Showing posts with label Akma. Show all posts
Showing posts with label Akma. Show all posts

Saturday, 30 June 2012

(GAMBAR) Sekitar Pernikahan Akma AF3 Dengan Farih Hamshi Mohamad Fatmi

30 Jun 2012 - (GAMBAR) Sekitar Pernikahan Akma AF3 Dengan Farih Hamshi Mohamad Fatmi

Alhamdulillah.. Sebuah lagi masjid berjaya dibina.. Selepas majlis pernikahan pelakon Irma Hasmie & Reza Syah Azmeer (Klik SINI untuk entri berkenaan), kini tiba giliran Akma AF3 & Farih Hamshi Mohamad Fatmi..



Pernah baca entri INI? Jika aritu majlis pertunangan, tapi hari majlis pernikahan bintang program realiti Akademi Fantasia Musim ke - 3 iaitu Asiahtunakma Abdullah atau Akma sah bergelar isteri kepada Farih Hamshi Mohamad Fatmi.. Majlis pernikahan mereka diadakan di Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa (IYC) di sini kira-kira pukul 10.30 pagi, Sabtu..

Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa Akma iaitu Abdullah Abdul Rahim di hadapan Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Zulkifli Mohammad.. Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 300 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga pengantin kedua-dua belah pihak dan wakil media.

Pengantin perempuan menerima RM 300 sebagai mas kahwin dan RM15,000 sebagai wang hantaran daripada pihak lelaki.. Dalam pada itu, pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas sembilan dulang.. Selain sebentuk cincin, antara barang hantaran lain yang diberikan Farih kepada Akma termasuklah jam tangan, tas tangan, kek, set penjagaan diri dan kain.

Manakala Akma membalas dengan sebentuk cincin, kasut, kemeja, set wangian, kek, buah-buahan dan kaca mata berserta pen.. Majlis resepsi disebelah pihak perempuan turut diadakan di tempat sama selepas majlis akad nikah.. Pasangan itu bakal diraikan pula disebelah pihak lelaki pada 3 Julai ini di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC) pada pukul 8 malam.



--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. EDISI TERJAH : Kenali Blog Setelah 7 Bulan BerOPERASI.. Alhamdulillah..
>>>> 2. Monsters University
3. CEREKARAMA : Maharku Untukmu
4. GAMBAR : Sekitar Majlis Pernikahan Irma Hasmie & Reza Syah Azmeer

Read more ...

Wednesday, 9 May 2012

(GAMBAR) Sekitar Pertunangan Akma AF3 dan Farih Hamshi bin Dato Mohamad Fatmi Pada 06 Mei 2012

Akma AF3 Bakal Berkahwin Pada 30 Jun 2012 Dengan Tunangannya, Farih Hamshi bin Dato Mohamad Fatmi Yang Berasal Daripada Kelantan





Kredit Gambar : Murai


--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Yuna
2. DiGi

Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Saturday, 5 May 2012

Akma Akan Bertunang Pada 6 Mei, Bernikah Hujung Jun

Akma Akan Bertunang Pada 6 Mei, Bernikah Hujung Jun..

Masa AF3 dulu, aku selalu dengar Akma perform setiap konsert.. Alhamdulillah sekarang dia pakai tudung.. Lagu-lagu yang dia sempat nyanyi Nazam Berkasih, Cahaya, Lagu Rindu, L-O-V-E, Camar Yang Pulang, Hati Keliru, Bertakhta Di Hati dan di Minggu Penyingkiran, dia nyanyi lagu Selamat Jalan Romeo.. 

Akma keluar dengan lagu single pertama dia, Percaya Pada Cinta (Ciptaan Ajai, Lirik Nurul).. Kalau korang nak dengar, boleh klik Percaya Pada Cinta..


Antara berita terbaru Akma - Putus Tunang Bukan Penyebab Akma (AF3) Segerakan Pernikahan


Bekas peserta Akademi Fantasia musim ketiga, Akma berkata langkah untuk menyegerakan pernikahannya yang dijadualkan pada hujung Jun depan bukan kerana serik akibat pernah putus tunang.

Akma atau nama sebenarnya Asiahtunakma Abdullah, 27, berkata keputusan itu dibuat kerana segala perancangan dan persiapan ke arah itu dilihat dengan berjalan lancar.

“Saya mahu menyegerakan majlis pernikahan pada hujung Jun depan bukan sebab saya berasa serik apabila perancangan untuk bertunang sebelum ini pernah terbatal.

“Secara kebetulan, perjalanan majlis merisik pada Mac lalu berjalan dengan baik sekali sehingga kami memutuskan untuk bertunang pada 6 Mei ini dan bernikah pula pada hujung Jun depan,” katanya ketika dihubungi mStar Online, petang Rabu.

Akma mengenali lelaki bernama Farih kira-kira lima tahun lalu. Hubungan mereka mula rapat sejak lelaki itu pulang dari Melbourne, Australia selepas menamatkan pengajian di negara tersebut kira-kira setahun yang lalu.

Berkongsi mengenai bakal tunangnya yang bekerja sebagai eksekutif di Petronas itu Akma berkata, faktor usia yang hanya berbeza setahun tidak menjadi masalah buatnya kerana kematangan dan sikap bertanggungjawab lelaki itu.

“Walaupun jarak usia kami hanya berselang setahun, saya dapati dia (Farih) seorang yang matang melebihi umurnya. Sifatnya yang rapat dengan keluarga memberikan keyakinan untuk saya memilih dia sebagai calon suami.

“Menariknya, dia juga seorang yang kelakar dan bijak mengambil hati keluarga saya,” katanya yang mendapat tajaan ketiga-tiga majlis itu daripada Butik Chantik.

Ditanya mengenai perkembangan terbaru, Akma kini mengajar kursus vokal di One Music Academy Malaysia di Subang sejak tiga bulan lalu.

“Saya mengajar secara separuh masa kerana memang sudah lama menyimpan hasrat untuk menjadi pensyarah vokal. Naluri saya memang suka mengajar.

“Pendapatan saya mengajar ini dapat menambahkan lagi sumber kewangan saya,” katanya yang kini terlibat dalam Karnival Mesra Belia Satu Felda Satu Malaysia anjuran Kementerian Belia dan Sukan pada setiap hujung minggu.


--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...