Showing posts with label Bonus Aidilfitri 2013 Kakitangan Awam. Show all posts
Showing posts with label Bonus Aidilfitri 2013 Kakitangan Awam. Show all posts

Tuesday, 16 July 2013

Ada ke Bonus Aidilfitri 2013 Kakitangan Awam ?


Bonus Aidilfitri 2013 Kakitangan Awam | Assalamualaikum w.b.t.. Pagi tadi terdengar berita radio tentang Bonus Raya 2013 untuk penjawat awam yang katanya masih belum ada kata putus lagi.. Lepas terbaca di Berita Harian Online pun dengan tajuk artikelnya 'Bonus Aidilfitri belum dibincang'.. Ramai yang membuat andaian katanya mungkin tiada bonus raya tahun ni.. Antara ayat yang boleh dipetik dalam artikel di atas ialah : 

"Bagaimanapun, katanya, semua penjawat awam menikmati satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) berkuat kuasa 1 Julai lalu, yang boleh disifatkan sebagai bonus. "

Berdasarkan ayat di atas, ada kemungkinan tipis.. Betul tak? Tapi apa-apa pun boleh berlakukan.. Jadi, kita tunggu dan lihatlah apa pengumuman mereka untuk bonus raya tahun 2013 ini.. Eraz sebenarnya tiada kaitan pun dengan bonus Aidilfitri 2013 ni sebab bukan kakitangan kerajaan.. Tapi, jika ada, dapat la tempias juga sebab isteri merupakan kakitangan kerajaan..

Semalam kecoh ada artikel yang mengatakan bonus dapat pada 9 Ogos 2013.. Tapi lepas ramai yang baca dan komen, artikel berkenaan merupakan artikel tahun lepas.. Errmmm... No komen.. Perlu berhati-hati sebelum membuat apa-apa entri..

Read more ...