Friday 15 May 2020

Bila Zara Faleesya Dah Jadi Pembaca Blog ERAZFADLI.COM

Bila Zara Faleesya Dah Jadi Pembaca Blog ERAZFADLI.COM | Assalamualaikum w.b.t . Tajuk tu buat Eraz terharu ok . Haha . Dulu masa aktif giler menulis di blog kesayangan ni , memang niat untuk jadi tatapan dan bacaan Zara dan Adam bila dah besar . Tak sangka perkara itu jadi satu kenyataan .

Zara Faleesya

Kenapa jadi satu kenyaataan ? Sebab dalam minggu ni , dia cuba SEARCH nama dia dalam GOOGLE dan jumpa gambar serta cerita dia dalam blog Papa dia . Korang rasa ? Subhanallah . Tak tahu nak kata apa . Sebenarnya Zara memang dah pandai membaca masa di tadikan . Tapi Eraz takde la tunjuk lagi blog tu . Tak sangka pula sekarang dia ter google ni . Terus dia baca dan tunjuk kat Eraz .

Eraz pun ada lagi , tibe-tibe lebih excited dan tunjuk pada dia posting dari awal dia dalam perut Mama lagi . Nampak dia terharu sangat bila baca . Ya Allah , tak tahu nak kata apa .

Disebabkan itulah , hari ni Eraz muncul dengan entri terbaru ni . Rase-rasenya perlu ni kembali ke blog . Errrmmmm . Nanti kalau Papa dah tak larat nak menulis kat sini , maybe Zara or Adam boleh sambung . Kan . Satu idea yang menarik .

3 comments:

  1. Idea yang menarik, blog turun temurun. Anak2 IQ masih kecil, tapi teringin juga nak anak baca blog sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan stop menulis ok . Teruskan . Jadikan blog ini satu diari untuk mereka .

      Delete
  2. Assalammualaikum..

    Ya jangan stop dr menulis blog jgn jadi mcm saya 4 tahun lepas stop then bloglist dan reader dan komentator tegar semua habis lari iskiskisk ok kipidap


    Salam Blogwalking puasa.
    Selamat Berpuasa, Selamat PKPB ya.

    http://iskandarx-society.blogspot.com/
    http://iskandarx.blogspot.com/
    https://melayupress.wordpress.com/
    https://twitter.com/iskandarX

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.