Assalamualaikum w.b.t.. Tak di sangka-sangka petang semalam semasa nak balik kerja, kereta tak dapat dihidupkan! Alarm pun berbunyi.. Masa-masa tu la kereta nak buat hal.. Terpaksalah tinggalkan dulu kereta di pejabat.. Nasib baik baik ada staf yang tak balik kerja lagi.. Dapat lah dia menolong hantarkan Eraz balik rumah..
Alhamdulillah, dah call seorang pomen yang biasa baiki kereta keluarga Eraz tadi.. Dia boleh luangkan masa pagi-pagi esok untuk tengokkan kereta tu.. Harap-harapnya tak de la kerosakan major.. Boleh baiki terus sebab esok plannya nak bawa Zara dan mama Zara balik Machang lepas habis berpantang.. Nak tidur kat sana..
Dalam pada berlakunya kerosakan kereta tu, ada hikmahnya.. Memang duit akan melayang.. Nasib baik la kereta tak rosak masa Eraz ke kuala krai semalam.. Ataupun rosak masa Eraz ada kat Kem PLKN semalam.. Lagi nahas kan.. Dah la jauh ke dalam.. Nasib baik juga la kereta tu tak rosak semasa di tengah jalan raya.. Atau di traffic light.. Positifnya, ada bersyukurnya juga..
#Harap-harap tak alami major kerosakan..
tu yang apling ditakutkan bila kereta rosak di kawasan yang takde orang...
ReplyDeleteitu la.. kira Eraz ni bernasib balik la..
Deletetakpe nt dah ok, leh balik machang :)
ReplyDeleteHehe.. Boleh punyer...
Deletenasib rosak kat ofis..huhu
ReplyDeleteItu la pasal..
DeleteHarapnya takde rosak teruk la..maybe bateri kot Eraz
ReplyDeletehaah... takde teruk sangat... duit je melayang. ;)
Deletecomey gambar atas tu :D
ReplyDeletecomel sebab ada baby ya? hehe..
Deletetu yg nak kena ada saving kalau kereta rosak...huhu
ReplyDelete