Monday 6 April 2015

Jihan Muse Kalah di #ABPBH2014 ??


Assalamualaikum w.b.t.. Orang duk menulis entri or berita dari semalam lagi.. Tapi si pemunya blog ni baru terhegeh-hegeh nak menulis entri bagi melepaskan apa yang terbuka di hati.. Sebenarnya lepas habiskan tengok apa yang dirakamkan semalam, dah nak tulis entri ni, tapi settlekan hal di rumah dan Zara, rasa mengantuk pula.. Risau terlebih tersengguk-sengguk kat office, masuk offie terus.. Pagi tadi tak sempat nak menaik panjang sebab ada meeting.. Kembali mengadap pc sebelah pentang dah..

ABPBH 2014 berlangsung dengan tak berapa jayanya pada Eraz semalam.. Kenapa? Pendapat Eraz sendiri, macam ada sesuatu yang tak kena dan rasanya tak akan diingati nanti.. Kenapa? Susah nak explain.. Ada beberapa perkara yang biasa-biasa je.. Pengacara? Rasa macam takde punchline yang best.. Biasa-biasa je.. Penyampai? Errrmmmm.. Entah la.. Persembahan? Entah la jugak.. Lagi dan lagi? Entah la lagi.. 

Apa-apa pun, antara yang mengejutkan Eraz adalah berkaitan dengan Jihan Muse.. Ramai yang meramalkan Jihan dapat mengulangi kejayaan lalu.. Tetapi rezeki bukan pada dia tahun ni sebab kalah Artis Komedi Wanita Popular?! Memang tak sangka.. Nasib baik kalah pada Didie Alias.. Tunggu la jugak kot-kot menang Pengacara Wanita Popular kan.. Tapi saingan sengit pada Neelofa.. Tapi takde rezeki juga.. Takpe Jihan, peminat tak kan lari..

Lagi yang tidak disangka ialah untuk kategori Artis Baru Lelaki Popular.. Rasanya dia tak de lain jadi hero drama ke apa kot.. Tak tahu la kot-kot Eraz tercicir kan.. Rasanya ada lagi yang lebih popular kot.. Tapi orang kata, rezeki.. Artis Baru Wanita Popular memang boleh agak la.. Saingan sengit antara Ayda Jebat dengan Amira Rosli.. FC Ayda sangat kuat kot.. ‪

Pelakon Drama TV Lelaki dan Wanita Popular pun sama.. Drama apa agaknya yang menonjolkan mereka? For sure ramai yang nak Zul Ariffin yang menang.. Penyanyi Lelaki dan Wanita, dua-dua budak AF.. Adira dan Akim buat pertama kalinya.. ‪Abam Bocey antara kejutan terbaik memang terbaik bila menang Artis Komedi Lelaki Popular.. Ramai yang meramalkan Jep Sepahtu akan menang.. Lain-lain lagi, tak larat nak pilih..

Bagi Bintang Paling Popular, Shaheizy Sam diumumkan memang sekali lagi lepas tewas pada Aaron Aziz tahun lepas.. Secara keseluruhannya, memang tak nampak mana-mana artis yang kuat untuk menang.. Semua nampak sama rata je.. Lain la kalau ada Dato' Siti Nurhaliza kan.. Hehe..

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.