Saturday 24 June 2017

Hari Ni, Hari Wak Tupak Doh !


Assalamualaikum w.b.t.. Hari Ni, Hari Wak Tupak Doh ! Ya betul.. Itu istilah orang Kelantan la.. Kalau sehari sebelum hari raya atau dengan kata lain, hari terakhir Ramadhan, kami memanggil hari berkenaan Hari Wak Tupak.. Kalau nak translate ke bahasa KL, jadi Hari Buat Ketupat la.. Tak tahu mana datang ayat tu sebenarnya.. Tapi dari kecil, memang dah biasa dengar.. Ya la, esok kan dah Raya, so hari ni la orang pulun buat ketupat untuk makan esok kan.. Itu logiknya la... Hehe..

Mesti ramai dah mula cuti kan hari ni sebab semalam Jumaat, dengar masih ada yang bekerja.. So semestinya ada yang akan drive balik kampung hari ni juga ada juga sudah sampai ke kampung halaman.. Alhamdulillah.. Dan juga mungkin ada yang masih bekerja tu tak pe, teruskan kerja.. Jangan lupa tinggalkan komen di sini.. Hehe.. 

So pada yang akan drive balik kampung, hati-hati di jalan raya.. Insyaallah semuanya akan selamat.. So untuk Eraz, hari ni akan balik rumah Ma Abah untuk berbuka di sana serta solat sunat Aidilfitri pagi esok di sana.. So!

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua pembaca blog Eraz Fadli.. Maaf Zahir dan Batin..

10 comments:

  1. Selamat hari raya Adil Fitri..

    Maaf zahir dan batin bro

    ReplyDelete
  2. Abe!!! SELAMAT HARI RAYA EIDIL FITRI..MAAF ZAHIR DAN BATIN..

    Kalau ada tersalah kata, terguris hati, terlepas bicara,tersalah komen, terburuk sangka..harap ampun maaf...

    Semoga ikatan ukhuwah kerana Allah akan terjaga dan sentiasa dalam rahmatNya..

    Terima kasih sbb menjadi sahabat di alam maya ni..dan semoga kita semua sentiasa dlm redha Allah..

    ReplyDelete
  3. Baru saya tau ada nama lain untuk akhir puasa.

    Selamat hari raya.

    ReplyDelete
  4. Hehe ari ni plak make tupat lak

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.