Friday 15 April 2016

Allah Permudahkan Cabaran Kehidupan Kami Semalam

Assalamualaikum w.b.t.. Ini kisah semalam.. Kereta wife pernah rosak teruk rasanya tahun 2010 atau 2011 kot.. Masa tu masih belum berkahwin lagi.. Bertunang.. Ermmm.. Pun lupa dah tarikh kejadian.. Masa di jalan raya, kereta tiba-tiba berasap dan aircond hanya keluar angin.. Berlaku pada sebelah petang rasanya, tapi malam baru kereta boleh gerak dan dibawa ke workshop.. Masa wife dengan Mamanya dan Eraz terus drive dari Machang ke KB untuk beri bantuan mana mampu..

Semalam berulang lagi dengan kereta yang sama.. Kali wife bersama Zara dan Adam masa on the way lepas ambil anak-anak di nursery.. Nak dijadikan cerita, wife mengikut apa permintaan Zara untuk ke pejabat Papa selepas ambilnya di nursery.. Selama ni tak pernah pun wife layan permintaan sebab better balik rumah dan tunggu Papa kat rumah.. Kalau tanya Eraz pun, Eraz tak bagi juga.. Better la balik rumah dan bagi anak-anak main kat rumah atau rehat-rehat.. Lagipun datang kerja dua kereta kan..


Tapi semalam wife datang juga ke pejabat dan bila sampai, Zara nak ikut balik dengan Papa manakala Adam dengan Mama.. Tapi wife beritahu masa dalam 200 ke 300 meter nak sampai office, aircond kereta tak sejuk dan hanya keluar angin.. Dalam kepala mungkin gas habis kot.. So bila wife dan Adam nak balik, Eraz perasan bonet kereta berasap dan air mencurah di bawah kereta.. Alamak.. Terus minta wife stopkan kereta dan bawa wife dan anak-anak terus masuk ke dalam office..

Bukan apa, baru seminggu atau dua minggu lepas, ada kereta terbakar di depan office.. Fobio juga nampak kejadian tu kan.. Dari apa-apa berlaku, better mereka keluar dulu kan.. Masa nak stopkan enjin kereta tu, Eraz perhatikan temperature ok.. Tandaan jarum macam biasa.. Tapi kenapa berasap dan air mengalir banyak kan.. Terus teringat kes dulu dan boleh agak apa berlaku..

Terus panggil mekanik yang biasa dengan kami untuk minta tolong bawa balik ke workshop dan baiki.. Dari pemerhatian awal, mungkin berpunca dari kipas aircond yang tidak berfungsi.. Dari terbakar atau berlaku perkara yang tidak elok lagi, better stop dan minta mekanik baiki dulu..

Apa yang nasib baik nya, wife pula tergerak hati nak ke office Eraz sedang ikut kebiasaan, dia balik ke rumah terus dengan anak-anak.. Bayangkan kalau ditakdirkan dia balik ke rumah terus dengan anak-anak dan berlaku di dalam perjalanan, siapa boleh bantu kan.. Dah la dengan anak-anak.. Dalam perjalanan pulak tu, kena la berhenti di tepi jalan kan.. Ya Allah.. Allah permudahkan dugaan sedikit kesusahan itu dengan aturkan wife dan anak-anak ke office Eraz.. Syukur sangat walaupun nanti perlu keluarkan duit untuk baiki kereta.. 

So sekarang, kereta tu berada di workshop la..

4 comments:

  1. Alhamdulillah.segalanya dipermudahkanNya

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..setiap perkara yang berlaku tu Allah atur cantik utk kebaikan kita

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.