Tuesday 5 April 2016

Anak Papa dah bukan Baby lagi ?

Assalamualaikum w.b.t.. Tah apa-apa tajuk entri kan.. Tapi itulah hakikatnya.. Anak Papa dah bukan kategori baby kan? Sekarang dah umur 10 bulan lebih.. Kalau baby mesti duduk diam-diam kan.. Tapi sekarang dah naik pangkat kanak-kanak ribena dah.. Kat sana ke sini tanpa rasa letih langsung.. Berpeluh satu badan pun tak kisah dah.. Last sekali kalau penat, berhenti untuk minta susu.. Ataupun berhenti minum susu sambil tengok TV.. Haha.. 

Tapi Papa rasa Adam macam baby je lagi.. Cepat betul masa berlalu sekarang ni.. Dah masuk April 2016 kot.. Hujung bulan 5 ni dah nak genap setahun umur Adam.. Kakak Zara, hujung bulan 7, dah nak masuk 3 tahun.. Sudah besar semua.. Alhamdulillah..


Keaktifan Adam sebagai anak lelaki memang berbeza dengan Zara masa Zara seumur dengan Adam.. Zara memang aktif tapi tahap aktif tu ok la.. Tapi Adam, di umur dia, dah dua kali kipas berdiri yang tinggi tu jatuh.. Extension cord memang tak boleh Adam nampak.. Terus capai je.. Pintu bekasan banjir baru ni, dia kopek je keluar.. Haha.. Pintu kabinet dapur atau almari memang tak boleh tengok, terus dia buka.. Ada barang, dia bawa keluar.. Kain dalam bakul? Perkara biasa kan? Berdiri, ambil kain-kain atau baju-baju dalam bakul tu, terus buang ke keluar.. Haha.. 

Sikap ibu bapa yang kena lebih berhati-hati tu memang wajib.. Kalau tidak, tak tahu la apa yang jadi kan.. Kalau korang terlelap sekejap, macam-macam boleh jadi kan.. Bayangkan bawa naik anak-anak seusia Adam atas katil, dan kalau mereka tak pandai lagi nak turun sendiri, apa mereka akan buat kalau korang terlelap sekejap? Hehe..

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.