Neelofa : Dewi Remaja 2010 - Mahu Cipta Kejayaan
Dimana silapnya kehadiran Lofa? Filem pertama kurang berjaya.. Tewas pada Tasha Shilla untuk Artis Baru Wanita Popular di ABPBH 2011.. Mungkinkah tahun 2012 bakal menyinar untuk Lofa? Kita tunggu dan lihat.. Jom baca keratan akhbar ini..
TERSENARAI sebagai juara pertandingan Dewi Remaja 2010, nyata langkah Neelofa dalam bidang seni begitu lancar.
Namanya bukan sahaja mekar mewarnai industri perfileman dan drama tempatan malah menjadi pilihan penerbit untuk diangkat sebagai pengacara televisyen.
Malah berbekalkan wajah yang jelita, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor juga sering dipilih menjadi gadis penghias muka depan majalah serta produk kecantikan.
Meskipun pada ketika filem sulung lakonannya, Azura masih belum ditayangkan dan bakatnya dalam bidang seni masih belum terbukti, Neelofa tetap menjadi rebutan penerbit.
Tahun lalu menyaksikan rezeki murah Neelofa dalam seni lakon apabila mendapat pelbagai peluang berlakon drama antaranya Kasih Najihah, Tahajud Cinta, Kitab Cinta dan Lara & Jiwa.
Namun apakan daya, filem sulung penampilannya yang diharap dapat melonjakkan namanya di persada seni tidak mendapat sambutan memberansangkan.
Gandingannya bersama aktor Shahrizal Jaszle dalam filem yang menjalani penggambaran di Paris itu hanya mampu mengaut kutipan sekitar RM900,000 berbanding kos produksi sebanyak RM1.8 juta.
Dan kegagalan mengutip kutipan cemerlang bagi filem arahan Aziz M. Osman itu nyata sedikit menyentuh emosi gadis berusia 23 tahun ini.
Pun begitu bagi anak ketiga daripada sembilan beradik itu, meskipun Azura telah gagal mencapai sasaran namun ia bukanlah penamat buat kerjaya yang baru diceburinya.
“Memanglah sedih bila filem sulung lakonan Lofa tidak berjaya seperti yang diharapkan. Namun menerusi Azura, Lofa dapat banyak pengalaman tentang dunia lakonan.
“Azura bukan sahaja memperkenalkan Lofa dalam industri perfileman malah filem itu juga membuka ruang dan menjadi jambatan untuk Lofa bergerak dalam bidang ini,” katanya optimis.
Lantaran itu, Neelofa tidak mahu terus dirundung duka atau menoleh ke belakang kerana dia lebih senang mengambil sikap positif.
kata Neelofa, mungkin sahaja rezekinya belum sampai untuk meraih kejayaan cemerlang seperti artis lain.
“Lofa tidak kisah bermula dari bawah jika itu yang diperlukan terutama untuk mendapat pengiktirafan sebagai pelakon terbaik.
“Lagipun untuk menjadi pelakon terbaik, bukan boleh dipupuk dalam waktu terdekat.
“Insya-Allah, di masa akan datang, Lofa akan menjadi seorang pelakon yang lebih baik dari sekarang,” katanya bersungguh.
Mengakui tidak pernah merancang untuk bergelar artis, Neelofa berkata, alang-alang menyertai dunia seni, dia tidak akan berundur malah akan terus memandang jauh ke hadapan serta mengambil setiap kesempatan dan peluang yang terbentang untuknya mengembangkan bakat.
Malah dia berasakan dirinya amat bertuah kerana biarpun baru setahun jagung bergelar anak seni namun sudah diberi kepercayaan untuk mengendali program kesukaan ramai iaitu Nona.
“Lofa percaya ramai yang ingin berada di tempat Lofa (pengacara Nona) tapi mungkin sudah ditakdirkan ia menjadi milik Lofa ketika ini.
“Lofa bersyukur sangat dapat menjadi hos Nona kerana secara tidak langsung ia membantu mengukuhkan lagi kehadiran Lofa dalam bidang ini dan orang pun semakin kenal,” katanya.
------------------------------------------------------
Entri menarik yang perlu korang terjah :
2. Lelaki Kacak
gud luck 4 her ^^
ReplyDeleteeh muka dia sama cm kita . hehe :D
ReplyDeletesuka Neelofa ^-^
ReplyDeleteSAYA TAG ANDA :
ReplyDeletehttp://yayahnasake.blogspot.com/2012/04/blog-url-klik-sini-saya-tag.html
SAYA TAG ANDA :
ReplyDeletehttp://yayahnasake.blogspot.com/2012/04/blog-url-klik-sini-saya-tag.html