorg kot.. Fizz tersebut tadi aku rase, mungkin sebab dia selalu pergi road-tour.. Hehe.. Ramai la yang join tahun depan..
Lepas kalah mengejut kepada Fizz Fairuz, Aaron Aziz berjaya menang untuk Kategori Pelakon Lelaki Popular.. Camne la agaknya dia leh kalah dalam kategori tu..
Tunggu anugerah2 lepas ni lak.. Siapa yang akan menang Penyanyi Wanita Popular?!
______________________________________
Published with Blogger-droid v2.0.4
Posted by
ERAZ FADLI
at
11:15 pm
2 comments:
Labels:
Aaron Aziz,
Didie Alias,
Fizz Fairuz,
Hafiz,
Siti Nurhaliza,
Tasha Shilla,
Zizan
Subscribe to:
Posts (Atom)





