Tuesday 28 March 2017

Siti Nordiana, Pengacara Gema Gegar Vaganza

Siti Nordiana, Pengacara Gema Gegar Vaganza | Assalamualaikum w.b.t.. Semalam ada terbaca pasal program terbaru dari Astro ni.. Gema Gegar Vaganza.. Katanya salah seorang pengacaranya ialah Siti Nordiana.. Betul ke wartawan ni tulis.. Betul ke Siti Nordiana.. Salah tulis ke? Macam tak percaya.. Tapi sekali lagi terbaca berita yang sama di mStar.. So betullah Siti Nordiana akan bergandingan dengan Achey Bocey serta Fikri (Lawak Solo) sebagai pengacara program Gema Gegar Vaganza yang akan di tayangkan di Astro Oasis (106) dan Maya HD (135) pada setiap hari Sabtu, 9 malam bermula 08 April 2017..

Siti Nordiana, Pengacara Gema Gegar Vaganza
Siti Nordiana, Pengacara Gema Gegar Vaganza

Gema Gegar Vaganza ini seakan sama dengan program Gegar Vaganza tetapi akan mempertaruhkan lagu ketuhanan yang mana akan disertai oleh artis yang pernah mempunyai nama sebelum ini iaitu Kumpulan Hijjaz, Kumpulan Saujana, Kumpulan Mirwana dan Kumpulan UNIC manakala peserta sola ialah Hafiz Hamidun, Ana Raffali, Bienda, Azmi Caliph Buskers, Izam (EYE) dan Wani.. Juri tetap untuk program ini ialah Farihin Abdul Fattah dan Oki Setiana Dewi..


No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.