Assalamualaikum w.b.t.. Salah satu majlis anugerah yang Eraz nantikan untuk tengok di TV ialah Anugerah Juara Lagu.. Rasanya dari kecil lagi kot tengok AJL ni.. Usia AJL dah 30 tahun.. Eraz sendiri pada Disember lepas dah 32 tahun.. Seolah-olah macam membesar dengan AJL.. Kalau sebelum ini dari awal peserta pertama buat persembahan, dah rasa macam wow.. Tapi apa dah jadi dengan kali ni? Mungkin ada sesuatu yang tak kena ke? Tema? Peserta? Pengacara? Atau AJL tu sendiri? Korang rasa?
Bermula dengan Malam Ini Kita Punya - Bunkface, lepas tu Angin Kencang - Noh Salleh.. Lepas tu muncul Knock Knock - Elizabeth Tan, Bukan Hal Aku - Kaka Azraff & Sleeq, Sampai Mati - Hazama.. Tiba masa Hanya Namamu - Caliph Buskers, Assalamualaikum - Faizal Tahir, Biarkanlah - Drama Band.. Seterusnya Not For Sale - Stacy & Altimet, Mana Mungkin - Black, Potret - Akim & The Majistret dan akhir sekali Tak Pernah Menyerah - Dayang Nurfaizah..
Satu persatu persembahan yang muncul macam mengecewakan kecuali ada beberepa yang boleh membuatkan mata terpaku pada TV.. Yang lain-lain memang boleh ke sana ke mari, pergi toilet ke, main dengan anak ke, macam-macam la boleh buat.. Rasa macam tak rekod pun tak pe.. Sampai macam tu rasa.. Mana perginya tarikan AJL kali ni? Kan best kalau ada nama besar macam Dato' Siti Nurhaliza ke, Misha Omar ke dan nama-nama best lagi.. Errmmmmm..
Persembahan siapa yang ditunggu? Pada mulanya memang menunggu persembahan Faizal Tahir dengan lagu Assalamualaikum.. Kalau di ABPBH kalau tak silap, memang penuh pentas Faizal bawa dalam persembahan pembukaan, tapi untuk AJL30 kali ini, Faizal tumpukan kepada isu kemanusiaan di seluruh dunia.. Satu pengisian yang bagus dan berjaya dihayati..
Not For Sale.. Mula suka lepas lagu ni jadi OST drama Tuan Anas Mikael.. Salah satu yang ditunggu juga sebab nak tengok cara persembahan stacy dengan tarian dia dan memang lagu tu best di telinga.. Tapi tak tahu mana silapnya dan dalam kontek rezeki, Stacy belum masanya menang apa-apa kategori di AJL walaupun setiap tahun berjaya ke final.. Seolah-olah macam penyeri.. Tapi jujurnya lagu Not For Sale memang best walaupun tak menang..
Lagu best lain yang dinanti ialah Potret.. Tak kisah la persembahan Akim & The Majistret macamana, tapi lagu memang best.. Tambah-tambah bila lagu tu jadi lagu OST untuk drama Isteri Luar Biasa.. Dari segi persembahan untuk Vokal Terbaik, nampak Hazama dan Black mencuba.. Tetapi tetap cool dengan persembahan pentas dan vokal yang bersahaja.. Nampaknya kemunculan Dayang sebagai artis senior memang berbaloi..
Tahniah ke Akim & The Majistret sebab menjadi juara dengan lagu Potret.. Memang dalam kepala ni, dah agak kalau tak Potret, mesti Assalamualaikum dari Faizal Tahir yang menang.. Assalamualaikum dan dah menang besar di APM baru ni.. Tapi Assalamualaikum selesa di tempat kedua.. Tempat ketiga, siapa-siapa pun boleh duduk.. Tapi rezeki terletak pada lagu Hanya Namamu - Caliph Buskers.. Persembahan Terbaik, dengan undian 50% dari juri awam melalui SMS dan 50% dari dari juri profesional, jatuh pada Akim & The Masjistret..
Persembahan pembukaan dari Dato' Siti Nurhaliza, Yassin dan Dato' Jamal Abdillah memang terbaik.. Tapi ada la kadang-kadang tu terganggu dengan pergerakan bongkah empat segi besar tu.. Lain-lain semua ok untuk persembahan mereka.. Dan paling penting panaja utama mereka, Qu Puteh dan Pamoga.. Kenapa tak banyak sangat keluar?? Tak macam AJL 29 yang lepas.. Mungkinkah disebabkan oleh kontroversi dari JAKIM baru ni?? Errrmmmm.. Kurang meriah pulak rasanya..
Tak tahu kenapa, kalau tengok acara majlis macam ni, mesti akan teringat pada Nabil Ahmad dan Jihan Muse.. Semua gara-gara Gegar Vaganza.. Rasa macam tak best dah semua orang.. Itu sajalah pendapat peribadi tentang AJL30 kali ni.. Wassalam..
macam peringkat semi final je
ReplyDeletebiasa2 jer
ReplyDeletebosan
ReplyDelete